Wednesday 24 October 2012

Usahawan asas tani naik 3 kali ganda

Mohd. Johari Baharum bersalaman dengan seorang peserta selepas merasmikan seminar 
Usahawan Industri Asas Tani 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. 
 
TELOK KEMANG 10 Julai - Bilangan usahawan industri asas tani yang dibimbing Jabatan Pertanian meningkat sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun daripada 2,336 orang pada 2006 kepada 6,460 tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, hasil jualan pula meningkat hampir 196 peratus daripada RM173.76 juta setahun pada 2006 kepada RM513.93 juta tahun lalu.

"Projek-projek industri asas tani bimbingan Jabatan Pertanian telah menunjukkan prestasi yang baik dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua usahawan berkenaan serta para pembimbing mereka yang telah berjaya meningkatkan hasil jualan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Usahawan Industri Asas Tani 2012 di Port Dickson, dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Datuk Mohd. Johari Baharum.

Seminar anjuran Jabatan Pertanian itu bertujuan mengumpulkan para usahawan yang dibimbing jabatan berkenaan untuk berinteraksi sesama mereka dan pegawai pembimbing.

Sebanyak 200 peserta dan 80 pegawai pembimbing industri asas tani Jabatan Pertanian dari seluruh negara menghadiri seminar selama empat hari itu.

Menurut Noh, pada tahun lalu, bilangan projek yang boleh menjana pendapatan bersih melebihi RM1,000 sebulan meningkat kepada 49 peratus berbanding 41.3 peratus pada tahun sebelumnya.

"Walaupun peningkatannya sedikit, tetapi nilai jualan daripada kumpulan ini adalah tinggi iaitu sebanyak RM295.8 juta," katanya.
 
Credit: Utusan


.................................................................................
Tahniah, kepada semua usahawan yang telah berjaya

No comments:

Post a Comment