Saturday 20 October 2012

Alyah buka bisnes sendiri



Alyah 
Alyah
 
Kak Pora lihat semakin ramai selebriti tempatan memanfaatkan populariti dan pengaruh yang dimiliki lalu diterjemahkan kepada usaha yang membantu menjana ekonomi mereka. Baguslah begitu. Sekurang-kurangnya artis muda kita sudah merancang masa depan.

Kebelakangan ini, Kak Pora dapat berasakan seperti ada gelombang baru dalam industri hiburan apabila ramai artis memilih untuk menceburi dunia perniagaan.
Mungkin mereka sedar dengan melihat nasib ramai artis veteran yang hidup menderita dan menghadapi masalah kewangan apabila jatuh sakit dan tidak ada tawaran berlakon dan menyanyi.

Terbaru, Kak Pora mendapat tahu penyanyi bersuara lunak, Alyah juga sudah mula memperkenalkan rangkaian rekaannya sendiri. Kelas gitu.

Alyah memang dikenali sebagai antara selebriti yang bijak bergaya dan ia langkah tepat untuk dia melangkah ke bidang baru. Kak Pora diberitahu, Alyah mensasarkan rekaannya kepada pencinta fesyen muslimah dengan himpunan turban, jubah, kaftan dan tudung kontemporari.

Kak Pora dapat tahu juga, harga ditawarkan tidak membebankan kerana Alyahmahu rekaan itu mampu dimiliki oleh semua kelompok peminat fesyen. Selepas memperkenalkan himpunan di bawah jenama Gayalyah, penyanyi Kisah Hati itu akan menghasilkan pula rekaan moden sesuai untuk mereka yang meminati gaya glamor.

Menggunakan label Fashhh by Alyah, Kak Pora kagum dengan setiap rekaan diilhamkan Alyah. Bagaimanapun, Alyah tidak mahu terburu-buru melancarkan jenama itu. Dia terlebih dulu akan menggayakannya di acara, persembahan atau majlis hiburan yang dihadirinya.
Hanya selepas itu, baru Alyah bersedia untuk menjualnya kepada pelanggan. Mungkin ada yang melihat itu sebagai satu trend tetapi bagi Kak Pora, jika disertakan dengan kesungguhan, bukan mustahil jika nanti jenama mereka mampu berdiri sebaris dengan jenama antarabangsa lain. Siapa tahu, kan?

Credit: Berita Harian

No comments:

Post a Comment