Abu
Nasr Al Farabi juga dikenali di barat sebagai Alpharabius merupakan
pakar dalam pelbagai bidang dan merupakan salah seorang saintis dan ahli
falsafah agung di Iran dan dunia Islam pada zamannya.
Beliau yang lahir pada 872 Masehi juga merupakan seorang ahli kosmologi, logik, ahli muzik, psikologi dan sosiologi.
Asal usul dan susur galur Al Farabi tidak pernah
direkodkan semasa hidupnya secara jelas tetapi berdasarkan kepada khabar
angin atau tekaan semata-mata.
Apa yang dapat dipastikan, selepas Al Farabi
mendapat didikan awal di Farab dan Bukhara, beliau berpindah ke Baghdad
pada 901 bagi melanjutkan pelajaran.
Beliau belajar di bawah seliaan Yuhanna Ibn Haylan
di Harran dan tinggal di Baghdad selama 40 tahun bagi memahirkan diri
dalam beberapa jenis bahasa dan pelbagai bidang ilmu.
Beliau meninggalkan Baghdad pada 941, berpindah ke
Aleppo dan mendapat sokongan daripada pemerintahHamdanid di Syria iaitu
Saif Ad Daula.
Farabi yang mengembara ke Kaherah, Mesir meninggal di Damascus antara 14 Disember 950 dan 12 Januari 951.
Sememangnya tidak banyak yang diketahui mengenai
latar belakang etnik Farabi dan semua sumber hanya diketahui selepas 300
tahun kematiannya.
Antara cendekiawan yang mengkaji mengenai kehidupan
Farabi adalah Professor Dimitri Gutas yang telah mengkaji sumber asas
mengenai latar belakang Farabi.
Dokumen paling lama mengenai latar belakang Farabi
ditulis oleh pakar sejarah arab zaman pertengahan iaitu Ibn Abi Usaibia
yang menyatakan bapa Al Farabi berasal dari Iran.
Muhammad Ibn Mahmud Al Shahruzi yang hidup sekitar
tahun 1288 Masehi dan menulis mengenai Farabi, mengatakan beliau berasal
dari Iraq.
Ibn Al Nadim yang hidup sezaman dengan Farabi dan
sahabat baik Yahya Ibn Adi (pelajar cemerlang Farabi berasal dari Faryab
di Khorasan.
Farabi memberikan sumbangan kepada pelbagai bidang
ilmu seperti logik, matematik, perubatan, muzik, falsafah, psikologi
edan sosiologi.
Al Farabi juga merupakan
ahli logik Islam pertama yang membangunkan logik buka Aristotle dan
membincangkan topik berkaitan hubungan antara logik dan nahu.
Al Farabi juga menulis buku mengenai sosiologi awal
Muslim dan buku mengenai muzik yang bertajuk Kitab Al Musiqa (The Book
Of Music).
Munurut Seyyed Hossein Nasr dan Mehdi Aminrazi ,
buku berkenaan merupakan kajian teori muzik Iran pada Zamannya manakala
barat memperkenalkan buku berkenaan sebagai buku muzik arab.
Manakala Al Farabi Meaning of the Intellect mengenai
terapi muzik di mana beliau membincangkan mengenai kesan terapi muzik
pada rohani.
Sebagai ahli falsafah, Al Farabi merupakan pengasas sekolah falsafah Islam awal yang dikenali sebagai Farabism atau Al Farabism.
Sekolah falsafah Al Farabi memecahkan falsafah Plato dan Aristotle dan berubah daripada metafizik kepada metodologi.
Semasa usahanya berfikir mengenai alam semula jadi First Cause, Al Farabi menemui had pengetahuan manusia.
Beliau mempunyai pengaruh yang besar pada sains dan
falsafah bagi beberapa abad dan diiktiraf sebagai yang Aristotle kedua
dalam ilmu pengetahuan.
Al Farabi juga dikenali kerana menjalankan kajian awal berkaitan fizik Islam.
Dalam kajian termodinamik, beliau telah menjalankan kajian pertama mengenai kewujudan hampagas.
Dalam bidang psikologi karya Al Farabi, Social
Psychology dan Model City merupakan yang pertama membincangkan mengenai
psokologi sosial.
Al Farabi serta Ibn Sina dan Ibn Rushdi lebih
dikenali sebagai Peripatetics atau rasionalis di kalangan masyarakat
Muslim. – estidotmy
Crekit: kini2u
No comments:
Post a Comment