Saturday 18 May 2013

Teruskan agenda perpaduan Melayu


 


 
Nasharuddin Mat Isa
 

KUALA LUMPUR 12 Mei - Agenda perpaduan melibatkan umat Melayu Islam menerusi 'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas perlu diteruskan daripada semasa ke semasa bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.

Desakan tersebut disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang turut mengajak pemimpin-pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu.

Atas dasar itu, beliau menempelak sikap seorang pemimpin tertinggi Pas yang mengeluarkan kenyataan akan 'meludah' muka mana-mana pihak yang mengusahakan penyatuan dua parti terbesar orang Melayu di negara ini iaitu UMNO dan Pas.

"Bagi saya, dalam agenda perpaduan yang melibatkan UMNO dan Pas, ia mesti jadi agenda berterusan. Namun, apa yang saya tidak boleh terima, bila ada kenyataan kalau ada usaha untuk menyatukan Pas dan UMNO, muka orang itu akan diludah. Ajaran agama mana ini?

"Saya tahu selepas ini akan ada bermacam tohmahan dan tuduhan tentang kenapa saya memilih pentas bangsa. Salahkah kita bicara tentang bangsa kita? Adakah perjuangan bangsa ini salah di sisi agama?," soalnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di sebuah hotel di Menara Mara di sini hari ini.

Wacana yang dikendalikan oleh Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar itu turut menampilkan barisan panel iaitu tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah dan Felo Himpunan Keilmuan Muslim, Wan Ahmad Fayhzal Wan Ahmad Kamal.

Nasharuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok berkata, usaha penyatuan Melayu Islam ini perlu digerakkan di peringkat bawahan dan oleh itu hanya UMNO dan Pas sahaja dilihat mampu melakukan perkara tersebut.

"Kita berbicara soal perpaduan, hari ini mungkin ramai yang lihat dalam akhbar, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) melawat Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir juga datang melawat dan mereka lupa sekejap siapa UMNO dan Pas. Persoalannya, adakah nak tunggu sehingga orang kena potong kaki, masuk hospital atau ranap bangsa baharu kita nak bicara tentang perpaduan sesama kita?," soalnya lagi.
Oleh yang demikian menurut beliau, isu perpaduan Melayu Islam memerlukan tindakan serta kesungguhan semua pihak dengan kepentingan terhadap keperluan UMNO dan Pas berbincang melihat masa depan negara dengan lebih konstruktif.

"Perkara besar seperti ini mungkin tak dapat natijah dalam tempoh singkat tetapi ia perlu dilakukan untuk kesinambungan Islam dan Melayu sebagai teras negara. Dalam hal bangsa, tiada salah untuk kita berbincang dengan syarat berteraskan Islam," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Pas bertindak menyingkirkan mana-mana ahlinya yang bergerak menyatukan parti itu dan UMNO, beliau berkata: "Padang ini luas dan kalau tak boleh bermain di padang ini, kita boleh bermain di stadium lain".

Berjihad perkasa Perlembagaan




KUALA LUMPUR 12 Mei - Orang Melayu diseru supaya berjihad memperkasakan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memastikan bangsa itu kekal menjadi pentadbir negara dan negeri.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah (gambar) berkata, hal ini kerana dalam Perlembagaan di peringkat Persekutuan dan negeri, perkara berkaitan pelantikan Melayu Islam sebagai pentadbir boleh dilonggarkan.

"Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, hendaklah melantik seorang Perdana Menteri yang mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat. Itu sahaja dan tidak ada disebut Melayu Islam.
"Tetapi mengikut amalan demokrasi oleh kerana negara ini negara Islam, Yang di-Pertuan Agong apabila melantik Perdana Menteri, bukan sahaja perlu mendapat majoriti itu tetapi hendaklah ia seorang Islam dan Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Post Mortem Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di Menara Mara di sini hari ini.

Menurut Mohd. Noor, bagi peruntukan Perlembagaan negeri pula, raja atau sultan hendaklah melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri daripada seorang yang mendapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kedua, dia mestilah orang Melayu Islam dan ketiga, syarat kedua itu, raja atau sultan dengan budi bicara boleh melonggarkan syarat ini bagi menepati syarat pertama," jelas beliau.

Katanya, dengan syarat ketiga itu, siapa sahaja mendapat majoriti, individu terbabit boleh dilantik sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

"Oleh itu kalau DAP dapat majoriti, maka orang Cina boleh menjadi Menteri Besar. Macam mana? Kalau kita kata tidak boleh, maka pindalah Perlembagaan dengan sokongan majoriti dua pertiga. Beritahu di Melaka dan Pahang yang mendapat majoriti dua pertiga, mansuhkan klausa itu," tegasnya.
Beliau juga memberi bayangan bahawa Singapura boleh dibawa masuk ke dalam Malaysia dengan suara majoriti di Dewan Rakyat.

"Tak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja, tetapi nak bawa masuk Singapura ke dalam Malaysia memerlukan hanya Akta Parlimen, Pas dengan satu majoriti maka masuklah Singapura ke Malaysia. Bayangkan akibatnya. Ini agenda pengkhianatan.

"Sebab itu (isu) kalimah Allah 'dicampakkan' agar orang Pas dan UMNO, orang Melayu berpecah dengan matlamat akhirnya untuk menawan hati orang bumiputera Sabah dan Sarawak. Nampak tak telunjuknya ke mana? Tetapi orang Melayu termakan umpan, nasib baik bumiputera Sabah dan Sarawak masih menyokong kita," tegasnya.

Sebab itu jelasnya, pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu adalah sesuatu perkara yang benar-benar berlaku.

Selain persoalan terhadap Perlembagaan, orang Melayu juga perlu berjuang dalam memperkasa dan menambah tanah rizab Melayu yang tertakluk di dalam Perlembagaan.

"Isytiharkan tanah rizab ini di kawasan-kawasan bandar dan dalam erti kata lain, menyusun semula masyarakat. Isytiharkan tanah rizab Melayu untuk berladang dan menternak, cari tanah yang baik untuk Melayu berladang dan berniaga dan kalau ada bukit, beri kepada Melayu buat kuari.

"Kita susun atur tanah ini dan agih-agihkan untuk Melayu. Begitu juga dalam bidang ekonomi yang sehingga kini 20 peratus daripadanya dimiliki orang Melayu. Jadi susunlah strategi supaya dalam tempoh 10 tahun ini, kekayaan Melayu menguasai 67 peratus," katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya bekerjasama menghapuskan rasuah dalam kalangan orang Melayu iaitu daripada kelompok ahli politik sehingga ke kakitangan kerajaan.

AIM sedia RM2b naik taraf usahawan mikro


Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan dana pinjaman berjumlah RM2 bilion tahun ini dalam usahanya untuk menaik taraf lebih banyak perniagaan usahawan mikro kepada status perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengarah Urusan, Datuk Zabidah Ismail (gambar), berkata AIM yang diberikan mandat menyalurkan pinjaman kepada usahawan mikro kini menumpukan kepada usaha meningkatkan keupayaan dan kemajuan usahawannya untuk menjana pendapatan lebih tinggi.

Ketika ini, kira-kira 20 peratus daripada 340,000 peminjam AIM yang dikenali ‘Sahabat’ sudah berjaya mencapai status PKS dengan kemampuan meraih pendapatan melebihi RM3,500 sebulan.

Katanya, AIM menyasarkan 30 peratus daripada ahlinya yang dalam pelbagai bidang perniagaan mencapai status usahawan PKS menjelang 2015.

“AIM memperuntukkan pinjaman lebih tinggi tahun ini dalam usaha membantu lebih ramai peniaga kecil terutama di kawasan luar bandar mengembangkan perniagaan mereka bagi meraih pendapatan yang lebih tinggi.

Pinjaman hingga RM50,000

“Tumpuan kami adalah menaik taraf perniagaan usahawan sedia ada dan membantu mereka mengembangkan perniagaan hingga ke peringkat eksport,” katanya kepada BH sini.

Daripada RM2 bilion yang diperuntukkan, sebanyak RM389 juta sudah disalurkan kepada peminjam bagi suku pertama tahun ini.

Pada masa ini, Zabidah berkata AIM menawarkan pembiayaan daripada RM3,000 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik antara setahun hingga lima tahun, menerusi kaedah bayaran balik secara mingguan.

Bagaimanapun, bermula tahun lalu, katanya peminjam AIM yang berkemampuan menjalankan perniagaan berskala be-sar boleh mendapatkan pinjaman lebih RM50,000 menerusi Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Bhd yang ditubuhkan Ogos 2012.

“Kami sentiasa peka dengan keperluan peminjam dan hingga kini AIM mencatat kadar bayaran balik yang baik iaitu hingga 96.6 peratus, dengan sebahagian besar cawangan kami mencatat bayaran balik 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata, AIM tidak akan menambah cawangan baru bagi memberi sepenuh tumpuan kepada 123 cawangan sedia ada di seluruh negara. 
 
Credit: Berita Harian

Tiada masalah jika tak ada suara Cina dalam kerajaan - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR: Sekiranya berlaku ketiadaan wakil kaum Cina dalam Kabinet maka ia tidak akan menimbulkan masalah besar kepada kerajaan atau masyarakat Cina, kata seorang ahli akademik hari ini.

Dr Ser Wue Hiong, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Bahasa Asing di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata jika scenario itu berlaku maka sebarang kebimbangan hanya untuk jangka masa pendek dan boleh diatasi.

MCA dan Gerakan mengambil keputusan tidak mahu menerima jawatan dalam Kabinet atas dasar 'menghormati keputusan pengundi' selepas kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mencapai prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

Pendirian kedua-dua parti itu telah menimbulkan persoalan daripada semua pihak.
Sebilangan pihak khuatir masyarakat itu akan dipinggirkan sekiranya mereka tidak mempunyai suara dalam Kabinet manakala ramai termasuk Ser mempunyai pandangan sebalik.

Ser memberitahu Bernama bahawa hakikat pengundi Cina menolak calon MCA dan Gerakan membuktikan isu wakil Cina dalam Kabinet juga tidak menjadi kebimbangan kepada mereka.

Beliau berkata politik dalam era baharu ini perlu juga berpisah daripada tradisi dan lebih penting lagi, ahli politik yang dipilih harus mewakili semua kaum dan bukan bangsa tertentu atau parti politik.
Katanya ahli politik yang hanya memperjuangkan untuk sesuatu kaum sahaja bukan sesuatu yang baik dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Saya fikir ini adalah realiti di Malaysia hari ini. Kita perlu beralih daripada tradisi," katanya.

Ser, seorang pakar dalam pengajian kaum Cina di Malaysia, berpendapat sektor yang mungkin mempunyai kesan ialah pendidikan Cina tetapi masalah itu mungkin hanya sementara sahaja.

Beliau yakin Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri untuk semua dan dengan pendekatan 1Malaysia, beliau tidak akan meminggirkan pembangunan masyarakat Cina termasuk pendidikan Cina selepas PRU13.

"Saya percaya beliau akan melakukan perubahan dan melihat pendekatan baru bagi memenuhi keperluan dan kepentingan pendidikan Cina.

"Salah satu cara yang boleh saya lihat ialah beliau akan melantik seorang pendidik Cina untuk duduk dalam kerajaan bagi menjaga pendidikan Cina," katanya.

Sebelum ini, seorang timbalan menteri Cina memegang portfolio untuk menjaga pendidikan Cina. - BERNAMA

Beri peluang UMNO terajui BN Pulau Pinang


REEZAL MERICAN (berdiri) ketika meraikan tetamu di Penang Golf Resort, Bertam, Pulau Pinang malam kelmarin.


KEPALA BATAS - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang wajar memberi peluang kepada UMNO untuk mengetuai barisan kepimpinan parti itu bagi memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN di negeri ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, selepas kekalahan teruk BN di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini, satu pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan BN terus relevan dan diterima baik penduduk di negeri itu.

"Pada pandangan peribadi saya, kepimpinan BN negeri wajar diserahkan kepada UMNO kerana ini sudah masuk dua penggal (selepas PRU-12 dan PRU-13) MCA dan Gerakan di Pulau Pinang ditolak dan diperlakukan seperti itu oleh pengundi Cina.

"Jadi adalah wajar sekiranya kepimpinan tertinggi BN memberi peluang kepada UMNO Negeri untuk menerajui BN Pulau Pinang sebagai satu cara untuk memulihkan semula sokongan rakyat termasuk kaum Cina kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan makan malam meraikan petugas jentera pilihan raya BN yang membantu kemenangan beliau dan tiga calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Parlimen itu di Penang Golf Resort di sini malam kelmarin.

Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO berkata, pertimbangan bagi meletakkan pemimpin UMNO untuk menerajui kepimpinan BN Negeri juga harus dilihat kepada kemenangan 10 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen yang dimenangi BN di negeri itu dalam PRU-13 baru-baru ini.

"Kesemua 10 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen dimenangi oleh calon UMNO dan ini menunjukkan MCA dan Gerakan terang-terang ditolak oleh pengundi Cina sehinggakan mereka gagal meraih sebarang kemenangan.

"Memang secara tradisinya jawatan Pengerusi BN Negeri diberikan kepada Gerakan tetapi kita tidak harus terikat dengan tradisi itu sekiranya kita ingin membaiki semula keadaan dan meraih semula kepercayaan rakyat kepada BN," katanya.

Sate tilapia sedap

Inisiatif Jabatan Perikanan mempromosikan sate ikan menerusi rangkaian Restoran Sate Kajang Hj Samuri memberi nilai tambah kepada produk hiliran bagi industri akuakultur yang semakin berkembang di negara ini. Sumber ikan tilapia yang diperoleh menerusi projek ternakan dalam sangkar ‘polar circle’ itu menggunakan teknologi unggul dari Norway sekali gus menghasilkan ikan berkualiti dan tidak hanyir.

Sesuai dengan slogan Enak Berkualiti dan Halal, sate ikan tilapia yang baru dilancarkan itu memenuhi cita rasa pengguna kerana mengandungi nut­risi makanan diperlukan seperti sumber protin serta kurang lemak tepu.

Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Raihan Sharif berkata, sate ikan tilapia yang diperkenalkan itu adalah produk nilai tambah terbaru bagi pemprosesan ikan.

“Sate ikan ini disahkan Jabatan perikanan diproses daripada ikan tilapia dihasilkan dari ladang ternakan yang memenuhi Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).

“Projek ternakan dilaksanakan Syarikat Trapia Malaysia Sdn Bhd di Tasik Temenggor, Perak itu mentransformasikan industri ternakan ikan air tawar di negara ini kepada projek yang berasaskan kemajuan saintifik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mempromosikan Sate Ikan Tilapia 2013 di Sate Kajang Hj Samuri, Kajang, anjuran Jabatan Perikanan dengan kerjasama Sate Kajang dan Tilapia Market, Tilapia House Sdn Bhd.

Hadir sama Ketua Pe­ngarah Perikanan, Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood, Pengarah Urusan Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi dan Pengarah Urusan Tilapia Market, Mufadzir Huzaireen Mazlan.

Sempena promosi itu, semua rangkaian restoran berkenaan menerima sijil peng­iktirafan kepada pengurus cawangannya.

Raihan berkata, kualiti struktur daging ikan tilapia mempunyai struktur yang seakan-akan sama de­ngan daging.

“Struktur daging yang lebih kurang sama memboleh­kan ikan tilapia dijadikan sate. Menerusi idea itu, Jabatan Perikanan dan Samuri melakukan penyelidikan menghasilkan sate ikan tilapia.

“Menerusinya, kita dapati sate ikan tilapia sama dengan sate daging dan ayam yang kita biasa makan. Kebaikan ikan ini tidak banyak lemak, selain mempunyai nilai kesihatan yang baik,” katanya.

Promosi sate ikan tilapia itu sudah menemui pelang­gan Sate Kajang Hj Samuri sejak Januari lalu de­ngan hasil jualan mencecah 50,000 cucuk sebulan.

Menerusi jualan 70 sen secucuk, pengguna boleh mendapatkan produk terbaru itu di semua rangkaian Sate Kajang Hj Samuri termasuk di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Selain penggunaan tempatan, sate ikan tilapia bakal dieksport ke Hong Kong dan Taiwan.

“Kami berhasrat memasarkan produk ini ke luar negara di dalam promosi yang bakal dilakukan pada masa depan.

“Sekarang ini kita nak pastikan pengeluaran ikan tilapia adalah mencukupi. Ini penting kerana kita tidak mahu permintaan tinggi, tapi pengeluaran tiada,” katanya.

Beliau turut menyeru penternak ikan tilapia bekerjasama dengan Syarikat Trapia Malaysia menerusi kaedah ladang kontrak menggunakan teknologi Norway.

“Disebabkan hasil keluaran syarikat berkenaan tidak hanyir sedikit pun dan kualiti seperti itu diperlukan untuk promosi sate.

“Mungkin lebih banyak kaedah terbaru bakal diperkenalkan. Malah baka yang dihasilkan juga lebih baik sekali gus menjadikan isi dan kualiti ikan juga lebih baik pada masa depan,” katanya.

Produk sate ikan tilapia diharap dapat dipaten dan menyumbang kepada pembangunan negara bagi menjadikan negara ini sebagai pengeluar sate terulung di dunia.

Sementara itu, Samuri berkata pihaknya me­nyambut baik usaha Jabatan Perikanan mempromosi sate ikan tilapia.

“Ia juga selaras dengan matlamat kerajaan bagi memperkenal dan meng­galakkan pemakanan ikan air tawar di kalangan peng­guna di negara ini.

“Seterusnya menyahut seruan Jabatan Perikanan bagi menggalakkan pe­nyertaan syarikat swasta supaya meningkatkan pengeluaran ikan dan produk berasaskan ikan untuk penggunaan domestik,” katanya.

Katanya, kira-kira empat tan filet ikan tilapia digunakan untuk menghasil­kan sate berkenaan dengan setiap satu kilogram me­ngeluarkan 40 cucuk sate.

“Sambutan kalangan pengguna memang baik dan setiap seminggu kira-kira 10,000 cucuk sate sudah terjual, selain dijangka permintaannya meningkat sebaik promosi dilakukan di rangkaian restoran kami,” katanya.

Credit: Metro

Kapal terbang tanpa pilot buat penerbangan sulung

London: Sebuah pesawat udara tanpa juruterbang melakukan penerbangan sulung di ruang udara Britain semalam, sekali gus membuka jalan kepada permulaan operasi kapal terbang penumpang tanpa juruterbang.
Kapal terbang eksekutif BAE Jetstream itu terbang sejauh kira-kira 483 kilometer dari Warton, Lancashire ke Inverness di Scotland.

Pesawat itu dikendalikan sepenuhnya melalui komputer oleh seorang juruterbang di darat.
Jurucakap BAE berkata, ada dua juruterbang menaiki pesawat berkenaan untuk mengendalikan pesawat itu ketika berlepas dan mendarat.

“Bagaimanapun, selain daripada berlepas dan mendarat, pesawat berkenaan - yang terbang pada ketinggian 20,000 kaki - dikendalikan pakar di Warton serta dipantau pengawal trafik udara,” katanya. Pengarah BAR, Lambert Dopping-Hepenstal berkata, projek bernilai £62 juta (RM 285 juta) itu adalah detik baru dalam sejarah penerbangan.

“Pesawat tanpa juruterbang bakal menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tidak lama lagi,” katanya. Lebih banyak penerbangan percubaan dijangka dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang. - Reuters

Credit: Kosmo

Ini perintah Allah - Hafiz

KUALA LUMPUR 13 Mei - Seruan perpaduan antara UMNO dan Pas wajib disahut para pemimpin kedua-dua parti itu kerana merupakan perintah Allah SWT selain sunah Rasulullah SAW.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, pemimpin kedua-dua parti terutamanya Pas tidak boleh menafikan seruan itu kerana terdapat ayat-ayat al-Quran yang mengajak umat Islam ke arah tersebut.

Selain itu, menurut beliau, terlalu banyak hadis yang memerintahkan umat Islam bersatu.
Malah, katanya, Pas sendiri tidak boleh lari daripada menerima perintah itu kerana Perlembagaan parti berkenaan jelas menyatakan hukum tertinggi dalam pegangan Pas ialah kitabullah (al-Quran), sunah Rasulullah, ijmak ulama dan qias.

"Sekiranya Pas benar-benar merujuk al-Quran dan hadis sebagai sumber hukum tertinggi, pemimpin-pemimpin Pas wajib menerima seruan perpaduan ini.

"Mereka perlu membuang segala ego dan dendam terhadap UMNO demi melaksanakan perintah Allah. Ingatlah, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO adalah orang Islam yang wajib kita anggap mereka sebagai saudara seagama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya agenda perpaduan orang Melayu dan umat Islam menerusi 'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas diteruskan bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasa sepanjang zaman.

Nasharuddin turut mengajak pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu.

Sementara itu, Mohamed Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) mengakui kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu meludah pemimpin yang mengusahakan penyatuan UMNO dan Pas amat bertentangan dengan Islam dan akhlak Rasulullah SAW.

"Bukankah seorang pemimpin itu wajib memikirkan masa depan generasinya? Tidak sedarkah pemimpin ini apa akan berlaku kepada anak cucu kita sekiranya agenda perpaduan UMNO dan Pas tidak diselesaikan?," katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha turut menyuarakan hasrat melihat UMNO dan Pas bersatu demi Islam dan kelangsungan kaum Melayu di negara ini.

Beliau berkata, tiada gunanya kedua-dua parti terbesar bagi orang Melayu itu khususnya Pas terus berkeras kerana persengketaan tersebut hanya merugikan agama Islam dan orang Melayu.

"Seruan ini bukan seruan Nasharuddin tetapi seruan Allah SWT yang wajib dipatuhi tidak kira oleh UMNO atau Pas.

"Tanggungjawab ini tidak akan habis di dunia sebaliknya akan terus dipertanggungjawabkan hingga ke akhirat," katanya.

MMC Corp peruntuk RM2.21 bilion naik taraf pelabuhan di Johor


KUALA LUMPUR 13 Mei - MMC Corp Bhd memperuntukkan RM2.21 bilion untuk menaik taraf pelabuhan-pelabuhannya di Johor bagi menarik lebih banyak syarikat perkapalan ke gerbang selatan itu serta mengekalkan peserta yang kompetitif dalam industri perkapalan.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Hasni Harun berkata, syarikat itu mengunjurkan untuk membelanjakan RM1.6 bilion bagi Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) bagi menambah keupayaan pengendalian kepada 10.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) setahun mulai tahun depan daripada 7.7 juta pada masa ini.
Syarikat itu memperuntukkan RM421 juta untuk Pelabuhan Johor bagi menambah kapasiti kepada 45 juta tan kargo (FWT) pada 2015 daripada 35 juta FWT pada masa ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu hari ini.

Beliau berkata, peluasan PTP membuktikan hasrat syarikat untuk membawa perniagaan kargo AP Moller-Maersk Group (Maersk), yang menguasai 30 saham pelabuhan itu, ke PTP.

"Daripada tujuh juta TEU yang dikendalikan oleh PTP tahun lepas, kira-kira enam juta TEU disumbangkan oleh Maersk, beberapa juta TEU yang kargonya turut dikendalikan oleh pelabuhan Singapura.
"Jika pelabuhan anda sedia dari segi kapasiti dan kecekapan, beberapa juta TEU yang dikendalikan oleh Singapura mungkin beralih ke PTP," katanya.

Hasni berkata, walaupun PTP dirancang untuk mengendalikan lebih banyak kontena, pembesaran Pelabuhan Johor akan menampung perniagaan minyak dan gas yang semakin berkembang.

"Kami mereka bentuk semula Pelabuhan Johor supaya kita boleh melakukan lebih banyak perniagaan dalam sektor minyak dan gas," katanya.

PTP dan Pelabuhan Johor secara gabungan menguasai 42 peratus perniagaan pelabuhan di Malaysia.
Sementara itu, Hasni berkata, pengurusan akan terus mengenal pasti peluang baharu dan memanfaatkan keupayaan kukuh perniagaan terasnya dalam tenaga dan utiliti serta kejuruteraan dan pembinaan untuk membawa syarikat itu ke tahap baharu.

Beliau berkata, syarikat itu menjangkakan prestasi kukuh tahun ini, dipacu oleh faktor penghantaran yang kukuh daripada loji tenaga Malakoff Corp Bhd. serta jumlah jualan yang lebih tinggi daripada Gas Malaysia Bhd menerusi bahagian tenaga dan utiliti dan sumbangan lebih tinggi daripada projek Mass Rapid Transit (MRT) dalam bahagian kejuruteraan dan pembinaan.

Hasni berkata, syarikat itu juga komited untuk memanfaatkan nilai bank tanah yang seluas 1,800 hektar di Iskandar Malaysia dan kini berunding dengan pelanggan berpotensi selain rakan usaha sama bagi membangunkan kawasan itu.

Untuk masa depan, beliau berkata, syarikat itu sedang mengenal pasti peluang baharu menerusi pembabitan aktifnya dalam projek MRT serta potensi penyertaan dalam cadangan projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura, bagi menambah projek pembinaan dalam tangan yang kini bernilai RM5.5 bilion.

Sementara itu, mengenai kelewatan penyenaraian anak syarikat Malakoff Corp Bhd. di Bursa Malaysia, beliau berkata, penggantungan itu disebabkan oleh kerja penyelenggaraan di stesen jana kuasa tenaga Tanjung Bin dan penyenaraian pendek syarikat itu dalam pembinaan stesen jana kuasa arang batu 2,000 megawatt (MW) oleh Suruhanjaya Tenaga.

"Kami mahu stesen jana kuasa tenaga itu berapa pada kedudukan terbaik semasa penyenaraian dan pemerolehan tambahan 2,000 MW profil penjanaan tenaga dalam profil penjanaan tenaga Malakoff.
Beliau berkata, syarikat itu juga membida projek penjanaan tenaga di Indonesia dan Asia Barat, Afrika Utara dalam usaha memperoleh kapasiti penjanaan tenaga berjumlah 10,000 MW menjelang 2020.
Malakoff kini mempunyai kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 5,000 MW. - BERNAMA

China berusaha selamatkan oasis berusia 2,000 tahun



GAMBAR yang dirakamkan pada 12 Mei lalu menunjukkan Tasik Bulan Sabit di Dunhuang. - AFP


BEIJING - Pemerintah China berusaha untuk menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China.

Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir.

Kawasan oasis itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit.
Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006. - Agensi

Credit: kosmo

FPM, Agromate tandatangani MoC

Kuala Lumpur: FPM Sendirian Berhad (FPM), syarikat bersekutu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menandatangani Memorandum Perjanjian Kerjasama (MoC) dengan Agromate Holdings Sdn Bhd (Agromate) untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di dalam pasaran perniagaan baja di negara ini.
Perjanjian itu menzahirkan keinginan kedua-dua syarikat untuk meneroka potensi peluang pertumbuhan dengan memanfaatkan kekuatan dan kepakaran masing-masing selain berharap untuk mewujudkan sinergi serta mengambil bahagian di dalam ekonomi skala perniagaan baja dan bahan kimia di Malaysia.

Presiden Kumpulan FGV yang juga Pengerusi FPM, Datuk Sabri Ahmad berkata, kerjasama itu amat bertepatan memandangkan permintaan baja semakin meningkat kerana industri minyak sawit Malaysia yang berjumlah lebih lima juta hektar memerlukan lebih lima juta tan metrik baja setahun. “Baja adalah komponen utama sektor pertanian. Kita percaya bahawa langkah ini akan memberi faedah kedua-dua syarikat dalam mewujudkan kehadiran pasaran lebih kuat dan dengan itu menyumbang kepada pertumbuhan serta keuntungan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pada majlis itu, FPM diwakili oleh Sabri dan Ketua Pegawai Operasi FGV merangkap Pengarah FPM, Datuk Khairil Anuar Aziz manakala Agromate diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raymond Tang Quee Huang dan Pengarah Pemasaran, Wong Beng Huat.

FPM, peneraju pasaran dalam menghasil dan mengedarkan baja kompaun berpasir NPK, bersedia untuk bekerjasama dengan Agromate, yang juga pengedar baja terkemuka di Malaysia. Kedua-dua syarikat itu menghasilkan lebih dua juta tan metrik baja setahun, iaitu lebih 35 peratus daripada keperluan baja negara.

FotoFPM diwakili Sabri (tiga dari kiri) bertukar dokumen dengan wakil Agromate, Raymond Tang (dua dari kanan) dan Wong di Kuala Lumpur, semalam.

Sengaja cari nahas

Apabila perbuatan mendahului akal, cerita meraik seperti ini boleh terjadi

London: Dua lelaki dilihat begitu bersahaja dan tidak mempedulikan keselamatan diri apabila membawa bom tinggalan era perang dingin yang tidak meletup selepas menemuinya di pantai.

Bom sepanjang 0.6 meter itu dipercayai ditembak dari kereta kebal beberapa dekad lalu.
Media melaporkan, dua lelaki terbabit menggalas bom berkenaan dari kawasan pantai melalui orang ramai yang melihat dalam ketakutan.

Saksi berkata, mereka percaya lelaki tidak dikenali itu membawa bom berkenaan untuk dijual di kedai besi buruk bagi mendapatkan wang sampingan.

FotoDUA lelaki tidak dikenali menggalas bom lama dari tepi pantai di Dorset.

Selepas berita itu tersebar, Kementerian Pertahanan merayu kedua-dua lelaki terbabit segera menghubungi pihak berkuasa bagi membolehkan bahan berbahaya itu dimatikan sebelum sesuatu tidak diingini berlaku.

Saksi berkata, bom berkenaan ditemui dihanyutkan ombak ke pantai Warbarrow Bay, Dorset.

Kawasan itu adalah sebahagian daripada tempat latihan menembak bagi Pangkalan Tentera Lulworth.

Wanita yang merakamkan gambar lelaki itu menggunakan telefon bimbit berkata, pada awalnya dia menyangka mereka membawa permaidani.

Namun, katanya, apabila mereka semakin hampir, dia terkejut melihat objek itu sebenarnya ialah bom lama.

“Saya bersama seseorang yang pernah berkhidmat sebagai tentera dan dia berkata, disebabkan pangkal bom itu masih bertutup, ia belum meletup,” katanya.

Wanita itu berkata, melihat kelakuan lelaki terbabit dia percaya mereka adalah “orang bodoh” kerana membahayakan nyawa sendiri dan orang ramai.

Saksi lain berkata, sepatutnya polis dimaklumkan mengenai penemuan itu, bukannya membawa bom berkenaan ke tempat lain.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, bom itu mungkin ditembak kereta kebal jenis Chieftain atau Wombat yang digunakan tentera pada era 1970-an dan 1980-an.

“Kami meletakkan beberapa papan tanda di kawasan berkenaan untuk memberi amaran kepada orang ramai, tetapi malangnya dalam keadaan tertentu ia diabaikan,” katanya. - Daily Mail

Credit: Kosmo

Polis Singapura beri amaran kepada 21 rakyat Malaysia

Lagi tegas tindakan kerajaan singapura terhadap perserta perhimpunan haram

SINGAPURA 15 Mei - Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memberi amaran bersyarat kepada kesemua 21 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan haram di Merlion Park pada 11 Mei.

Dalam kenyataan hari ini, SPF berkata majikan mereka akan dimaklumkan mengenai perkara itu.
Ini berikutan amaran bersyarat telah diberi kepada sembilan individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di lokasi sama pada 8 Mei.

SPF berkata pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan membatalkan pas kerja seorang daripada 21 individu berkenaan kerana terlibat dalam perhimpunan haram pada 8 Mei dan 11 Mei.

Selain itu, SPF berkata pihak berkuasa telah membatalkan pas lawatan dua daripada mereka.
Bagi baki 18 individu lagi, SPF berkata pas kerja mereka akan disemak semula sebaik sahaja siasatan lanjut selesai.

Polis menegaskan Singapura tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara lain, dan akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang membentuk kerajaan di negara itu.

Katanya warga asing yang tinggal atau bekerja di Singapura perlu mematuhi undang-undang Singapura dan tidak membawa masuk isu-isu politik di negara asal mereka ke Singapura.

SPF berkata ini merupakan prinsip yang dipegang sekian lama yang telah membantu mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam di Singapura serta hubungan baik dengan negara-negara lain. - BERNAMA

Credit: Utusan

Lambung syiling pilih datuk bandar

Hehehe, lawak rasanya apabila lambungan duit menjadi penentu datuk bandar. Rasanya di malaysia, tak pernah kes seperti ini terjadi.

Manila: Lambungan duit syiling memutuskan pemenang bertuah bagi jawatan datuk bandar sebuah bandar kecil di Filipina, selepas calon bertanding mendapat undian seri pada akhir hitungan undi, kata pegawai pilihan raya semalam.
Keputusan dramatik bagi jawatan di San Teodoro, bandar perladangan yang dihuni kira-kira 16,000 orang di tengah Filipina itu berlangsung di pejabat pilihan raya tempatan dengan ahli politik bertanding masing-masing melambung duit syiling bagi menentukan nasib mereka. “Mereka bersetuju untuk melambung duit dengan calon yang mendapat lebih hitungan simbol kepala diisytiharkan sebagai pemenang,” kata ketua pilihan raya San Teodoro, Reny Pagilagan kepada media. Menurutnya, ketegangan semakin memuncak apabila pusingan pertama lima lambungan duit syiling turut berakhir dengan seri berikutan kedua-dua ahli politik memperoleh dua kepala.

Marvic Feraren, anggota parti Liberal yang memerintah akhirnya muncul sebagai pemenang dalam pusingan kedua lambungan duit syiling apabila memperoleh dua kepala berbanding lawannya yang mendapat satu kepala. “Kedua-dua calon menerima keputusan itu. Mereka bersalaman dan berpelukan,” katanya.
Pagilagan berkata, undang-undang pilihan raya di negara itu menegaskan bahawa keputusan seri dalam undian perlu diselesaikan dengan pelbagai cara dan lambungan duit syiling adalah antara kaedah yang diterima. - AFP

Credit: metro

Cipta robot gergasi dengan kos 150,000 yuan


XIANGLI membetulkan litar elektrik pada robot ciptaannya di dalam rumahnya di Beijing kelmarin.


BEIJING - Seorang pencipta amatur, Tao Xiangli mencipta sebuah robot yang diperbuat daripada barang-barang kitar semula dan wayar elektrik di rumahnya di sini.

Dia membelanjakan kira-kira 150,000 yuan (RM73,427) dan menghabiskan masa selama lebih 11 bulan untuk membuat robot tersebut.

Barang-barang itu dibeli dari kedai yang menjual barang-barang terpakai.
Menurut media tempatan, robot itu setinggi 2.1 meter dan seberat 480 kilogram. - Reuters

Credit: Kosmo

Mukhriz minta semua pihak ketepi fahaman politik majukan Kedah

Satu nasihat yang bernas daripada seorang pemimpin. Daripada perpecah dan sering berselisih pendapat, lebih baik mencari titik persamaan/persefahaman dalam melakukan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Lima tahun lagi, kita kempen balik dalam menegakkan ideologi masing-masing.

 


JERLUN - Rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk sama-sama membangunkan negeri.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta mereka agar mengetepikan fahaman politik masing-masing bagi berbuat demikian.

“Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat telah berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan sama ada di kalangan rakyat mahupun di media massa.
"Saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik.

"Kini masanya untuk hulurkan tangan persaudaraan untuk kita bersatu. Negara membangun apabila rakyat majmuk pelbagai kaum bersatu dan kerajaan akan dapat jalankan tugas dengan penuh amanah tanpa perlu bimbang apa-apa,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, di sini hari ini.

Mukhriz berkata, untuk membawa Kedah ke tahap yang sama dengan negeri maju yang lain memerlukan kerjasama semua pihak bagi memudahkan projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan.
Beliau menambah, Kedah sudah agak lama tercicir dari arus pembangunan negara, justeru banyak perkara perlu dilakukan bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negeri yang maju seiring dengan hasrat kerajaan pusat.

“Saya mohon rakan-rakan daripada parti pembangkang bersama bangunkan negeri ini, kita lakukan yang terbaik dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.

"Mungkin ada yang akan berfikir bahawa perkara ini adalah mustahil, Kedah takkan maju, takkan mampu majukan Kedah, tapi percayalah tidak ada yang mustahil selagi kita fikirkan inilah masanya untuk melakar masa depan yang lebih cerah,” katanya. - Bernama

Credit: Utusan

MITI fokus bantu tingkat ekonomi

Tahniah kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana berjaya mengekalkan propofil yang sama. Semoga datuk seri dapat meneruskan segala perancangan dan projek yang telah dirangka dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi khususnya ekonomi bumiputra.

 
 
Mustapa Mohamed (kiri) mencetak perakam waktu sambil diperhatikan oleh Hamim Samuri di Kuala Lumpur, semalam. 
 
KUALA LUMPUR 17 Mei - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menetapkan fokus utama terhadap pelaburan dan perdagangan dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pertumbuhan ekonomi suku pertama yang perlahan merupakan cabaran kepada MITI untuk mempertingkatkan usaha dalam bahagian yang terlibat.

"Suku seterusnya harus lebih baik untuk mencapai matlamat keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak lima hingga enam peratus pada tahun ini.

"MITI akan menumpukan pembangunan sektor, pelaburan, perdagangan dan pembuatan yang boleh menyumbang kepada KDNK. Kami tidak hanya melihat kepada kuantiti tetapi kualiti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat pertama berliau dengan MITI bagi penggal baharu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu iaitu, Hamim Samuri.

Kelmarin, Bank Negara Malaysia mengumumkan pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama menyederhana kepada 4.1 peratus berbanding 5.1 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

Mustapa berkata, semasa mesyuarat kabinet yang pertama semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggesa setiap kementerian untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya.

"Beliau mahu setiap kementerian perlu lebih telus, menjawab isu berbangkit pada kadar segera dan mencapai matlamat. MITI akan menyokong usaha berkenaan.

"Masalah utama rakyat yang perlu diselesaikan segera adalah banyak peluang pekerjaan yang diwujudkan tetapi tidak disokong dengan gaji yang berpatutan. Kami akan mengusahakan perkara ini," jelasnya.
Menurutnya, selepas ini beliau akan mengadakan lawatan ke Kelantan dan Kedah bagi meninjau keadaan di sana bagi menyalurkan bantuan yang boleh diberikan oleh MITI.

"Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir telah hadir ke MITI untuk meminta sokongan bagi merancakkan sektor ekonomi di negeri berkenaan terutamanya dalam sektor minyak dan gas.

"Kulim High Tech Park merupakan antara kawasan industri moden paling berjaya di Malaysia dan MITI bersedia menghulurkan bantuan kepada Kedah," katanya lagi.

Tambah beliau, MITI akan mengadakan perjumpaan dengan media minggu hadapan bagi menerangkan perancangan kementerian berkenaan bagi penggal kali ini secara terperinci.

Difahamkan antara isu yang akan dibentangkan adalah Dasar Automotif Negara, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan beberapa perancangan lain.



Credit: Utusan

Pendapatan tambahan RM27b

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0Pr9joUd-OvoJQKl8x2mH1KKFcepCcGBVVPOodHwbTGTMLDJIO8Ial87IELwFFbCGkgDisHTvQ-GUkHNn_vQ8wygwmDay7mpWjF2hCILk46aVvaLHKR15OpEPcjGD3h4XrViRRacMBtcs/s1600/GST.jpg



Datuk Seri kena pertimbangkan balik cadangan datuk seri. Dikala BN menang dengan majoriti tipis dan kalah dalam undi popularity, diharapkan menteri2 yang dipilih dapat memikirkan mekanisma untuk mengutip cukai yang lebih efektif dan bukan membebankan rakyat. Jika rakyat sebelum ini disogokkan dgn GST sebanyak 4% sekarang dikatakan akan menjadi 7%. Kadar ini adalah tinggi dan membebankan rakyat.

Lebih sesuai sekiranya, sistem cukai yang sedia ada diperhalusi dan diperbaiki terutamanya cukai2 dari syarikat yang besar yang selama ini menikmati potongan cukai dan pelbagai keistimewaan yang lain. Mereka sudah kaya diberi pula kebebasan berbanding golongan rakyat biasa.

Mungkin sudah sampai masanya pegawai LHDN menjalankan penguatkuasaan yang lebih tegas dalm mengutip cukai-cukai dari peniaga yang banyak mengelat, sebagai contoh kedai mamak, kedai makan di RnR, peniaga on-line dan peniaga2 yang menyembunyikan keuntungan sebenar mereka seperti golongan peniaga cina yang selalu tidak mengeluarkan resit dalam pembelian.

Hal ini menyebabkan keuntungan dan jualan mereka tiada rekod dan LHDN hanya mempercayai atau membuat anggaran keuntungan mereka  sahaja semasa membuat tafsiran cukai.

 ...................
Info berkaitan
 
KUALA LUMPUR 17 Mei - Malaysia akan dapat menambah pendapatan sehingga RM27 bilion jika cadangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, mekanisme pencukaian baharu itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang.

"Tahap matang ialah apabila setiap penduduk Malaysia mula menyumbang ke arah GST. Ia mestilah dilaksanakan sebaik sahaja penduduk Malaysia bersedia menerima mekanisme itu," tegas beliau.

Bercakap pada forum Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) - Apa Ertinya bagi Perniagaan? di sini hari ini, Idris berkata, pendidikan tentang GST dan bagaimana ia memberi faedah kepada ekonomi negara amat penting, dan juga agar warga Malaysia faham dan menerima mekanisme pencukaian itu nanti.

Beliau berkata, GST akan menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia, seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional sebelum PRU 13.

"Walaupun satu cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan komitmen untuk menurunkan cukai korporat dan juga cukai pendapatan peribadi.

"Ini menunjukkan kerajaan mahukan keseimbangan dalam setiap langkah yang diambilnya, sama ada dari sudut ekonomi mahupun politik," kata Idris yang menerajui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bahawa janji-janji yang dibuat oleh kerajaan sebelum pilihan raya akan meningkatkan nisbah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK), daripada 53 peratus sekarang.

Beliau berkata kerajaan komited untuk mengekalkan hutangnya di bawah paras 55 peratus berbanding paras siling KDNK yang telah ditetapkannya sebelum ini.

"Pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan mekanisme Malaysia yang menetapkan 55 peratus sebagai siling bagi nisbah hutang berbanding KDNK, ramai pakar ekonomi dan pemimpin dunia berkata itu mustahil.

"Ini adalah kerana Malaysia amat unik sebab hutangnya masih di bawah paras 55 peratus," kata Idris sambil menyebut contoh negara-negara seperti Singapura (nisbah hutang berbanding KDNK 100 peratus), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).

Di samping mendakwa matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 boleh dicapai malah dua tahun lebih awal, memandangkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta yang menyeluruh, Idris berkata, Malaysia berada di landasan yang teguh untuk mencatatkan lebihan belanjawan menjelang 2020.
Kata beliau dalam empat tahun kebelakangan ini dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menunjukkan penyusutan yang ketara tahun demi tahun, dan memberikan jaminan bahawa rekod pencapaian ini akan berterusan.

"Tahun lepas, defisit belanjawan ialah 4.5 peratus, dan tahun ini kita menjangka ia susut kepada empat peratus. Dengan segala usaha yang diambil, saya pasti harinya akan tiba apabila kita boleh mencapai lebihan belanjawan itu," tegas beliau. - BERNAMA

Credit: Utusan
....................................................................................................................................

APA ITU GST
PENJELASAN MENGENAI INTISARI PERCUKAIAN NYA


DEFINASI GST
  • GOODS & SERVICES TAXES atau CUKAI BARANGAN PENGGUNA & PERKHIDMATAN
  • GST berbeza dari CUKAI PENDAPATAN
  • Dimana Cukai GST berlaku apabila PEMBELIAN kepada sesuatu BARANGAN & PERKHIDMATAN dan di TANGGUNG oleh PEMBELI.
  • Yang juga di kenakan terhadap BARANGAN yang DI IMPORT.
GST ADALAH CUKAI NILAI TAMBAH
  • Cukai GST adalah TERMASUK kepada KOS PEMBUATAN + KEUNTUNGAN = HARGA JUALAN.
  • Yang di SATUKAN dalam SATU HARGA.
BERAPA NILAI GST YANG AKAN DI KENAKAN (DI MALAYSIA)
  • Jika KERAJAAN MALAYSIA sangat PEKA dengan KEADAAN EKONOMI, kemungkinan CAJ GST akan di mulakan sekitar 4-5%
  • Tetapi ia boleh MELONJAK kepada Angka 5-6%
BEZA ANTARA CUKAI GST DENGAN CUKAI JUALAN
  • CUKAI GST adalah Cukai Yang BERPERINGKAT terhadap sesuatu BAHAN dan PRODUK
  • Dan CUKAI JUALAN adalah CUKAI SEKALI GUS
  • Dimana anda tidak perlu membayar CUKAI kepada BARANGAN & PERKHIDMATAN yang tidak di gunakan atau di beli.
APA KELEBIHAN GST
  • CUKAI GST mudah di kendalikan kerana BERSIFAT BERSENDIRIAN dalam TAKRIF CUKAI kepada sesuatu BARANGAN & PERKHIDMATAN.
  • KADAR CUKAI yang DI KENAKAN juga bersifat KECIL atau RENDAH.
  • Dan boleh DI LIBATKAN kepada SEMUA BARANGAN & PERKHIDMATAN dalam sesuatu Perniagaan.
  • Dimana CUKAI tersebut DI PUNGUT apabila sesuatu PENJUALAN telah DI LAKUKAN.
  • CARA yang sangat Berkesan untuk MENGENAKAN CUKAI kepada SEMUA LAPISAN RAKYAT yang KAYA atau yang MISKIN melalui CUKAI PEMBELIAN ini.
  • Dimana semua RAKYAT tidak TERKECUALI kerana melalui SISTEM CUKAI yang sediaada, ramai yang MENGELAK untuk membayar CUKAI secara JUJUR.
  • Dan sesungguh nya TIDAK MENGUNTUNGKAN PENGGUNA & RAKYAT AWAM.
GOLONGAN MANA YANG TERLIBAT
  • SYARIKAT yang MERAIH PENDAPATAN KASAR TAHUNAN melebihi RM500,000 harus BERDAFTAR sebagai PEMBAYAR CUKAI GST.
  • ATAU Syarikat yang KURANG dari RM500K yang mendaftar secara SUKARELA.
CUKAI GST TERHADAP IMPORT
  • SEMUA BARANGAN IMPORT di kenakan Cukai GST
  • Dimana NILAI MINIMA tidak DI JELASKAN LAGI untuk Orang Awam yang membawa sesuatu Produk dari Luar Negara secara Persendirian.
CUKAI GST TERHADAP PRODUK BUATAN TEMPATAN
  • SEMUA PRODUK & PERKHIDMATAN Buatan Tempatan di kenakan Cukai GST tetapi ADA TEMPUH TERTENTU untuk mengemukakan PEMBAYARAN nya kepada KERAJAAN.
  • TETAPI BUKAN SEMUA PRODUK akan DI KENAKAN CUKAI GST kerana akan WUJUD beberapa PRODUK yang akan DI KATEGORIKAN sebagai 1) HARUS DI CUKAI, 2) TIADA CUKAI dan 3) DI KECUALIKAN CUKAI.
PENJELASAN LANJUT CUKAI
1) HARUS DI CUKAI
  • Kepada SETIAP PEMBELIAN PRODUK & PERKHIDMATAN yang tidak dalam kategori No.2 & No.3
  • Dimana Peruntukkan ASAS GST ialah dalam lingkungan 4% - 6% (belum di tetapkan)
  • Cukai GST berlaku hanya PEMBELIAN telah di lakukan (dalam Harga Pukal)
2) TIADA CUKAI
  • TIADA CUKAI terhadap PRODUK & PERKHIDMATAN yang TERTENTU
  • Dimana KUMPULAN PRODUK & PERKHIDMTAN ini belum DI JELASKAN lagi oleh Pihak Kerajaan.
  • Dan TIDAK AKAN DI KENAKAN CUKAI GST
3) DI KECUALIKAN CUKAI
  • Sesuatu Kumpulan PRODUK & PERKHIDMATAN yang DI KECUALIKAN dari sebarang CUKAI.
  • Dimana KUMPULAN PRODUK & PERKHIDMTAN ini belum DI JELASKAN lagi oleh Pihak Kerajaan.
  • Dan juga TIDAK AKAN DI KENAKAN CUKAI GST
ADAKAH CUKAI GST INI KAN MEMBEBANKAN PENGGUNA
  • Ada banyak SUDUT harus di fikirkan, ada Pendapat mengatakan AKAN MEMBEBANKAN
  • Dan ada pula yang mengatakan TIDAK MEMBEBANKAN PENGGUNA
  • BEBANAN akan hanya TERASA APABILA sesuatu BARANGAN yang PALING ASAS di kategorikan di dalam Cukai GST.
  • Ini semua akan BERGANTUNG kepada KEBIJAKSANAAN KERAJAAN untuk MENYENARAIKAN Produk & Perkhidmatan yang akan di masukkan ke dalam Cukai GST.
  • CUKAI GST akan dapat DI RASAKAN jika anda BERBELANJA kepada terlalu BANYAK dalam sesuatu MASA.
RUMUSAN
KEBERKESANAN CUKAI GST
  • HANYA MASA akan menentukan sesuatu KEBERKESANAN CUKAI GST ini kerana setiap KERAJAAN akan MEMILIH CARA & KAEDAH yang mereka FIKIR akan dapat MENJANA PENDAPATAN kepada NEGARA masing-masing.
  • Dimana ada NEGARA yang telah MENGAMALKAN CUKAI GST mengalami PELBAGAI REAKSI dari RAKYAT mereka sendiri.
  • Dan juga akan BERGANTUNG SEPENUH NYA terhadap KEMAMPUAN RAKYAT sesebuah Negara dari SEGI PENDAPATAN KASAR mereka secara TAHUNAN.
  • Dan KEKUATAN MATAWANG sesebuah NEGARA yang mengamalkan Cukai GST ini.
PERBANDINGAN
Sebarang PERBANDINGAN ASAS untuk mencari MODEL NEGARA TERBAIK bagi Cukai GST ini HARUS di UKUR daripada :
  • PERSAMAAN PENDAPATAN GAJI KASAR TAHUNAN RAKYAT
  • PERSAMAAN KEKUATAN MATAWANG
  • PERSAMAAN KEMAJUAN EKONOMI NEGARA SECARA KESELURUHAN
  • PERSAMAAN TARAF NEGARA DALAM RANKING EKONOMI
Dari situ baharu lah boleh di ambil UKURAN untuk membuat sesuatu PERBANDINGAN kepada KEBERKESANAN Cukai GST ini.
 

Wednesday 24 April 2013

Kebenaraan azab Allah

Credit: Utusan

bahagian hadapan makam Nabi Lut AS. 
 
DALAM pengertian keagamaan, hukuman yang ditimpakan kepada seseorang sebagai akibat daripada perbuatannya disebut azab. Hukuman itu sendiri terbahagi kepada dua, iaitu yang berasal daripada Allah SWT dan yang dilakukan oleh suatu golongan terhadap golongan lain.

Contoh hukuman daripada Allah SWT adalah hukuman yang ditimpakan kepada Firaun dan para pengikutnya agar mereka menyedari kekeliruannya dan kembali ke jalan yang benar. (maksud al-Quran, surah az-Zukhruf, ayat 48). Contoh hukuman daripada suatu golongan kepada golongan yang lain adalah seksaan yang dilakukan Firaun serta para pengikutnya terhadap Bani Israel dan pembunuhan semua bayi lelaki mereka. (al-Baqarah: 49, al-'Araaf: 141, Ibrahim: 6 dan ad-Dukhaan: 30-31)

Dalam al-Quran dijelaskan bentuk dan sebab azab. Contoh sebab azab kerana kafir kepada Allah SWT diterangkan dalam surah al-Anfal ayat 35, dan mendustakan ayat-ayat Allah SWT dalam surah al-'Araaf ayat 36-39.

Salah satu contoh bentuk azab Allah SWT di neraka adalah minuman daripada air yang sedang mendidih. Ini terdapat dalam surah al-An'am ayat 70.

Pada umumnya, kaum Asy'ariyah (penganut aliran Asy'ariyah) meyakini adanya azab Allah SWT yang ditimpakan kepada manusia ketika masih berada di dunia ini. Dalam al-Quran dikisahkan adanya azab dalam pelbagai bentuk bencana alam.

Bangsa-bangsa terdahulu yang ingkar atau zalim tertimpa bencana itu, misalnya angin kencang yang amat dingin dan membinasakan kaum Ad (al-Haqqah: 6)

Nabi Hud AS diutus Allah SWT untuk memberi peringatan kepada kaum Ad yang sesat (al-Ahqaf: 21) kerana mereka menyembah objek lain selain Allah SWT.

Mereka tidak mahu mendengarkan Nabi Hud dan tetap membangkang. Akhirnya, Allah SWT menurunkan azab kepada kaum Ad dalam dua tahap. Salah satu azabnya berupa kekeringan atau kemarau yang sangat dahsyat.

Sebelum bencana banjir diturunkan, Nabi Nuh AS sudah mengingatkan umatnya akan azab Allah SWT. Namun mereka tetap membangkang dan menolak ajakan Nabi Nuh AS. Akhirnya bencana banjir besar ditimpakan kepada kaum Nabi Nuh AS kerana mereka berbuat zalim. Atas perintah Allah SWT, Nabi Nuh AS dan kaumnya yang bertakwa membina bahtera besar agar mereka terhindar daripada bencana bah (banjir besar).

Menurut tafsir Ibnu Katsir, ada dua pendapat tentang azab kubur. Pertama, menyatakan bahawa azab kubur berbentuk penyeksaan secara fizikal, sedangkan yang kedua berpendapat bahawa azab kubur hanya merupakan pengalaman rohani. Meskipun demikian, tidak semua ulama, terutama ulama moden, berpendapat bahawa azab kubur itu ada. Sebahagian daripada mereka tidak percaya akan adanya azab kubur.

Para ahli ilmu kalam berpendapat bahawa azab di akhirat berlaku secara fizikal. Hal ini didasarkan pada keyakinan mereka tentang adanya kebangkitan jasmani seperti dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh? Katakanlah: Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali pertama. (Yaasin: 78-79)

Kaum sufi menolak kebangkitan (dibangunkan kembali) jasmani. Menurut mereka, jasmani bersifat sementara. Apa yang akan dibangkitkan (dibangunkan kembali) di akhirat adalah rohani. Oleh hal yang demikian itu, azab akhirat itu bersifat rohani.

Kekal sihat dengan beribadat

Credit: Utusan

Berpuasa itu amat digalakkan bukan sahaja manfaat pahalanya tetapi pada masa sama, ia memberi kerehatan kepada perut. - Gambar hiasan
 
TIDAK salah sesekali berbelanja dan mengeluarkan sejumlah wang untuk mengekalkan kesihatan selain meluangkan masa bagi melakukan aktiviti senaman.

Malah ia dituntut dan dititikberatkan menurut Islam kerana memelihara tubuh agar sentiasa dalam keadaan baik merupakan anugerah Allah SWT kepada hambanya.

Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu. (riwayat Bukhari)

Namun, tidak ramai menyedari, tidak perlu keterlaluan dalam berbelanja dan memperuntukan masa yang lama untuk kekal sihat. Tetapi dengan hanya melakukan ibadat berupaya mengekalkan kesihatan malah lebih lagi daripada yang diingini.

Ini kerana, di samping memperoleh ganjaran di akhirat, di sebalik setiap amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat Islam mempunyai kelebihan tersendiri.

Bukan sahaja digambarkan melalui al-Quran dan hadis, malah ia turut diakui menurut kajian sains moden yang membuktikan fadilat melaksanakan ibadah.

Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad berkata, tidak akan habis dan mampu dikaji untuk menghuraikan segala kelebihan amalan yang Allah SWT perintahkan.

Beliau yang banyak membuat pemerhatian melalui penyelidikan dan rujukan pakar mengenai kelebihan melaksanakan ibadah mengakui segala perintah Allah SWT adalah tidak sia-sia dan mempunyai pelbagai manfaat yang tidak kita ketahui.

Kelebihan wuduk

Dr. Irfan berkata, mengambil air sembahyang mampu mengelakkan tubuh daripada pelbagai penyakit yang mudah merebak ke dalam anggota tubuh.

Setiap basuhan seperti berkumur, membasuh tangan dan mencuci hidung mampu mencegah pelbagai wabak.
“Tangan yang tidak bersih boleh menjadi punca merebaknya wabak terutamanya penyakit bawaan bakteria yang merebak secara laluan fekal-oral. Penyakit-penyakit seperti gastroenteritis, hepatitis A, tifiod, kolera dan banyak lagi merupakan contoh penyakit yang boleh dicegah atau dikurangkan jika aspek kebersihan tangan diambil berat.

“Manakala, kepentingan menjaga kebersihan mulut merupakan suatu perkara yang tidak perlu diperdebatkan lagi. Sebab itulah muncul pelbagai jenis ubat kumur serta bentuk berus dan ubat gigi. Walaupun tidak disyariatkan dalam amalan berwuduk, tetapi digalakkan sebagaimana di dalam hadis.

“Begitu juga amalan memasukkan air ke dalam hidung. Kajian dalam bidang rinologi (perubatan hidung) menunjukkan bahawa amalan memasukkan air ke hidung (nasal wash) adalah berkesan untuk mengurangkan tanda-tanda penyakit alahan, sinusitis.

“Selain itu, amalan membersihkan hidung turut didapati dapat mengurangkan selesema dan membersihkan kaviti sinus, mengurangkan hidung tersumbat, melembapkan rongga hidung, mengurangkan batuk dan ‘post nasal drip’, membersihkan laluan hidung, mengembalikan fungsi silia dalam hidung, memperbaiki saliran sekresi, memperbaiki fungsi suara dan pernafasan, meningkatkan deria bau dan rasa serta mengurangkan alahan hidung sewaktu mengandung," kata Dr. Irfan.

Kelebihan solat

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Fatimah Ibrahim dalam kajian yang dilakukan mendapati setiap pergerakan yang dilakukan dalam solat merupakan satu kaedah senaman yang bermanfaat kepada kesihatan manusia.

Antara hasil kajian tersebut adalah kesan pergerakan solat terhadap komposisi badan yang didapati mampu merawat denyutan jantung, terapi mati pucuk dan diet seimbang untuk menguruskan tubuh manusia.

Kajian kesan pergerakan solat terhadap komposisi badan yang dilakukan kepada 120 peserta mendapati keputusan yang berbeza. Ia diukur mengikut lima kaedah tabiat lazim solat sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kaedah tersebut adalah kekerapan bersolat, tahap memahami bacaan dalam solat, solat berjemaah, posisi ketika rukuk dan ketika sujud serta duduk tahiyat.

Kelima-lima kaedah tersebut katanya jika dilakukan dengan sempurna mampu memberi kesan positif kepada tubuh seperti menenangkan fikiran, menyihatkan badan, menambah tenaga dan mengurangkan kolestrol dalam tubuh.

Kelebihan puasa

Dalam pada itu, Dr. Irfan berkata, kajian menunjukkan proses metabolisme melibatkan karbohidrat menurun ketika berpuasa dan aktiviti pembakaran lemak meningkat (El Ati J, Beji C, Danguir J).

“Kajian yang berbeza menunjukkan penurunan berat badan sebanyak 1.7 kg, 1.8 kg, 2.0 kg dan 3.8 kg berlaku ke atas mereka yang berpuasa Ramadan sebulan penuh.

“Dengan berpuasa juga dapat mengurangkan kesan negatif ke atas pesakit yang mengalami kecederaan sederhana di bahagian otak. Malah fungsi buah pinggang menjadi stabil serta merendahkan risiko penyakit jantung.

“Beberapa hari selepas ibadah puasa, paras hormon endorphins, meningkat di dalam darah menjadikan seseorang lebih fokus dan tenang, menurunkan berat badan, mengawal penyakit kencing manis serta darah tingi," jelasnya.

Kelebihan berkhatan

Dr. Irfan menjelaskan, manakala kulit yang dibuang pada kemaluan manusia merupakan perangkap kepada kekotoran dan najis terutama sisa-sisa pembuangan air kecil.

Jika tidak dibersihkan dengan begitu berhati-hati dan sempurna, maka kekotoran tersebut akan terperangkap di kemaluan.

Beliau berkata, kesannya, tubuh sentiasa membawa najis dan ini boleh mengakibatkan Jangkitan kuman.
“Bakteria amat suka kepada suasana sebegini kerana ia menjadi medium yang amat sesuai untuk pertumbuhan koloni bakteria.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2007) dan Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC, 2008) telah menyatakan bahawa amalan berkhatan mampu membantu mencegah risiko jangkitan HIV.

“Phimosis adalah keadaan di mana kulit di hujung kemaluan lelaki tidak dapat ditarik atau tertarik ke belakang sewaktu ereksi. Keadaan ini memberikan kesakitan kepada mangsa yang mengalaminya selain potensi gangguan kepada perjalanan air kencing, fungsi seksual dan sebagainya.

“Ada juga kajian yang menunjukkan phimosis ialah faktor risiko untuk mendapat kanser (Willcourt, 2000). Walaupun terdapat beberapa kaedah lain untuk merawatnya, namun berkhatan ialah salah satu cara yang paling awal dilaksanakan, dan ia berkesan," ujar Dr. Irfan.

Beri satu dapat 10

Teringat kata-kata dr Azizan....Beri,beri, beri, berkat


Credit: Utusan


PADA suatu hari, Siti Fatimah teringin memakan epal. Lalu Saidina Ali keluar mencarinya buat isteri tercinta. Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali terserempak dengan seorang lelaki miskin yang meminta sedikit makanan daripadanya kerana sudah lama tidak makan.

Saidina Ali menjadi berbelah bahagi antara isteri serta membantu si miskin itu. Namun, atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam, disulami rasa tanggungjawab sebagai suami, dia memotong buah epal itu kepada dua bahagian. Sebelah disimpan untuk isterinya dan sebelah diberikan kepada lelaki miskin tersebut.

Lelaki itu meminta lagi kerana terlalu lapar. Situasi ini membuatkan Saidina Ali berada dalam dilema. Oleh kerana terlalu belas kepada si miskin itu, maka baki epal yang sebelah itu turut diberikan kepada lelaki miskin itu.

Lalu pulanglah menantu Rasulullah SAW itu dengan tangan kosong. Setibanya di rumah dilihat Siti Fatimah sedang menanti-nanti kepulangannya dengan tersenyum lebar.

Saidina Ali rasa bersalah lantas terus menceritakan kejadian yang berlaku serta meminta maaf kepada isterinya dan berjanji akan membawakannya epal yang lain.

Saidina Ali terkejut apabila Siti Fatimah memberitahu baharu tadi ada seseorang datang memberikan mereka sebakul epal seraya menunjukkan bekas yang berisi sembilan biji epal.

Saidina Ali lantas bertanyakan di mana sebiji lagi epal tersebut. Sungguhpun dalam terkejut, Siti Fatimah mengakui yang dia telah memakannya kerana terlalu teringin.

Dalam kehairanan, Siti Fatimah sempat bertanya bagaimana suaminya mengetahui bahawa di dalam bakul itu ada 10 biji epal?

Lalu Saidina Ali tersenyum dan berkata: “Sayang, bukankah ayahmu mengajar kita bahawa setiap satu amalan yang kita perbuat, Allah akan membalasnya dengan 10 kali ganda ganjaran. Tadi abang memberikan sebiji epal kepada orang yang memerlukan, lalu abang yakin imbalan yang kita terima adalah ibarat epal ini. Sudah tentu Allah mentakdirkannya agar 10 biji, bukannya sembilan."

Kisah ini bukannya bermaksud setiap apa yang kita keluarkan akan mendapat balas terus pada masa itu juga dengan gandaan 10, namun itu juga tidak mustahil dengan kuasa Allah SWT.

Apa yang lebih penting untuk kita fahami, betapa tinggi dan besarnya kasih sayang Allah SWT kepada kita dan betapa hebatnya iman para sahabat.

l Susunan daripada buku Bertanya Tentang Tuhan terbitan Mustread Sdn. Bhd.

Tuesday 23 April 2013

HFG sedia pindah teknologi, kepakaran hasil daging wagyu



Pastikan anda mempunyai perancangan rapi apabila ingin memasuki persaingan/peperangan baru. Sebagai contoh syarikat jepun dari Jepun ini

Credit: Berita Harian


Hannan Foods Group (HFG) bercadang menjadikan Malaysia pusat pengeluaran Asia bagi daging premium yang sama mutunya dengan daging 'wagyu' yang dihasilkan di negara matahari terbit itu.

Pengarah syarikat tujuan khas pelaburannya Aruk Mert Co Ltd, Kakishima Takaaki, berkata pihaknya sudah pun mempunyai nama bagi produk bergred tinggi itu, iaitu 'Malay Beef'.
Katanya, kumpulan itu berhasrat membawa teknologi ternakan dan penghasilan produk premium itu jika kerjasamanya dengan Otoshitos Sdn Bhd untuk terbabit dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) menerusi pengambilalihan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCSB) menjadi kenyataan.


"Kami ingin membangunkan industri itu di sini. Kami mempunyai pengalaman lebih 65 tahun dalam industri ternakan lembu di Jepun. Namun, berikutan kos tenaga kerja di Jepun yang tinggi sementara penghasilan daging wagyu mempunyai kaedah ternakan tersendiri yang mana hanya memakan bahan organik tanpa kimia, ia menjadikan harga produk itu mahal.

Pindah teknologi ke Malaysia

"Sasaran kami di pasaran Asia adalah untuk menjadikan Malaysia pengeluar daging berkualiti sama seperti daging wagyu yang dikeluarkan di Jepun," katanya. pada temubual dengan akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Kuala Lumpur, kelmarin. Yang turut hadir, Pengerusi KASB dan Pengarah Eksekutif Otoshitos, Datuk Nik Mod Amin Abd Majid.

Takaaki berkata, lembu yang menghasilkan daging wagyu kini berharga kira-kira RM60,000 seekor dan negara pengeluar daging utama seperti Australia dan Amerika Syarikat juga sudah mula mengeluarkan produk sama.
Katanya, syarikat Jepun itu bercadang menjalinkan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi urusan pemindahan teknologi dan latihan tenaga kerja mahir.

"Kami akan memindahkan teknologi itu ke sini, namun ada masalah dari segi bekalan makanan ternakan dan latihan tenaga mahir. Kami yakin UPM dapat menyokong menerusi kerjasama modal insan," jelasnya.

Sementara itu, Nik Mod Amin berkata, projek NFC dapat mewujudkan pelbagai industri sampingan termasuk penghasilan daging bergred tinggi seperti wagyu, selain pengeluaran makanan ternakan daripada sisa sawit serta gelatin dan bahan kosmetik halal.

Hannan Foods minat ambil alih projek NFC

Syarikat Jepun pun berminat dengan pasaran lembu di Malaysia, bagaimana dengan orang tempatan..takkan nak biarkan orang luar mengawal pasaran dalam negara..jom mulakan perniagaan/perternakan anda


Credit: Berita Harian


Hannan Foods minat ambil alih  projek NFC
 
Hannan Foods Group (HFG) memutuskan untuk turut terbabit dalam pengambilalihan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) berikutan konsep perniagaannya yang berdaya maju, peluang meneroka industri halal serta infrastruktur yang sudah sedia dibangunkan.

Firma penternak lembu terbesar dan kumpulan pengeluar produk makanan kedua terbesar di Jepun itu menerusi Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB) iaitu syarikat usaha samanya dengan Otoshitos Sdn Bhd, Jumaat lalu memeterai surat hasrat bagi memulakan rundingan untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCSB), iaitu pengendali projek berkenaan.

HFG menerusi syarikat tujuan khas (SPV) pelaburan dan pengembangan perniagaan antarabangsanya, Aruk Mert Co Ltd (Aruk Mert) memiliki 40 peratus ekuiti dalam KASB, manakala 60 peratus lagi dimiliki syarikat tempatan, Otoshitos Sdn Bhd.


Pengarah Aruk Mert, Kakishima Takaaki, berkata HFG yakin konsep perniagaan NFC adalah berdaya maju kerana ia hampir menyamai perniagaan HFG yang dimulakan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua lebih 65 tahun lalu susulan kebimbangan kerajaan negara itu mengenai isu jaminan makanan.

Berdasarkan pengalaman, jika kita mahu berdaya maju dalam industri sebegini, kita perlu terbabit dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh, daripada aktiviti penternakan, pemprosesan daging, pengeluaran makanan ternakan dan pemasaran.

Projek berpotensi besar

Apabila melihat NFC, kami seolah-olah menemui konsep sama seperti dilaksanakan di Jepun. Kami memiliki teknologi dan kaedah pengeluaran yang boleh dipindahkan ke sini. Projek ini berpotensi besar. Kami mahu bertapak di sini untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran baru," katanya pada sesi temubual bersama akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Kuala Lumpur, kelmarin.
Yang hadir sama ialah Pengerusi KASB dan Pengarah Eksekutif Otoshitos, Datuk Nik Mod Amin Abd Majid.

Takaaki berkata, pasaran daging lembu di Jepun yang sudah mencapai tahap tepu menjadi antara sebab kumpulan itu mula mengembangkan perniagaan di peringkat global khususnya pasaran produk makanan halal yang berpotensi besar.

"Penerokaan produk makanan halal adalah matlamat utama dalam langkah pengembangan perniagaan kami di luar Jepun dan negara terbaik untuk menjadi tapak pengeluaran produk halal tentunya Malaysia.

Ini berikutan penjenamaan produk halal Malaysia sudah diterima di peringkat global. Malaysia juga adalah pusat kepada ekonomi ASEAN. Hannan mahu menjadikan Malaysia sebagai hab pengembangan perniagaan di rantau ini dan Asia Barat, dan kami melihat peluang itu ada pada NFC," jelas beliau.

Sementara itu, Nik Mod Amin berkata, Hannan melihat NFC sebagai jalan pintas untuk meneroka pasaran produk makanan halal dan mengembangkan perniagaan di rantau ini.

Katanya, jika mereka mahu meneroka sendiri dengan memulakan tapak dari peringkat bawah, ia akan memakan masa.

Edar daging berkualiti

NFC sebaliknya sudah siap membangunkan ladang model seluas 1,500 hektar. Ketika melaksanakan kajian terperinci kira-kira setahun lalu, kami dapati semua kemudahan sudah tersedia termasuk rumah penyembelihan. Jika nak mulakan sendiri kemudahan seperti itu, ia akan mengambil masa hingga lima tahun.

Selain itu, sebahagian ladang satelit juga sudah dibangunkan. Seperti dalam Perjanjian Pelaksanaan NFC, kerajaan akan membangunkan 310 ladang ternakan satelit dan kontrak. Setakat ini, 71 sudah beroperasi dan ia adalah satu daya tarikan. NFC setakat ini juga sudah berupaya mengedar daging berkualiti," katanya.

Industri bekalan daging lembu di negara ini juga dilihat berpotensi besar kerana kini hanya 24 peratus bekalan daging di dalam negara dibekalkan pembekal tempatan, manakala baki 76 peratus lagi adalah diimport.