Satu lagi syarikat bumiputra yang berjaya di pasaran malaysia dan global. Tahniah
Credit: Utusan
KUALA LUMPUR 7 April - Muslim Best Marketing (M)
Sdn. Bhd. (Muslim Best) melalui rangkaian produk makanan sejuk bekunya
akan mempelbagaikan lagi produk berasaskan ubi vitato.
Pengurus francais dan promosinya, Umi Kalsom Salleh berkata,
syarikatnya kini dalam usaha untuk menawarkan menu baharu khususnya
kepada mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan.
"Dengan mempelbagaikan produk daripada ubi vitato ini, kami berharap
dapat meningkatkan lagi penjualan piza ubi vitato tersebut yang kini
mencecah 2,000 kotak sebulan.
"Piza vitato ini mengandungi 30 peratus campuran ubi keledek vitato
dalam setiap adunan yang kaya dengan bahan antioksidan seperti
B-karotena (memberi warna oren) yang bertukar menjadi vitamin A di dalam
badan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerai Perbadanan Kemajuan
Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Pameran Perdagangan Halal
Antarabangsa Malaysia 2013 (Mihas 2013).
Tambah Umi Kalsom, bahan antioksidan tersebut dapat mengelakkan
kerosakan pada sel dan asid deoksiribonukleik (DNA), seterusnya
menghalang pertumbuhan sel kanser dan melambatkan proses penuaan.
Selain piza, Muslim Best mengedarkan produk sejuk beku lain,
antaranya murtabak raja, karipap rindu daging lada hitam, samosa coklat
pisang dan popia cendawan berkeju.
"Murtabak raja keluaran Muslim Best merupakan produk yang paling
mendapat sambutan dengan penjualan sebanyak 20,000 kotak setiap bulan.
"Murtabak raja ini telah dikomersialkan di pasaran Maghribi dan masih
dalam perbincangan untuk memperluaskan lagi pemasaran di sana dalam
tahun ini," jelasnya.
Menurutnya, murtabak raja itu didatangkan dengan pelbagai perisa
iaitu berintikan ayam lada hitam, daging lada hitam, kari ayam, rendang,
ikan tuna dan vitato.
No comments:
Post a Comment