Monday 24 September 2012

Orang luar pun pandai melabur...

InsyaAllah, pada masa depan bumi malaysia akan dibangunkan oleh rakyat malaysia..bukan sekadar menjadi tapak mengaut keuntungan oleh orng luar sahaja....

Pelaburan RM1b jana ECER

Ahmad Fiesal Othman di Nanning, China Cetak
Sebuah syarikat akuakultur China akan melabur hingga RM1 bilion di kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), sekali gus akan menyemarakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan itu terutama dalam mewujudkan peluang pekerjaan baru.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata syarikat terbabit mengumumkan pelaburan itu ketika sesi persidangan meja bulat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama usahawan China sempena Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2012 yang sedang berlangsung di sini.
Katanya, kerajaan Terengganu sudah bersetuju untuk menyediakan tanah bagi tujuan projek itu dan rundingan lanjut akan diadakan dengan syarikat China terbabit.

Dua lagi syarikat China ingin melabur di Malaysia

Beliau berkata, selain syarikat akuakultur itu yang mencadangkan pelaburan dalam tiga fasa, dua lagi syarikat China turut menyatakan minat melabur di Malaysia, masing-masing dalam sektor industri besi maju dan biomass.

Semua komitmen pelaburan berkenaan akan dinilai dari pelbagai sudut terutama faedah keseluruhan yang mampu ditawarkan daripada pelaburan terbabit, tambah Mukhriz.

“Kita bukan setakat melihat kepada nilai pelaburan, tetapi apa yang lebih penting manfaat keseluruhan yang ditawarkan kerana kita kini agak memilih.
Tarik pelaburan berteknologi tinggi

“Negara mahu tarik pelaburan berteknologi tinggi dan bukan berintensif buruh,” katanya ditemui di sini, semalam.

Laporan sebelum ini menyebut syarikat akuakultur China berkenaan akan membuka sebuah ladang penternakan udang putih di tapak lebih 1,000 hektar di Pasir Putih, Merchang, Marang, berikutan kawasan itu berhampiran laut yang akan memudahkan proses pemindahan air laut. Projek itu dijangka menjadikan Terengganu sebagai pengeluar udang putih terbesar Malaysia.

CAEXPO 2012 di Nanning yang bermula 21 September lalu berlangsung sehingga esok dan seramai 136 syarikat Malaysia menyertai pameran itu yang diterajui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

China-Malaysia manfaat kelebihan masing-masing

Mukhriz yang turut menyampaikan ucaptama pada Forum Pembangunan Perkilangan Termaju China-ASEAN sempena CAEXPO 2012 itu berkata, kedudukan Malaysia sebagai antara negara termaju di ASEAN membuka peluang baik kepada usahawan Malaysia dan China memanfaatkan kelebihan masing-masing bagi merancakkan perdagangan kedua-dua negara.

“Saya optimis hubungan dagangan Malaysia-China akan lebih rancak khususnya dengan kewujudan projek taman perindustrian berkembar kedua-dua negara menerusi Qinzhou Industrial Park (QIP) dan Taman Perindustrian Kuantan (KTP),” katanya.

Mengenai CAEXPO 2012, Mukhriz berkata, pameran jualan menunjukkan prestasi memberangsangkan yang mana setakat hari pertama RM592,270 jualan dicatatkan dan RM31.27 juta potensi jualan.

Tahun ini MATRADE menyasarkan jualan sekurang-kurangnya RM100 juta. Tahun lalu sebanyak RM201.9 juta jualan direkodkan daripada 146 peserta yang menyertai pameran itu. 
Credit: Berita Harian

No comments:

Post a Comment