KUALA LUMPUR 13 Mei - Seruan perpaduan antara
UMNO dan Pas wajib disahut para pemimpin kedua-dua parti itu kerana
merupakan perintah Allah SWT selain sunah Rasulullah SAW.
Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
berkata, pemimpin kedua-dua parti terutamanya Pas tidak boleh menafikan
seruan itu kerana terdapat ayat-ayat al-Quran yang mengajak umat Islam
ke arah tersebut.
Selain itu, menurut beliau, terlalu banyak hadis yang memerintahkan umat Islam bersatu.
Malah, katanya, Pas sendiri tidak boleh lari daripada menerima
perintah itu kerana Perlembagaan parti berkenaan jelas menyatakan hukum
tertinggi dalam pegangan Pas ialah kitabullah (al-Quran), sunah
Rasulullah, ijmak ulama dan qias.
"Sekiranya Pas benar-benar merujuk al-Quran dan hadis sebagai sumber
hukum tertinggi, pemimpin-pemimpin Pas wajib menerima seruan perpaduan
ini.
"Mereka perlu membuang segala ego dan dendam terhadap UMNO demi
melaksanakan perintah Allah. Ingatlah, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli
UMNO adalah orang Islam yang wajib kita anggap mereka sebagai saudara
seagama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat
Isa supaya agenda perpaduan orang Melayu dan umat Islam menerusi
'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas diteruskan bagi memastikan bangsa
serta agama Islam dapat diperkasa sepanjang zaman.
Nasharuddin turut mengajak pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti
masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu.
Sementara itu, Mohamed Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin
Pulau Pinang (JMPP) mengakui kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat yang mahu meludah pemimpin yang mengusahakan penyatuan
UMNO dan Pas amat bertentangan dengan Islam dan akhlak Rasulullah SAW.
"Bukankah seorang pemimpin itu wajib memikirkan masa depan
generasinya? Tidak sedarkah pemimpin ini apa akan berlaku kepada anak
cucu kita sekiranya agenda perpaduan UMNO dan Pas tidak diselesaikan?,"
katanya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha turut
menyuarakan hasrat melihat UMNO dan Pas bersatu demi Islam dan
kelangsungan kaum Melayu di negara ini.
Beliau berkata, tiada gunanya kedua-dua parti terbesar bagi orang
Melayu itu khususnya Pas terus berkeras kerana persengketaan tersebut
hanya merugikan agama Islam dan orang Melayu.
"Seruan ini bukan seruan Nasharuddin tetapi seruan Allah SWT yang wajib dipatuhi tidak kira oleh UMNO atau Pas.
"Tanggungjawab ini tidak akan habis di dunia sebaliknya akan terus dipertanggungjawabkan hingga ke akhirat," katanya.
Saturday, 18 May 2013
MMC Corp peruntuk RM2.21 bilion naik taraf pelabuhan di Johor
KUALA LUMPUR 13 Mei - MMC Corp Bhd memperuntukkan RM2.21 bilion untuk menaik taraf pelabuhan-pelabuhannya di Johor bagi menarik lebih banyak syarikat perkapalan ke gerbang selatan itu serta mengekalkan peserta yang kompetitif dalam industri perkapalan.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Hasni Harun berkata, syarikat itu mengunjurkan untuk membelanjakan RM1.6 bilion bagi Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) bagi menambah keupayaan pengendalian kepada 10.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) setahun mulai tahun depan daripada 7.7 juta pada masa ini.
Syarikat itu memperuntukkan RM421 juta untuk Pelabuhan Johor bagi menambah kapasiti kepada 45 juta tan kargo (FWT) pada 2015 daripada 35 juta FWT pada masa ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu hari ini.
Beliau berkata, peluasan PTP membuktikan hasrat syarikat untuk membawa perniagaan kargo AP Moller-Maersk Group (Maersk), yang menguasai 30 saham pelabuhan itu, ke PTP.
"Daripada tujuh juta TEU yang dikendalikan oleh PTP tahun lepas, kira-kira enam juta TEU disumbangkan oleh Maersk, beberapa juta TEU yang kargonya turut dikendalikan oleh pelabuhan Singapura.
"Jika pelabuhan anda sedia dari segi kapasiti dan kecekapan, beberapa juta TEU yang dikendalikan oleh Singapura mungkin beralih ke PTP," katanya.
Hasni berkata, walaupun PTP dirancang untuk mengendalikan lebih banyak kontena, pembesaran Pelabuhan Johor akan menampung perniagaan minyak dan gas yang semakin berkembang.
"Kami mereka bentuk semula Pelabuhan Johor supaya kita boleh melakukan lebih banyak perniagaan dalam sektor minyak dan gas," katanya.
PTP dan Pelabuhan Johor secara gabungan menguasai 42 peratus perniagaan pelabuhan di Malaysia.
Sementara itu, Hasni berkata, pengurusan akan terus mengenal pasti peluang baharu dan memanfaatkan keupayaan kukuh perniagaan terasnya dalam tenaga dan utiliti serta kejuruteraan dan pembinaan untuk membawa syarikat itu ke tahap baharu.
Beliau berkata, syarikat itu menjangkakan prestasi kukuh tahun ini, dipacu oleh faktor penghantaran yang kukuh daripada loji tenaga Malakoff Corp Bhd. serta jumlah jualan yang lebih tinggi daripada Gas Malaysia Bhd menerusi bahagian tenaga dan utiliti dan sumbangan lebih tinggi daripada projek Mass Rapid Transit (MRT) dalam bahagian kejuruteraan dan pembinaan.
Hasni berkata, syarikat itu juga komited untuk memanfaatkan nilai bank tanah yang seluas 1,800 hektar di Iskandar Malaysia dan kini berunding dengan pelanggan berpotensi selain rakan usaha sama bagi membangunkan kawasan itu.
Untuk masa depan, beliau berkata, syarikat itu sedang mengenal pasti peluang baharu menerusi pembabitan aktifnya dalam projek MRT serta potensi penyertaan dalam cadangan projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura, bagi menambah projek pembinaan dalam tangan yang kini bernilai RM5.5 bilion.
Sementara itu, mengenai kelewatan penyenaraian anak syarikat Malakoff Corp Bhd. di Bursa Malaysia, beliau berkata, penggantungan itu disebabkan oleh kerja penyelenggaraan di stesen jana kuasa tenaga Tanjung Bin dan penyenaraian pendek syarikat itu dalam pembinaan stesen jana kuasa arang batu 2,000 megawatt (MW) oleh Suruhanjaya Tenaga.
"Kami mahu stesen jana kuasa tenaga itu berapa pada kedudukan terbaik semasa penyenaraian dan pemerolehan tambahan 2,000 MW profil penjanaan tenaga dalam profil penjanaan tenaga Malakoff.
Beliau berkata, syarikat itu juga membida projek penjanaan tenaga di Indonesia dan Asia Barat, Afrika Utara dalam usaha memperoleh kapasiti penjanaan tenaga berjumlah 10,000 MW menjelang 2020.
Malakoff kini mempunyai kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 5,000 MW. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130513/ek_14/MMC-Corp-peruntuk-RM221-bilion-naik-taraf-pelabuhan-di-Johor#ixzz2TffOdxrc
© Utusan Melayu (M) Bhd
China berusaha selamatkan oasis berusia 2,000 tahun
GAMBAR yang dirakamkan pada 12 Mei lalu menunjukkan Tasik Bulan Sabit di Dunhuang. - AFP
BEIJING - Pemerintah China berusaha untuk menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China.
Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir.
Kawasan oasis itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit.
Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006. - Agensi
Credit: kosmo
FPM, Agromate tandatangani MoC
Kuala Lumpur: FPM Sendirian Berhad (FPM), syarikat bersekutu Felda
Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menandatangani Memorandum
Perjanjian Kerjasama (MoC) dengan Agromate Holdings Sdn Bhd (Agromate)
untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di dalam pasaran perniagaan baja di
negara ini.
Perjanjian itu menzahirkan keinginan kedua-dua syarikat untuk meneroka potensi peluang pertumbuhan dengan memanfaatkan kekuatan dan kepakaran masing-masing selain berharap untuk mewujudkan sinergi serta mengambil bahagian di dalam ekonomi skala perniagaan baja dan bahan kimia di Malaysia.
Presiden Kumpulan FGV yang juga Pengerusi FPM, Datuk Sabri Ahmad berkata, kerjasama itu amat bertepatan memandangkan permintaan baja semakin meningkat kerana industri minyak sawit Malaysia yang berjumlah lebih lima juta hektar memerlukan lebih lima juta tan metrik baja setahun. “Baja adalah komponen utama sektor pertanian. Kita percaya bahawa langkah ini akan memberi faedah kedua-dua syarikat dalam mewujudkan kehadiran pasaran lebih kuat dan dengan itu menyumbang kepada pertumbuhan serta keuntungan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Pada majlis itu, FPM diwakili oleh Sabri dan Ketua Pegawai Operasi
FGV merangkap Pengarah FPM, Datuk Khairil Anuar Aziz manakala Agromate
diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raymond Tang Quee Huang dan
Pengarah Pemasaran, Wong Beng Huat.
FPM, peneraju pasaran dalam menghasil dan mengedarkan baja kompaun berpasir NPK, bersedia untuk bekerjasama dengan Agromate, yang juga pengedar baja terkemuka di Malaysia. Kedua-dua syarikat itu menghasilkan lebih dua juta tan metrik baja setahun, iaitu lebih 35 peratus daripada keperluan baja negara.
FPM
diwakili Sabri (tiga dari kiri) bertukar dokumen dengan wakil
Agromate, Raymond Tang (dua dari kanan) dan Wong di Kuala Lumpur,
semalam.
Perjanjian itu menzahirkan keinginan kedua-dua syarikat untuk meneroka potensi peluang pertumbuhan dengan memanfaatkan kekuatan dan kepakaran masing-masing selain berharap untuk mewujudkan sinergi serta mengambil bahagian di dalam ekonomi skala perniagaan baja dan bahan kimia di Malaysia.
Presiden Kumpulan FGV yang juga Pengerusi FPM, Datuk Sabri Ahmad berkata, kerjasama itu amat bertepatan memandangkan permintaan baja semakin meningkat kerana industri minyak sawit Malaysia yang berjumlah lebih lima juta hektar memerlukan lebih lima juta tan metrik baja setahun. “Baja adalah komponen utama sektor pertanian. Kita percaya bahawa langkah ini akan memberi faedah kedua-dua syarikat dalam mewujudkan kehadiran pasaran lebih kuat dan dengan itu menyumbang kepada pertumbuhan serta keuntungan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
FPM, peneraju pasaran dalam menghasil dan mengedarkan baja kompaun berpasir NPK, bersedia untuk bekerjasama dengan Agromate, yang juga pengedar baja terkemuka di Malaysia. Kedua-dua syarikat itu menghasilkan lebih dua juta tan metrik baja setahun, iaitu lebih 35 peratus daripada keperluan baja negara.
Sengaja cari nahas
Apabila perbuatan mendahului akal, cerita meraik seperti ini boleh terjadi
London: Dua lelaki dilihat begitu bersahaja dan tidak mempedulikan
keselamatan diri apabila membawa bom tinggalan era perang dingin yang
tidak meletup selepas menemuinya di pantai.Bom sepanjang 0.6 meter itu dipercayai ditembak dari kereta kebal beberapa dekad lalu.
Saksi berkata, mereka percaya lelaki tidak dikenali itu membawa bom berkenaan untuk dijual di kedai besi buruk bagi mendapatkan wang sampingan.
Selepas berita itu tersebar, Kementerian Pertahanan merayu kedua-dua lelaki terbabit segera menghubungi pihak berkuasa bagi membolehkan bahan berbahaya itu dimatikan sebelum sesuatu tidak diingini berlaku.
Saksi berkata, bom berkenaan ditemui dihanyutkan ombak ke pantai Warbarrow Bay, Dorset.
Kawasan itu adalah sebahagian daripada tempat latihan menembak bagi Pangkalan Tentera Lulworth.
Wanita yang merakamkan gambar lelaki itu menggunakan telefon bimbit berkata, pada awalnya dia menyangka mereka membawa permaidani.
Namun, katanya, apabila mereka semakin hampir, dia terkejut melihat objek itu sebenarnya ialah bom lama.
“Saya bersama seseorang yang pernah berkhidmat sebagai tentera dan dia berkata, disebabkan pangkal bom itu masih bertutup, ia belum meletup,” katanya.
Wanita itu berkata, melihat kelakuan lelaki terbabit dia percaya mereka adalah “orang bodoh” kerana membahayakan nyawa sendiri dan orang ramai.
Saksi lain berkata, sepatutnya polis dimaklumkan mengenai penemuan itu, bukannya membawa bom berkenaan ke tempat lain.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, bom itu mungkin ditembak kereta kebal jenis Chieftain atau Wombat yang digunakan tentera pada era 1970-an dan 1980-an.
“Kami meletakkan beberapa papan tanda di kawasan berkenaan untuk memberi amaran kepada orang ramai, tetapi malangnya dalam keadaan tertentu ia diabaikan,” katanya. - Daily Mail
Credit: Kosmo
Polis Singapura beri amaran kepada 21 rakyat Malaysia
Lagi tegas tindakan kerajaan singapura terhadap perserta perhimpunan haram
SINGAPURA 15 Mei - Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memberi amaran bersyarat kepada kesemua 21 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan haram di Merlion Park pada 11 Mei.
Dalam kenyataan hari ini, SPF berkata majikan mereka akan dimaklumkan mengenai perkara itu.
Ini berikutan amaran bersyarat telah diberi kepada sembilan individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di lokasi sama pada 8 Mei.
SPF berkata pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan membatalkan pas kerja seorang daripada 21 individu berkenaan kerana terlibat dalam perhimpunan haram pada 8 Mei dan 11 Mei.
Selain itu, SPF berkata pihak berkuasa telah membatalkan pas lawatan dua daripada mereka.
Bagi baki 18 individu lagi, SPF berkata pas kerja mereka akan disemak semula sebaik sahaja siasatan lanjut selesai.
Polis menegaskan Singapura tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara lain, dan akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang membentuk kerajaan di negara itu.
Katanya warga asing yang tinggal atau bekerja di Singapura perlu mematuhi undang-undang Singapura dan tidak membawa masuk isu-isu politik di negara asal mereka ke Singapura.
SPF berkata ini merupakan prinsip yang dipegang sekian lama yang telah membantu mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam di Singapura serta hubungan baik dengan negara-negara lain. - BERNAMA

Credit: Utusan
Lambung syiling pilih datuk bandar
Hehehe, lawak rasanya apabila lambungan duit menjadi penentu datuk bandar. Rasanya di malaysia, tak pernah kes seperti ini terjadi.
Keputusan dramatik bagi jawatan di San Teodoro, bandar perladangan yang dihuni kira-kira 16,000 orang di tengah Filipina itu berlangsung di pejabat pilihan raya tempatan dengan ahli politik bertanding masing-masing melambung duit syiling bagi menentukan nasib mereka. “Mereka bersetuju untuk melambung duit dengan calon yang mendapat lebih hitungan simbol kepala diisytiharkan sebagai pemenang,” kata ketua pilihan raya San Teodoro, Reny Pagilagan kepada media. Menurutnya, ketegangan semakin memuncak apabila pusingan pertama lima lambungan duit syiling turut berakhir dengan seri berikutan kedua-dua ahli politik memperoleh dua kepala.
Marvic Feraren, anggota parti Liberal yang memerintah akhirnya muncul sebagai pemenang dalam pusingan kedua lambungan duit syiling apabila memperoleh dua kepala berbanding lawannya yang mendapat satu kepala. “Kedua-dua calon menerima keputusan itu. Mereka bersalaman dan berpelukan,” katanya.
Credit: metro
Subscribe to:
Posts (Atom)