Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

Hannan Foods minat ambil alih projek NFC

Syarikat Jepun pun berminat dengan pasaran lembu di Malaysia, bagaimana dengan orang tempatan..takkan nak biarkan orang luar mengawal pasaran dalam negara..jom mulakan perniagaan/perternakan anda


Credit: Berita Harian


Hannan Foods minat ambil alih  projek NFC
 
Hannan Foods Group (HFG) memutuskan untuk turut terbabit dalam pengambilalihan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) berikutan konsep perniagaannya yang berdaya maju, peluang meneroka industri halal serta infrastruktur yang sudah sedia dibangunkan.

Firma penternak lembu terbesar dan kumpulan pengeluar produk makanan kedua terbesar di Jepun itu menerusi Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB) iaitu syarikat usaha samanya dengan Otoshitos Sdn Bhd, Jumaat lalu memeterai surat hasrat bagi memulakan rundingan untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCSB), iaitu pengendali projek berkenaan.

HFG menerusi syarikat tujuan khas (SPV) pelaburan dan pengembangan perniagaan antarabangsanya, Aruk Mert Co Ltd (Aruk Mert) memiliki 40 peratus ekuiti dalam KASB, manakala 60 peratus lagi dimiliki syarikat tempatan, Otoshitos Sdn Bhd.


Pengarah Aruk Mert, Kakishima Takaaki, berkata HFG yakin konsep perniagaan NFC adalah berdaya maju kerana ia hampir menyamai perniagaan HFG yang dimulakan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua lebih 65 tahun lalu susulan kebimbangan kerajaan negara itu mengenai isu jaminan makanan.

Berdasarkan pengalaman, jika kita mahu berdaya maju dalam industri sebegini, kita perlu terbabit dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh, daripada aktiviti penternakan, pemprosesan daging, pengeluaran makanan ternakan dan pemasaran.

Projek berpotensi besar

Apabila melihat NFC, kami seolah-olah menemui konsep sama seperti dilaksanakan di Jepun. Kami memiliki teknologi dan kaedah pengeluaran yang boleh dipindahkan ke sini. Projek ini berpotensi besar. Kami mahu bertapak di sini untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran baru," katanya pada sesi temubual bersama akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Kuala Lumpur, kelmarin.
Yang hadir sama ialah Pengerusi KASB dan Pengarah Eksekutif Otoshitos, Datuk Nik Mod Amin Abd Majid.

Takaaki berkata, pasaran daging lembu di Jepun yang sudah mencapai tahap tepu menjadi antara sebab kumpulan itu mula mengembangkan perniagaan di peringkat global khususnya pasaran produk makanan halal yang berpotensi besar.

"Penerokaan produk makanan halal adalah matlamat utama dalam langkah pengembangan perniagaan kami di luar Jepun dan negara terbaik untuk menjadi tapak pengeluaran produk halal tentunya Malaysia.

Ini berikutan penjenamaan produk halal Malaysia sudah diterima di peringkat global. Malaysia juga adalah pusat kepada ekonomi ASEAN. Hannan mahu menjadikan Malaysia sebagai hab pengembangan perniagaan di rantau ini dan Asia Barat, dan kami melihat peluang itu ada pada NFC," jelas beliau.

Sementara itu, Nik Mod Amin berkata, Hannan melihat NFC sebagai jalan pintas untuk meneroka pasaran produk makanan halal dan mengembangkan perniagaan di rantau ini.

Katanya, jika mereka mahu meneroka sendiri dengan memulakan tapak dari peringkat bawah, ia akan memakan masa.

Edar daging berkualiti

NFC sebaliknya sudah siap membangunkan ladang model seluas 1,500 hektar. Ketika melaksanakan kajian terperinci kira-kira setahun lalu, kami dapati semua kemudahan sudah tersedia termasuk rumah penyembelihan. Jika nak mulakan sendiri kemudahan seperti itu, ia akan mengambil masa hingga lima tahun.

Selain itu, sebahagian ladang satelit juga sudah dibangunkan. Seperti dalam Perjanjian Pelaksanaan NFC, kerajaan akan membangunkan 310 ladang ternakan satelit dan kontrak. Setakat ini, 71 sudah beroperasi dan ia adalah satu daya tarikan. NFC setakat ini juga sudah berupaya mengedar daging berkualiti," katanya.

Industri bekalan daging lembu di negara ini juga dilihat berpotensi besar kerana kini hanya 24 peratus bekalan daging di dalam negara dibekalkan pembekal tempatan, manakala baki 76 peratus lagi adalah diimport.

Friday, 19 April 2013

Kuzmanovic cipta kereta F1 di dalam bengkel

Orang bosnia boleh bina kereta F1 sendiri buatan bengkel tempatan, bagaimana orang Malaysia.

 

Credit: Kosmo



KERETA itu dipandu di sebatang jalan raya yang turut digunakan kenderaan lain.



PRNJAVOR, Bosnia - Seorang penduduk di sini, Miso Kuzmanovic membina sebuah kereta lumba Formula Satu (F1) di dalam sebuah bengkel sejak dua tahun lalu.

Dia membina kereta tersebut bersama rakan-rakan dan anggota keluarganya dengan kos sebanyak AS$33,000 (RM100,006).

Ia menggunakan enjin kereta sport, Porche.

Apabila dia berpindah ke Kanada pada tahun depan, Kuzmanovic merancang untuk mencari sebuah syarikat yang akan mengeluarkan reka bentuk kereta itu. - Reuters

Wednesday, 17 April 2013

Senjata baru salur maklumat

Selamat berkempen PRU-13, gunakan segala senjata yang anda. Moga tidak menyesal kemudian hari.

Credit: Metro

Selepas parlimen dibubarkan pada 3 April 2013 lalu, secara tidak langsung ia memulakan perang kempen yang rancak.

Pada zaman moden, perang kempen bukan lagi hanya terhad kepada tingginya bendera tergantung di pokok, ‘banner’ di tepi jalan berhampiran lampu isyarat dan risalah dari rumah ke rumah yang diedarkan petugas parti bertanding.

Perkemba­ngan media alternatif, terutama laman blog yang dipandang sebelah mata oleh beberapa pihak hingga ada yang menggelarkan penulis blog atau blogger sebagai ‘goblok’ (bahasa Jawa yang bermaksud bodoh) mula menonjol pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 2008.

Tiada siapa menjang­kakan waktu itu, blog mampu menjadi senjata sehingga menghasilkan tsunami politik yang tercatat dalam sejarah Malaysia.

FotoGOOGLE+ mudah digunakan.


Kini, lima tahun selepas PRU ke-12, rakyat negara sekali lagi bakal mengundi yang bermakna parti bertanding memikirkan strategi berkesan untuk menambat hati mereka sekali gus memberi undi diharapkan.

Apatah lagi, PRU 2013 kini boleh disifatkan sebagai acara membuang undi untuk orang muda yang mana statistik dikeluarkan menunjukkan pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada keseluruhan 12 juta pengundi di negara ini.

Oleh itu, timbul pula persoalan sejauh mana golongan muda mampu menjadi penentu keputusan pilihan raya dan apakah jenis kempen yang diinginkan mereka pada zaman moden sesuai dengan selera minda mereka.

Tambahan pula, statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan penembusan jalur lebar kini mencecah lebih 65 peratus yang membuka peluang kepada medium baru terutama membabitkan video serta ‘stream’ untuk akses di kalangan pengguna.

Statistik pada akhir 2012 juga menunjukkan kadar penembusan telefon bimbit sehingga 142 peratus yang membuka peluang baru kepada kempen efektif dan bukan terhad kepada khidmat pesanan ringkas semata-mata.

Selain itu, kepopularan tablet juga akan menjadi pendorong utama kepada mobiliti yang mempengaruhi kempen online.

Agensi penyelidik Gartner menganggarkan pada 2012 pembelian tablet mencapai 13 juta unit dan menjadi lebih tiga kali ganda menjelang 2016 iaitu sebanyak 53 juta unit.

Bagi sebuah parti politik, mereka perlu mengambil perhatian terhadap penggunaan teknologi dan mengguna pakai kecanggihan maklumat supaya tidak ketinggalan dan terus kekal bersaing dalam politik moden.

Mana-mana ahli yang tidak memberikan maklum balas sewajarnya kepada implikasi penggerak sosial, mudah alih, ‘cloud’ dan maklumat berdepan dengan cabaran sengit.

Implikasi yang dipacu pendesak ini menerusi pel­bagai medium alternatif di dunia online dan teknologi amat signifikan sekali gus menunjukkan kepentingan berkempen secara efektif dan berkesan.

Ketika ini, terdapat kempen menggunakan SMS yang dihantar kepada pengguna daripada organisasi tidak dikenali meminta kita sebagai pengguna memperhalusi tindakan mengundi memberi kesan kepada masa depan.

Namun, ada juga yang memperkenalkan diri dalam SMS itu mewakili parti tertentu untuk meminta pengguna telefon mengundi mereka.

Peliknya, pengguna sendiri tidak mengetahui bagaimana nombor telefon mereka diperoleh pihak tertentu sehingga menerima SMS yang kadang kala menjangkau sehingga lebih lima SMS seminggu.

Rata-rata pengguna terutama golongan muda yang menyalin semula SMS terbabit dan memindah turunnya ke laman sosial seperti Facebook atau Twitter mengatakan mereka kurang menggemari taktik terbabit disifatkan sudah lapuk.

Malah, pengguna beranggapan ia mengganggu kehidupan peribadi apabila telefon mereka berdering pada masa tidak sesuai.

Jadi, trend PRU 2013 bakal menyaksikan keupayaan video dan aplikasi pada peranti mudah alih yang membuka peluang kepada dimensi baru mewujudkan perkongsian maklumat yang membabitkan rakyat negara ini lebih berilmu sebelum membuat keputusan.

Kebanjiran laman video yang menyalurkan siaran secara langsung menjelang PRU ke-13 bakal mening­galkan kesan, sekali gus mengejutkan pihak yang ada memperkecilkan kemampuannya mempe­ngaruhi minda pengundi.

Kehangatan pengaruh siaran langsung online seperti stream mahupun YouTube terbukti memberi kesan besar apabila ia digunakan secara berkesan dalam kempen pilihan raya, terutama daripada parti pembangkang atau individu yang kebanyakannya lebih cenderung kepada mereka.

Sekiranya pada 2008, terdapat kajian yang mendapati 70 peratus keputusan pilihan raya dipengaruhi maklumat yang dipaparkan dalam blog, apatah lagi maklumat secara visual menerusi video mudah mengubah satu pangkah rakyat.

Sebelum ini, Malaysia memiliki hampir 500,000 blog aktif membuktikan penggunaan blog sangat berkuasa dalam mempe­ngaruhi pemikiran rakyat berkaitan politik.

Namun pada masa kini terutama kepada penduduk bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, stream kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat yang sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet bertambah setiap hari.

Pengaruhnya terhadap senario politik tempatan sudah bermula sejak Facebook dan Twitter digunakan secara meluas di kala­ngan ahli politik yang berjaya memanfaatkan media alternatif terus bergerak pantas dan menarik lebih ramai pembaca atau penonton.

Trend itu diteruskan apabila seorang ahli politik negara diiktiraf Google sebagai ahli politik pertama di Asia Tenggara yang menggunakan laman sosial video Google Hangout untuk berinteraksi dengan penyokong dan masyarakat umum.

Google Hangout adalah sidang video yang membolehkan subjek utama berkomunikasi dengan pelbagai pengguna lain memaparkan wajahnya di skrin utama selain wajah pengguna lain di skrin bawah.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat. Menurut Google, ia menerima lebih 22,000 tontonan secara langsung dan lebih 100,000 tontonan secara keseluruhannya selepas acara terbabit.

Kaedah kempen baru menggunakan stream menerusi laman tersedia seperti Ustream dan Livestream memberi kesan positif kepada penyebaran maklumat.

Misalnya, ceramah tokoh politik terkenal yang berlangsung di Perlis turut mampu ditonton secara langsung di depan skrin besar di Taman Medan, Petaling Jaya sekiranya anggota parti bersedia menyiapkan prasarana teknologi mudah dan tidak berkos tinggi.

Cukup sekadar mempunyai laptop, kamera video, langganan data Internet dan projektor untuk memancarkan ceramah secara langsung.

Stream video bakal menjadi kemudahan yang diperkenalkan kepada pengguna di rumah mampu menyiarkan rancangan menggunakan standard jalur lebar mampu diakses di kebanyakan lokasi disediakan syarikat telekomunikasi.

Stream video yang disesuai dengan standard terbaru H.264 mampu merealisasikan komunikasi moden di kalangan pengguna.

Standard H.264/AVC mampu mewujudkan piawaian yang mampu menghasilkan mutu video terbaik pada kadar bit jauh lebih rendah berbanding piawaian terawal.

H.264/AVC banyak digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk penyiaran televisyen secara stream ke video untuk peranti mudah alih.

Di samping itu, parti politik mampu berkempen hanya dengan menggunakan telefon pintar dengan aplikasi stream untuk berceramah.

Aktifkan aplikasi terbabit dan promosikannya di laman sosial dan ceramah anda sudah bersedia ke dunia online pada bila-bila masa.

Bayangkan, pada Ahad lalu terdapat seorang ahli politik tidak dibenarkan memasuki negeri tertentu mampu menyiarkan ceramahnya secara langsung terus kepada penduduk yang hadir ceramahnya secara online menunjukkan teknologi canggih melangkaui sempadan halangan.

Semuanya terhasil dengan teknologi seperti kamkoder yang turut boleh dipasang di kepala seperti set kepala atau di helmet, produk ini berfungsi dengan baik manakala saiznya yang kecil dan ringan tidak mengganggu pergerakan di bahagian kepala.

Unit kamkorder terbabit dihubungkan dengan kabel sepanjang 60 sentimeter kepada unit perakam seberat 115g yang kebiasaannya di letakkan di pinggang boleh ditetapkan untuk pandangan ‘fish eye’ atau biasa, sokongan WiFi dan penyiaran langsung Ustream membolehkan aksi rakaman dipindah naik terus ke laman web atau peranti mudah alih yang berada dalam jarak liputan WiFi.

Teknologi mudah alih juga menyaksikan beberapa parti politik mempunyai aplikasi telefon pintar sendiri yang membawa berita terkini, kemudahan semakan daftar pengundi, infografik penuh data, video ceramah dan jadual aktiviti.

Salah satu parti politik di Malaysia, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai aplikasi itu yang beroperasi pada platform iOS dan Android yang dipindah turun secara percuma bermula 25 Mac lalu.

Zaman kini menyaksikan perubahan moden yang bukan bergantung kepada berapa banyak bendera yang digantung ataupun kain rentang untuk menyampaikan maklumat.
Malah, dengan hanya menggunakan telefon, kempen anda mampu menemui 12 juta pengundi negara ini.

Van sekolah jadi rezeki Azmi

Seorang usahawan bumiputra yang xkenal perkataan berputus asa

Credit: Utusan

Azmi wahab kini memiliki tiga buah van sekolah dan dia turut menggajikan pembantu. 
 
AZMI Wahab, 52, memang sibuk orangnya. Beberapa kali penulis dengan dibantu Eksekutif Agihan Daerah Petaling, Syahril Ritin cuba mengaturkan pertemuan namun sering kandas di pertengahan. Akhirnya, Allah SWT mengizinkan kami bertemu. Di suatu pagi yang cerah di sebuah bangku batu di tepi sebuah rumah di Seksyen 8, Shah Alam, kami menghabiskan masa dengan sedikit tergopoh-gapah kerana dia memang perlu segera bergegas untuk melunaskan kewajipannya sebagai pemandu van sekolah.

"Saya ini berasal dari Johor dan pada 1984 saya berpindah ke Selangor. Dahulu saya pernah menjawat jawatan pegawai kerajaan, tetapi saya tidak betah makan gaji dan ia bertahan selama dua tahun sahaja. Selepas itu, bermulalah episod jatuh dan bangun saya dalam dunia perniagaan yang saya ceburi sehingga ke saat ini," kata Azmi.

Berdasarkan kisah yang dipaparkan, penulis melihat bahawa Azmi mempunyai latar belakang perniagaan yang rencam. Maklumlah, sejak 1989 sehingga sekarang, dia telah menjalankan pelbagai jenis perniagaan.
"Saya pernah menjual barangan elektrik dengan membuka kedai barangan elektrik, pernah menjual gas. Kemudian saya meniaga makanan di kantin sebuah kilang dan ia memang menguntungkan. Pada masa yang sama, saya juga cuba mengembangkan cabang perniagaan saya dalam dunia pembinaan dengan mengambil kerja-kerja kontrak pembinaan di Kuala Lumpur," katanya.

Selalunya begitulah, adat orang berniaga tidak akan duduk diam demi mencari sebanyak mungkin laba. Bagi Azmi, keputusannya berhenti makan gaji dan penat lelah menceburi dunia perniagaan, memang telah mendatangkan hasil yang amat lumayan.

"Waktu itu, pendapatan saya pernah mencecah RM50 ribu sebulan," tegasnya.

Namun, Azmi menyedari bahawa dalam tindak-tanduknya, sentiasa ada ruang-ruang yang memungkinkan dia terjerlus dan melakukan kekhilafan. Bagi Azmi, beberapa kali mendapat teguran daripada Allah SWT dengan diberikan musibah demi musibah ke atas dirinya, adalah suatu peringatan agar dia tidak boleh sama sekali merasa reda dengan sebarang elemen 'dosa' yang meresap masuk dalam perniagaannya.
"Saya masih ingat, dulu sewaktu menjalankan perniagaan gas, saya telah didatangi seseorang dan menawarkan kepada saya untuk membeli tong-tong gas kosong pada harga yang murah, kira-kira separuh harga daripada tong gas yang ada di pasaran.

"Saya membeli banyak sekali tong gas itu, dua lori. Akibatnya, tidak lama kemudian saya kemalangan. Saya sedar, ini adalah teguran daripada Allah SWT sebabnya dari awal lagi saya sudah mengesyaki bahawa tong gas yang saya beli itu adalah tong gas curi, kerana harganya amat murah dan tidak masuk akal," kata Azmi.
Beberapa pengalaman lain mengukuhkan lagi kepercayaan di minda dan hati Azmi, bahawa dia memang tidak boleh sama sekali bertoleransi dengan sebarang anasir tidak baik, seperti menipu dan sebagainya. Natijahnya, sehingga kini Azmi amat menjaga agar dirinya tidak terjebak lagi dengan sebarang keraguan dalam urusan perniagaan.

"Namun, adakalanya saya diuji dengan kejahatan di pihak lain dan juga tiadanya persefahaman dengan rakan kongsi. Ini juga perkara yang tidak baik untuk sesebuah perniagaan, kerana ia akan memberikan kesan negatif. Saya sendiri sudah melaluinya."

Azmi juga masih ingat, sekitar awal tahun 2000 dia mendapat peluang menceburi bidang pembinaan dengan terlibat secara langsung dalam pembinaan sebuah kompleks besar di Kuala Lumpur.

"Mula-mulanya, saya hanya diberikan projek sekadar puluhan ribu sahaja. Lama-kelamaan, ia meningkat sehingga ratusan ribu. Saya melihat, peluang untuk saya menjadi jutawan bagaikan sudah terbuka, sehinggalah saya mendapat tahu di dalam transaksi yang berlaku, wujudnya elemen rasuah dan menzalimi orang lain. Dari situ saya sedar, saya tidak akan bertahan lama kerana Allah SWT pasti akan 'memperingatkan' saya," katanya.

Benar telahan Azmi, tidak lama kemudian dia jatuh terduduk. Bisnesnya luluh dan dia mencari peluang lain menjana kehidupan. Daripada berniaga ratusan ribu, dia akhirnya menjalankan perniagaan apam balik di tepi jalan.

"Sehinggalah suatu hari pada 2004, ada pihak yang meminta saya menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Itulah permulaannya saya menjalankan perniagaan ini."

Monday, 15 April 2013

7 Secrets of success



I found the answers in my room.

Roof said: Aim high
Fan said: Be cool
Clock said: Every minutes is precious
Mirror said: See the world
Calender said: Be up-to-date
Door said: Push hard to achieve your goals.

Sunday, 14 April 2013

Daging puyuh rawat lelah


Usahawan bumiputra daging puyuh yang berjaya. Jom ikuti ceritanya

Credit: Metro


pix_topright


Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata keenakan sup puyuh yang dinikmati penulis dan jurugambar ketika mengunjungi seorang penternak haiwan itu, baru-baru ini.
Keenakan sup puyuh dihidangkan isteri usahawan burung puyuh, Ahmad Jais Mohee, 44, memang terbaik.
Bukan mahu memuji, namun rasa sup disajikan itu benar-benar membuka selera sesiapa saja yang ingin mencuba sup pedas Kemboja bercita rasa tempatan.

Ahmad Jais bersama isterinya, Ismak Math, 29, turut menghidangkan penulis pelbagai hidangan burung puyuh, antaranya puyuh goreng dan sambal tumis telur puyuh.

Mungkin ramai tidak tahu, burung puyuh atau nama saintifiknya, Japanese quail atau Coturnix japonica sangat digemari masyarakat Cina bagi merawat lelah.

Selesa dipanggil Haji Ahmad, ladang puyuh di Kampung Parit Kassan, Ithnin Maarof, Simpang Renggam, Johor, itu kerap dikunjungi pelanggan setia dikenali Uncle Chong.

Menurutnya, daging puyuh membantu memanaskan badan sesuai dijadikan sup.

“Sebab itu, saya sering mendapatkan bekalan puyuh segar di ladang ini sejak empat tahun lalu.

“Sup puyuh yang ditambah herba ginseng membantu mengurang­kan penyakit lelah,” katanya.

Burung puyuh mampu terbang dalam keting­gian tiga meter sebelum ke kawasan landai untuk menyembunyikan diri selain hidup di kawasan semak, belukar, ladang pertanian dan sawah kering.

Terdapat beberapa kategori ladang penternakan puyuh, ada mengeluarkan anak bagi daging dan telur manakala yang lain menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur.

Penternak dan pembekal produk Puyuh Best Frozen Food itu berkata, pembabitannya dalam industri berkenaan bermula 10 tahun lalu.

Dengan modal RM1 juta, Ahmad membeli pelbagai bentuk aset seperti mesin pengeraman dan penetasan telur, tanah empat hektar, bangunan serta reban.

“Awalnya, saya mendapatkan stok bekalan burung puyuh dari pengeluar di Kedah dan Perak, tetapi tidak mencukupi.

“Ketika itulah timbul idea membuka sebuah pusat pembiakbakaan puyuh pedaging,” katanya.

Katanya, daripada 30,000 burung puyuh yang dihasil­kan dalam tempoh sebulan, bilangannya ditingkatkan enam kali ganda menjadi 180,000 ekor sebulan.

“Malah, kami mampu mengeluarkan kira-kira 300,000 puyuh pedaging dalam tempoh sebulan,” katanya.

Menurutnya, industri penternakan burung puyuh mampu mendatangkan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh.

“Penjagaan burung puyuh tidak begitu sukar, cuma penternak perlu ada ilmu selain faham aspek tek­nikal,” katanya.

Dia bertuah kerana ladangnya mendapat khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor.

Ahmad Jais menternak dua jenis puyuh iaitu puyuh baka Institut Kemahiran Ternakan Ayam (IKTA) JPV Johor dan baka komersial biasa.

“Puyuh IKTA cepat membesar untuk tempoh 24 hing­ga 25 hari penternakan.

“Tekstur daging baka IKTA lebih lembut,” katanya.

Dari aspek penjagaan kesihatan, burung puyuh perlu diberikan antibiotik dan vitamin.

“Kawasan reban perlu bersih dan lakukan semburan bagi mengurang bau, lalat dan pencemaran,” katanya.

Ahmad Jais pernah merangkul Anugerah Ternak Jaya Peringkat Negeri Johor tahun lalu dan Anugerah Penternak Jaya Peringkat Kebangsaan pada 2012.

“Saya sering memberi ceramah asas ternakan puyuh.

“Awal tahun ini, seramai 120 peserta mengikuti ceramah berkaitan penternakan puyuh,” katanya.

Kini, syarikat itu menguruskan penternakan puyuh dari proses pengeluaran telur, penetasan, pemeliharaan puyuh, penyembelihan dan produk hiliran bagi jenama Puyuh Best Frozen Food.

“Dulu, kami ada membeli sebuah mesin eraman puyuh secara manual daripada sebuah syarikat di Singapura.

“Mesin automatik itu membolehkan telur digerakkan empat jam sekali berbanding tenaga manusia,” katanya.

Katanya, purata seekor baka puyuh IKTA mengeluarkan sebiji telur sehari atau 350 biji telur setahun,” katanya.

Di bilik penetasan, anak puyuh pedaging dan penelur akan dieram kira-kira 16 hari sebelum dimasukkan ke mesin penetasan selama tiga hari.

“Kira-kira 300,000 biji telur boleh dimasukkan ke mesin eraman dengan 60 peratus daripadanya menetas.

“Burung puyuh akan menetas sebaik diletak pada suhu 37 darjah celsius.

“Selepas menetas, anak puyuh dilepaskan dalam kawasan ternakan sebelum diberikan air minuman mengandungi vitamin dan antitekanan bagi tempoh sebulan,” katanya.

Ahmad Jais mempunyai 16 reban puyuh dengan lima daripadanya memuatkan 25,000 ekor puyuh telur bagi puyuh pembiak bakaan, manakala selebihnya untuk puyuh pedaging.

“Syarikat juga menghasilkan 3,000 biji telur puyuh IKTA sehari dan 7,000
biji telur komersial sehari,” katanya.

Di bawah jenama Puyuh Best Frozen Food, syarikat itu mengeluarkan empat produk hiliran puyuh seperti Puyuh Berempah, Puyuh Black Pepper, Puyoh Crispy dan Sumbat Berempah Golek.

Hubungi 9A, Jalan Berlian 1, Taman Renggam Jaya, 86200 Simpang Reng­gam, Johor atau e-mel hj.ahmadjais@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

Saturday, 13 April 2013

Genius Muda IT

Bukti seorang lagi melayu yang berjaya

Credit: Berita Harian
  • Foto
Usianya masih muda namun namanya gah berdiri sebaris syarikat antarabangsa hab ICT terkemuka dunia antaranya Google, Yahoo, Intel dan Facebook.

Itulah kejayaan diraih syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan, Terato Tech Sdn Bhd (Terato) apabila berjaya mengembangkan sayap perniagaan menembusi Lembah Silikon, San Francisco, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Mendapat gaji yang dianggap lumayan iaitu RM12,000 sebulan dan peluang bekerja firma IT terkemuka di AS menyebabkan Reza Fahmi Razali pernah memikirkan untuk bermastautin di negara itu.


Bagaimanapun, akibat krisis ekonomi, Reza Fahmi memutuskan untuk kembali ke tanah air selepas dua tahun menimba pengalaman sepanjang bekerja di Lembah Silikon, San Francisco itu.

Malangnya dia berasakan pengalaman, kepintaran dan kepakaran yang dimiliki seolah-olah tidak dihargai oleh syarikat IT tempatan. Hatinya bagaikan terguris apabila dibayar gaji RM1,500 sebulan.

Melihat gajinya yang kecil dan jumlah keluarganya pula bertambah, membuatkan Reza Fahmi mengintai peluang untuk menjana pendapatan dalam bidang IT. Kepakaran dan pengalamannya dalam bidang IT mahu dipergunakan sepenuhnya untuk menjamin keselesaan kehidupan keluarganya.

Ibarat bulan jatuh ke riba, pengumuman pemberian geran permulaan perniagaan bernilai RM150,000 menerusi Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) menjadi batu loncatan untuknya kembali menerokai bidang ICT.
Justeru, pada 1 September 2008 menyaksikan tertubuhnya Terato Tech Sdn Bhd (Terato Tech) yang ketika itu diusahakan Reza Fahmi bersama abang, Reza Hazri.

Pengalaman bersaing sehingga memaksanya bekerja lebih 16 jam sehari ketika bekerja di San Francisco, digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan Terato Tech.

Dari sehari ke sehari, ternyata usaha gigih Reza Fahmi dan abangnya berhasil, sehingga berjaya menarik perhatian penerbit mainan video terkemuka dengan 16 juta pelanggan di seluruh dunia, Bulkypix.

"Terato diambil sempena loghat Minang yang membawa maksud teratur. Projek terbaru kami adalah Amok, iaitu permainan maya ala kepahlawanan dengan pelancaran di pasaran Perancis.

“Dibantu lebih 36 kakitangan berinovasi, Terato mula diintai dan ditawarkan kerjasama dengan syarikat perisian Jepun, Dena. Sebelum ini, kami pernah menghasilkan produk tempatan seperti aplikasi korporat dan maklumat, e-Parlimen Malaysia, CIMB, Yellow Pages, Malaysia Most Wanted, SolQib, Muslim Calculator, IslamKidsWudhu dan Halal,” katanya memberitahu tumpuan Terato adalah membangunkan aplikasi telefon pintar dengan kapasiti tiga hingga enam hari untuk membangunkan satu-satu aplikasi.

Ringkas, peramah

Walaupun berjawatan Pengarah Urusan di Terato Tech, tetapi Reza Fahmi Razali ternyata membuka mata penulis dek sikapnya yang sempoi (ringkas), peramah, dan tidak sombong biarpun menjawat jawatan besar dalam syarikat ICT.

Malah, paling mengejutkan apabila beliau bersahaja mengenakan baju T berkolar bulat lusuh dipadankan seluar khakis sambil tangan sesekali membetulkan kedudukan kaca matanya.

Cekap memantau pergerakan anak buahnya melakukan kerja, tiada siapa menyangka di sebalik personaliti jejaka berusia 29 tahun ini terselit bakat, kemampuan dan idea luar biasa.

"Saya ni orangnya sangat meminati bidang teknologi dan bermain komputer meskipun zaman kanak-kanak ketika itu masih taboo dengan permainan komputer.

“Boleh dikatakan, usia kanak-kanak dan remaja saya berbeza dengan rakan sebaya lain kerana lebih banyak masa dihabiskan bermain komputer dan mencipta idea. Bayangkan, saya cipta aplikasi mainan dan pengaturcaraan Q Basic ketika usia tujuh tahun.

“Atas dasar sokongan dan memahami minat, ibu (Zainab Idris, 56) dan bapa (Razali Hamzah, 61) sepakat menghantar saya mengikuti kelas ‘programming’ secara formal ketika berusia 10 tahun,” katanya kerap menghabiskan masa bersama abangnya, Reza Hazri, 35.

Perkara biasa jika dia menghadap komputer jenis IBM 286 milik ayahnya, jurutera nuklear bagi mencari idea dalam bidang teknologi sekali gus berusaha menjana kewangan daripada kepakarannya.

Buat duit pada usia muda

Pada usia 15 tahun, ketika rakan sebaya sibuk bermain di padang, Reza dan abangnya sudah membuat duit dengan menjual barangan di laman eBay dan Yahoo Option Store sekali gus mewujudkan peluang jaringan kewangan secara bersama.

Pada usia 16 tahun, Reza mula dikenali ramai dan diundang mengisi slot rancangan televisyen selepas berjaya mencipta rekod peribadi memenangi pelbagai anugerah IT peringkat tempatan dan antarabangsa.

Antara anugerah pernah disandang adalah Anugerah Koridor Raya Multimedia Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Asia Asia Pasifik (APMITTA - 2000) serta Anugerah Pakatan ICT Antarabangsa Asia Pasifik (APICTA -2001).

Tahun 2000 menyaksikan permulaan baru buat diri Reza apabila berjinak dengan pembinaan laman web permotoran. Bagaimanapun, hasrat mengembangkan karier dalam bidang IT ditangguhkan selepas memperoleh keputusan memberangsangkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sentiasa berfikiran jauh dan bermatlamat tinggi, lelaki berasal dari Negeri Sembilan ini memilih bidang kewangan ketika menyambung pelajaran di University of Oklahoma, Amerika Syarikat.

Jelasnya, tujuan memilih bidang kewangan kerana mahu menambah ilmu, mencabar diri dan mencuba sesuatu bidang yang baru. Justeru, keazaman dan sikap tidak membiarkan diri selesa pada satu-satu tahap berjaya mematangkan fikiran sekali gus mencipta satu jenama diri berkualiti.

“Biarpun mempelajari bidang kewangan, saya masih mengikuti perkembangan dunia teknologi. Selepas tamat pengajian pada 2006, saya mengambil keputusan menetap di Amerika Syarikat bersama isteri, Siti Durathul Ain Ali kerana peluang pekerjaan dan tawaran gaji lumayan di sana.

“Pelbagai pekerjaan dilakukan bagi memastikan kelangsungan hidup termasuk menjual buku di eBay dan kerjaya perunding jualan syarikat komputer terkenal, DELL,” katanya menjelaskan sempat bermastautin di sana selama dua tahun sebelum kembali ke Malaysia, ekoran krisis ekonomi dunia.

Jangan takut mencuba

Keluarga adalah harapan dan pemberi semangat buat Reza. Masakan tidak, kehadiran isteri, Siti Duratul Ain dan tiga cahaya mata, Reza Eusoff (6), Zara Alia (5) dan Reza Haris (2) sentiasa membuatkan Reza bersemangat meneruskan kehidupan harian.

“Saya tahu matlamat hidup saya dan sudah mencapai kejayaan diingini. Keluarga kami bahagia, sentiasa membantu dan menyokong daripada belakang,” katanya mengakui tidak menyesal berkahwin muda sebaliknya, berbangga memiliki keluarga sempurna.

Sentiasa mengendalikan komputer membuatkan individu berisiko menambah berat badan. Justeru, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau sering kali cuba mencari masa untuk bersama anak dan keluarga.

Mahukan masa berkualiti bersama keluarga, Reza enggan memikirkan soal kerja sebaliknya, bergembira bermain permainan kegemaran Xbox Kinnect, keluar bersama-sama, melancong atau beriadah.

Pesannya kepada gen Y, jangan takut mencuba dan keluar dari kepompong keselesaan kerana anda penentu masa depan diri sendiri. Ujarnya, rebut peluang yang hadir dengan bersungguh-sungguh dan aplikasi kemahiran fizikal dan emosi secara teratur bagi memastikan kelestarian, kelak.

Thursday, 7 February 2013

Ahmadinejad mahu jadi orang Iran pertama dihantar ke orbit

Presiden Iran pun mempunyai cita2 menjadi orang pertama. Bagaimana dengan kita???

Credit: Utusan

Gambar daripada laman web pejabat Presiden Iran merakamkan Ahmadinejad memerhati ke arah monyet yang berjaya dihantar ke orbit dan pulang ke bumi dengan selamat semasa majlis menraikan Hari Kebangsaan Teknologi Angkasa Lepas Iran di Teheran, kelmarin. - AFP 
 
DUBAI 5 Feb. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam berkata, beliau bersedia menjadi orang pertama di Iran dihantar ke orbit melalui program angkasa lepas negara ini, lapor agensi berita Mehr.

Minggu lalu, Iran mengisytiharkan bahawa saintisnya berjaya menghantar seekor monyet ke angkasa lepas dan kembali dalam keadaan selamat semalam, sekali gus menandakan kejayaan pertama Iran untuk menghantar manusia ke angkasa lepas.

Kejayaan program angkasa lepas republik Islam itu meningkatkan lagi kebimbangan Barat berikutan dakwaan teknologi roket yang sama berpotensi membawa peluru berpandu balistik untuk digunakan sebagai senjata nuklear.

"Saya bersedia menjadi manusia pertama (Iran) dihantar ke angkasa lepas," kata Ahmadinejad, semalam selepas menghadiri pameran pencapaian angkasa lepas di Teheran.

Menurutnya, kejayaan menghantar objek hidup ke angkasa lepas merupakan sebahagian usaha dedikasi beribu-ribu saintis Iran.

Ahmadinejad terkenal sebagai pemimpin yang gemar memberi kenyataan berbentuk provokasi dan tidak dapat dipastikan sama ada kenyataannya kali ini merupakan kenyataan serius atau sebaliknya. - REUTERS

Kraf tangan kulit telur dari Vietnam

Cerita kegigihan mangsa perang vietnam dalam meneruskan hidup. Asalkan ada usaha, insyaAllah, semua benda menjadi

Credit: Kosmo





SEKALI pandang, bingkai yang memaparkan gambar beberapa pekerja sawah tekun menanam padi kelihatan seperti sebuah lukisan menggunakan medium cat air.

Terdapat lapan pekerja kesemuanya yang lengkap bertopi coklat. Empat daripadanya memakai baju rona merah dan selebihnya baju hitam. Ia dilengkapi dengan latar belakang rona kelabu, hitam dan putih.

Walaupun kelihatan ringkas tanpa sebarang pemandangan serta pilihan warna yang pelbagai, ia tetap menarik perhatian mata yang memandang.

Malah, karya tersebut mampu membuatkan kita terfikir sejenak bahawa mereka yang memakai baju merah berkemungkinan pekerja wanita dan individu yang memakai baju hitam pula adalah pekerja lelaki.

Selain itu, efek kocakan air yang dibuat ketika mereka menanam padi juga kelihatan asli. Namun, apabila dilihat dengan teliti, karya itu bukan menggunakan bahan cat air seperti yang disangka.

Sebaliknya, ia dihasilkan melalui kulit telur yang telah dipecah-pecahkan dengan halus dan dilekatkan di atas lakaran lukisan tersebut.

Jika boleh dihitung, jumlah kepingan telur yang digunakan dalam pembuatan karya itu mencecah ratusan biji. Justeru, sukar untuk dibayangkan bagaimana tingginya kesabaran pekerja dalam menyiapkan lukisan berkenaan.

Ironinya, semua pekerja di pusat kraf tangan tersebut bukan individu normal, sebaliknya terdiri daripada individu yang mewarisi kecacatan genetik akibat simptom agen oren.

Agen oren merupakan senjata kimia yang digunakan pihak tentera Amerika Syarikat (AS) ketika berlaku Perang Vietnam 1975. Ia menyebabkan masalah kesihatan dan kecacatan terhadap bayi yang baru lahir di negara tersebut.

Pengurus Pusat Kraf tangan Orang Cacat Vietnam, Nguyen Duan Teo, 30, memberitahu, secara keseluruhan terdapat kira-kira 200 pekerja yang mencari rezeki di pusat kraf tangan itu. Kebanyakan mereka datang dari seluruh Vietnam dan menginap di rumah penginapan pekerja yang disediakan pihak pengurusan pusat tersebut.

Ujar anak tunggal yang masih bujang itu, hampir semua pekerja mengalami kecacatan genetik fizikal kesan daripada racun herba yang disembur oleh pesawat AS satu ketika dahulu, tidak terkecuali dirinya. Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk mereka tidak melakukan sesuatu dalam usaha menambah pendapatan keluarga.

"Melalui pusat ini, kami menghasilkan pelbagai kraf tangan untuk dijual pada pelancong. Antaranya lukisan kulit telur, kraf kulit siput dan kombinasi kedua-duanya.

"Pendapatan kami pula bergantung pada hasil jualan kraf tangan yang dibeli secara terus oleh pelancong di pusat ini. Jika banyak, maka banyaklah gaji kami kerana ia akan dibahagikan sama rata," jelas Duan Teo yang sudah 11 tahun bekerja di sana sambil menunjukkan salah satu lukisan bertemakan pekerja sawah yang telah siap.

Dalam perbualan kami, satu perkara yang membuatkan penulis rasa terharu apabila Duan Teo mengatakan dia tidak menyimpan dendam terhadap AS yang menjadi punca kecacatan ramai rakyat Vietnam.



SEKUMPULAN pekerja orang kurang upaya wanita duduk berehat sebelum kembali bertugas menyiapkan kraf tangan kulit telur yang menjadi punca pendapatan mereka.



Sambil tersenyum dia berkata: "Jika bertemu pelancong AS yang ramai datang ke sini, saya pasti menyambut mereka dengan baik. Memang zaman selepas perang merupakan satu tragedi kemanusiaan yang amat teruk, tetapi kami harus melupakan perkara lepas. Ia sudah berlalu. Sekarang kami menjalin persahabatan, bukan lagi bermusuhan."

Sementara itu, bagi pekerja wanita yang mahu dikenali sebagai Thuy, 42, dia mengakui seronok dengan kerja yang dilakukan di pusat kraf tangan itu sejak enam tahun lalu.

"Tugas saya khusus memotong kulit cangkerang siput menggunakan mesin pemotong khas. Sebelum itu, kami perlu menyediakan beberapa rekaan di atasnya bagi memudahkan ia dipotong mengikut bentuk.

"Rutin harian kami bermula seawal pukul 8.30 pagi sehingga pukul 4.30 petang. Apa yang pasti, kewujudan pusat ini memberi peluang kepada kami selaku individu cacat untuk bekerja sekali gus meraih pendapatan sendiri," tutur wanita yang berasal dari perkampungan di kawasan Delta Mekong itu sambil tersenyum.

Penulis berpeluang menemui insan-insan istimewa itu atas undangan jenama fesyen, Alfio Raldo yang membawa media berkunjung ke bumi Ho Chi Minh, Disember lalu.

Meneroka kawasan penghasilan kraf tangan itu, jelas menunjukkan kemudahan yang disediakan serba sederhana. Ini termasuklah deretan meja dan kerusi kayu yang usang untuk mereka menjalankan kerja masing-masing.

Tempat itu tidak memiliki pendingin hawa untuk menyejukkan badan, tetapi cuma menggunakan kipas biasa yang perlu dikongsi bagi setiap tiga deretan meja. Keadaan itu membuatkan suasana agak berbahang serta mengeluarkan bau yang kurang selesa. Namun, kesungguhan pekerja dalam menyiapkan produk kraf tangan wajar dipuji.

Perkara itu diakui oleh pegawai bahagian promosi, An Dung Dao, 32, yang mengakui rata-rata pekerja sentiasa komited dengan tugas yang dilakukan dan amat teliti terutama ketika proses menatah kulit telur di atas sesuatu permukaan sama ada gelas, pinggan, pasu atau kayu.

"Tambahan pula, kami turut memberi peluang kepada pekerja untuk mencipta rekaan atau memberi idea bagi menghasilkan kraf tangan yang disukai sekali gus menjadikan mereka lebih kreatif," ungkap Dung Dao yang sudah bekerja selama sembilan tahun di pusat yang turut menjadi anggota Vietnam Association of Business Enterprises of Persons with Disabilities (VABED) itu.

SEORANG pekerja melakukan kemasan terakhir dengan memecahkan kepingan telur lebih halus menggunakan sejenis alat logam khas.


Tambahnya, penghasilan kraf berasaskan kulit telur sudah sinonim dengan rakyat Vietnam sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1976. Lama-kelamaan, pusat itu semakin dikenali ramai dan menjadi antara destinasi pelancongan menarik di Vietnam.

"Setiap hari, banyak bas dan van milik agensi pelancongan akan singgah di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Terowong Chu Chi.

"Selain urusan jual beli secara terus di sini, kami juga ada menerima tempahan untuk menghantar produk ke luar negara seperti AS, Australia, Perancis dan juga Malaysia," terang Dung Dao sambil menunjukkan turutan proses penghasilan kraf yang ditampal di dinding.

Setiap produk kraf kulit telur bersaiz besar biasanya mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk disiapkan. Jika saiznya lebih kecil, masa yang diambil lebih singkat.

Tuesday, 15 January 2013

Karavan dalam hotel

 Asalkan kreative, bermacam-macam rasa boleh digunakan untuk menarik pelanggan.

Credit: Metro
 
 
Berlin: Jika dulu peminat aktiviti perkhemahan banyak bergantung kepada cuaca, pembukaan taman karavan tertutup pertama di dunia kini memberi lebih banyak kemudahan untuk sesiapa yang berminat.
Pengalaman dalam hotel unik itu boleh dirasai sendiri di Berlin, apabila pelbagai jenis karavan klasik serta pondok kayu ditawarkan untuk pelanggan, termasuk di kalangan mereka yang cerewet.

Dikenali sebagai Huttenpalast (Istana Pondok) menampilkan semua ciri klasik yang ada pada sesebuah karavan, termasuk kawasan bersantai di luar dan lampu gantung di ‘pokok’ yang membantu penyewa bergerak di kawasan sekitar perkhemahan. Huttenpalast lahir daripada idea Silke Lorenzen dan pereka hiasan dalaman, Sarah Vollmer, yang ingin membina sebuah hotel yang mengekalkan suasana serta pengalaman asal seperti tapak perkhemahan.

Ia terletak di bekas kilang pencuci hampa gas dan ditukar Silke dan Sarah sebagai ‘tapak perkhemahan’ menggunakan karavan serta kabin kayu.

Kata Silke, walaupun mahu mengekalkan ciri asal bangunan itu, mereka juga mencipta suasana yang mesra bagi membolehkan penghuninya saling bertemu. Pada asalnya, kata Silke, mereka memikirkan bilik dengan konsep “bilik di dalam bilik” dengan menyediakan kabin kayu kecil di ruang tamu.

“Tetapi kami juga mahukan ruang luas bagi membolehkan ia dijadikan tempat pelbagai aktiviti.
“Kami memikirkan memasang roda di bawah kabin, tetapi kemudian tersedar bahawa memang ada kabin yang beroda, iaitu karavan,” katanya. Tanpa membuang masa, kata Silke, mereka membeli tiga unit karavan.

Setiap kemudahan dalam karavan berkenaan ditanggalkan sebelum dihias semula dengan tema unik. Satu daripadanya kini bertukar menjadi seperti kepompong yang hiasan dalaman kayu.
Satu lagi karavan pula dihias dengan begitu cantik dan dilengkapi katil yang bersaiz besar. Seseorang yang ingin merasai pengalaman “perkhemahan bandar” itu dikenakan bayaran kira-kira RM250 satu malam. - Daily Mail

Gan tauke cendawan

Siapa berusaha dia yang berjaya.......

Credit: Metro


Siapa sangka idea dicetuskan rakan karibnya kira-kira empat tahun lalu memungkinkan bekas graduan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Gan Kok Tong, 31, kini bergelar usahawan tani.
Penampilannya yang cukup kemas dan bertali leher suatu ketika dulu berubah dalam sekelip mata selepas mengambil keputusan nekad mengusahakan projek penanaman cendawan tiram kelabu di kawasan seluas kira-kira 0.4 hektar.


Mengambil risiko memulakan kerjaya baru yang jauh menyimpang daripada jurusan akademik di universiti tidak pernah dikesali.

Buktinya, dia kini sudah memiliki empayar perniagaan di sekitar Cheras dengan sasaran pelanggan membabitkan pemilik restoran makanan kukus, nasi campur, kedai makanan ala Thailand dan restoran sayur-sayuran.

Pengurus I Mushroom Enterprise itu berkata, empat projek pertanian dicadangkan ketika itu membabitkan penternakan ikan keli, serai, ayam kampung dan cendawan.

"Daripada berborak biasa berkenaan projek penternakan, timbul perasaan minat untuk menceburi bidang penanaman cendawan.

"Kebetulan kerajaan memfokuskan kepada empat bidang dan saya mengambil peluang keemasan yang terbuka di depan mata," katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kimia dengan kepujian.

Dia kemudian membuat penyelidikan menerusi Internet bagi mencari sebanyak mungkin maklumat berkaitan penanaman cendawan.

"Peluang untuk menceburi bidang penanaman cendawan terbuka luas. Tekan saja Internet dan buat pencarian berkenaan cendawan di laman web, banyak penemuan di situ.

"Antara informasi yang boleh diperoleh termasuk kebaikan dan keburukan penanaman sayuran berkenaan, jangkitan, modal asas serta jangkaan pulangan," katanya yang dianugerahkan Sijil Skim Organik Malaysia dari Jabatan Pertanian.

Berbekalkan kursus pertama diikuti di Puchong sekitar 2009 anjuran swasta, beliau kemudian memantapkan ilmunya dengan mengikuti kursus kedua di Rasah, Negeri Sembilan.

"Pendek kata bermula dengan kosong, saya kini sudah tahu banyak perkara berkenaan pokok itu.

"Kelebihan belajar di dua tempat, pertama kita dapat banyak maklumat dan kedua dapat teknik berlainan daripada penganjur," katanya yang mengusahakan projek terbabit di Kampung Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Selangor.

Menurutnya dengan modal perkongsian kira-kira RM100,000 sebuah rumah cendawan diusahakannya kini bertambah kepada empat unit.

"Wang itu saya gunakan untuk membeli pelbagai kelengkapan asas termasuk mesin. Berbekalkan ilmu diperoleh, saya dapat membuat anggaran berkaitan kos pengeluaran, bahan mentah dan jumlah pengeluaran cendawan.

"Anggaran pengeluaran syarikat kira-kira 25 kilogram sehari, namun permintaan luar jangkaan daripada pengusaha restoran, bilangan cendawan dipertingkatkan kepada 100 kilogram sehari," katanya.

Bagi memastikan perniagaan terus berkembang, dia mendapatkan modal tambahan menerusi suntikan pinjaman Tabung Untuk Makanan (Pinjaman 3F) Agro Bank.

"Saya perlu menyediakan kertas kerja berkaitan projek penanaman cendawan. Ada kalanya cagaran diperlukan bagi mendapatkan pinjaman, sementara pihak bank melakukan pengauditan setiap tahun," katanya.

Berkongsi sedikit pengalaman berkenaan projek terbabit katanya, pemilik rumah cendawan akan kerugian sekiranya tanaman diusahakan diserang perosak.

"Sejak dua tahun lalu, banyak cabaran terpaksa saya tempuhi membabitkan penyakit biasa bagi sayuran ini.

"Antaranya kulat jingga, kulat hijau, serangan tikus dan serangga bertelur dalam beg cendawan menjadi penyebab kerosakan tanaman ini," katanya.

Katanya, proses pengeluaran cendawan melalui beberapa peringkat iaitu penyediaan beg cendawan, penyuntikan benih cendawan, pengeraman, pengeluaran hasil dan penuaian.

"Bahan asas cendawan adalah habuk kayu getah dan ia tidak sesuai digunakan bagi kilang perabot menggunakan bahan sama kerana mengandungi anti fungus.

"Beg cendawan kemudian dikukus selama lapan jam dalam keadaan 100 darjah celsius, selepas tempoh dua bulan barulah ia melalui proses pengeraman dan mengeluarkan hasil enam kali bagi setiap kitaran," katanya.

Katanya, sayuran berkenaan kaya dengan sumber protin berbanding sayuran lain dan sesuai dijadikan hidangan kepada pengamal 'vegetarian'.

Dalam rancangan jangka panjang, dia melakukan beberapa projek hiliran seperti menghasilkan kerepek cendawan dan nugget cendawan.

Sunday, 28 October 2012

Tahfiz, usahawan ternakan berjaya

Dari kandang kosong, sehingga berjaya merancang projek jutaan ringgit...hebat usahawan ini

Credit: Utusan
.....................................................

 
Mohd. Sallehuddin (depan) bersama sebahagian daripada lembu yang diternak telah ditempah oleh pelanggan sempena hari raya korban yang akan datang ini.
 
Meskipun baru menginjak usia 27 tahun, Sallehuddin berjaya menguruskan projek ternakan dengan baik bagaikan seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut.

Ketika ditanya apakah rahsia, Sallehuddin memberitahu, pengalaman membantu bapanya ketika kecil yang juga seorang usahawan ternakan lembu sebagai panduan mengusahakan projek berkenaan.

Katanya, minat dalam bidang keusahawanan terus dipupuk saban hari sehinggalah dia membuat keputusan mengambil alih perniagaan daripada bapanya.

Bermula dengan hanya bermodalkan 10 ekor lembu, Sallehuddin memulakan perniagaan yang diwarisi daripada bapanya pada tahun 2005.

Anak sulung daripada tujuh adik beradik ini berkata, biarpun mengambil alih perniagaan orang tua sejak tahun 1986, dia hanya mewarisi sebuah kandang yang kosong.

“Memang bapa memelihara lembu sebelum itu. namun sejak awal tahun 2000 kesihatannya merosot dan bapa lebih banyak berehat menyebabkan perniagaan sedikit merosot.

“Melihat keadaan tersebut, saya nekad untuk mengambil alih perusahaan ternakan dan bermula dari bawah," katanya ketika ditemui di ladang lembu miliknya di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Mengenali dunia keusahawan sejak kecil menjadikan Sallehuddin tidak kekok menguruskan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.

Ujarnya, jika mahu berjaya, tauke mestilah turun padang dan menguruskan semuanya dari awal, bukan hanya duduk di dalam pejabat berhawa dingin semata-mata.

Ujar Sallehuddin, untuk menjadi penternak lembu yang berjaya perlu bermula seawal kerja-kerja mencuci najis lembu di kandang lagi.

“Rata-rata kita lihat ramai pengusaha ternakan lembu terpaksa gulung tikar dalam perniagaan akibat ketidakcekapan dalam menguruskan perniagaan.

“Sebagai generasi baharu, kita patut bersyukur kerana dengan kemudahan serta teknologi sedia ada memudahkan perniagaan dilaksanakan," katanya.

Sebagai contoh, jelas Sallehuddin, penggunaan laman web untuk mempromosi haiwan ternakannya dilihat berjaya mengembangkan perniagaannya.

Menggunakan nama Best Farm Enterprise, ladang milik Sallehuddin kini mampu memuatkan hampir 300 ekor lembu dan 150 ekor kambing dalam satu-satu masa.

Kebanyakan lembu dan kambing yang dipelihara dibawa masuk dari Thailand, Myanmar, dan Australia.
Sallehuddin menggunakan fidlot kerana mendapati sistem tersebut lebih mudah. Namun katanya, jika terdapat pembekal dalam negara, projek akan lebih mudah diusahakan.

Ini kerana, apabila negara terlalu bergantung kepada sumber ternakan dari luar negara seperti Thailand dan Australia, pembekal dari negara-negara luar sering memanipulasi harga.

“Perkara ini berlaku hampir setiap tahun. Tahun ini adalah yang paling ketara apabila Thailand telah menaikkan harga lembu RM400 seekor.

“Musim perayaan merupakan antara waktu kemuncak di mana pembekal haiwan ternakan ini akan mengambil kesempatan menaikan kadar harga sesuka hati mereka," katanya.

Terdapat beberapa gred bagi lembu yang dijual oleh Sallehuddin iaitu bermula daripada Gred A yang berharga RM3,000 seekor sehinggalah kepada Gred C, RM 2,500 seekor.

Ujarnya, harga tersebut meningkat dengan pantas berbanding pada awal pembabitannya iaitu pada tahun 2005 hanya RM1,900 sahaja seekor.

Kebanyakan lembu yang dibawa dari Thailand dan akan dikuarantin terlebih dahulu di Rantau Panjang selama 10 hari untuk memastikan ternakan bebas daripada sebarang penyakit.

Selepas itu, lembu-lembu yang dibawa masuk akan di pelihara selama tiga bulan sebelum dijual kepada pelanggan yang berminat.

Selain menawarkan lembu atau kambing untuk tujuan ibadah akikah dan korban, Sallehuddin turut menyediakan perkhidmatan penyajian makanan serta kambing golek untuk majlis-majlis keramaian.

Kambing golek dengan resipi dan rempah istimewa daripada Best Farm Enterprise adalah segar dari ladang.
Antara yang sering menempah kambing golek Sallehuddin termasuk Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan, agensi-agensi kerajaan, pihak media dan orang perseorangan.

Setelah hampir tujuh tahun berkecimpung dalam perusahaan ternakan, kini Sallehuddin sedang membesarkan ladangnya.

Terletak di Hulu Yam, Selangor, ladang yang bakal dibuka pastinya lebih besar dan selesa dilengkapi bersama rumah sembelih, rumah pekerja serta kilang pemprosesan daging.

Sallehuddin yang tertarik dengan kejayaan negara Thailand dalam bidang ternakan berharap beliau dapat memajukan bidang tersebut setanding dengan negara itu.

Namun katanya, usaha tersebut perlu dilakukan secara berdikit-dikit bagi memastikan impian tersebut berjaya dilaksanakan.

Tidak pernah mendapatkan sebarang pinjaman menjadikan Sallehuddin benar-benar berdikari dalam memajukan perniagaannya.

Prinsipnya mudah, biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Katanya, ladang yang menelan belanja hampir jutaan ringgit tersebut akan memulakan pembinaannya pada tahun hadapan dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

“Saya bukan sombong dengan tidak melakukan pinjaman perniagaan. namun daripada pemerhatian saya, kebanyakan usahawan yang meminjam sukar menghargai kemudahan yang diterima dan mudah putus asa.
“Seperti yang saya katakan dari awal, perniagaan dalam sektor ternakan ini nampak mudah di atas kertas (teori) namun secara praktikalnya amat sukar," katanya.

Terakhir, beliau berharap agar kerajaan dapat melonggarkan beberapa peraturan atau kerenah birokrasi agar sektor penternakan dapat berkembang dengan baik di dalam negara setanding dengan negara-negara jiran.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Best Farm anda boleh menghubungi sallehuddin di talian 012-222 8030, 019-233 8030 atau layari laman web akikahqorban.blogspot.com.

Itik Penelur

Cerita seorang pengusaha ternakan itik telur

Credit: Utusan
...................................................................


Ketua keluarga berkenaan, Mohd. Nor Mat Salleh, 56, bersama isterinya, Che Najah Muhd. Daud dan dua anak perempuan mereka Nor Azira dan Nor Hidayah ketika itu sedang sibuk memungut telur itik di kawasan penternakan tersebut - kerja rutin mereka sejak dua tahun lepas.

Mohd. Nor ketika disapa mengakui taraf hidup keluarganya berubah sejak mendapat bantuan daripada MARDI dengan mengusahakan ternakan itik tersebut menerusi Projek KPI Menteri Itik Penelur.
''Sebelum ini saya melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup termasuk sebagai pekerja am Jabatan Pertanian dan juga kontrak membina rumah dengan gaji RM40 sehari sehinggalah MARDI membantu saya pada 2009," ujarnya yang disenaraikan dalam penerima bantuan e-Kasih.

Bapa kepada sembilan orang anak itu bagaimanapun tidak pernah berputus asas dan menyesali takdir hidup sebaliknya berusaha mengubah nasib keluarga sehingga 'dijodohkan' dengan MARDI.

Keceriaan jelas terpancar di wajah Mohd. Nor Mat Salleh memandangkan projek itik penelur yang diusahakannya di Pasir Mas, Kelantan semakin menampakkan kejayaan. 
 
Pada mulanya, dia ditanya oleh pegawai MARDI apakah projek yang mampu dilakukannnya. Secara kebetulan pengalamannya memelihara kira-kira 10 ekor itik sebelum ini boleh dijadikan sebab mengapa Mohd. Nor memilih untuk menternak itik penelur.

Pada 2009, dia diberi 220 ekor anak itik penelur dan dengan semangat serta pengalaman yang ada , Mohd. Noor mengambil anak itik berkenaan yang berusia dua bulan pulang ke rumah.

Satu kawasan lapang berpagar telah dipilih dan sesuai untuk penternakan itik itu dibersihkan - itu kawasan yang menempatkan projek sulung keluarga berkenaan.

 
MOhd. Nor Mat Salleh tekun memilih telur yang sedia untuk dipasarkan. 
 
Dua jenis baka telah dipilih termasuk baka daripada negara jiran untuk tujuan tersebut. Apabila projek digerakkan, Mohd. Nor melihat ada sinar kejayaan yang bakal dikecapi.

Itik-itik berkenaan mula bertelur setelah berusia empat bulan.

''Saya kena jaga betul betul itik ini kerana ia sensitif dan tidak boleh tertekan.

''Kalau itik mengalami tekanan, haiwan ini mungkin bertelur ketika umur lapan bulan," ujar Mohd. Nor.
Sebagai contoh katanya, dentuman petir yang terlalu kuat baru-baru ini telah mengejutkan ternakannya yang dibimbangi menjejaskan pengeluaran telur.

 
Che Najah membantu suaminya menyusun telur yang hendak dihantar kepada pelanggan. 
 
Dia memberi sagu sebagai makanan kepada itik terbabit selain batang pisang yang diracik manakala produk GenKimo yang dihasilkan oleh penyelidik MARDI beberapa tahun lepas turut digaulkan dalam bahan itu. Penggunaan GenKimo sangat sesuai untuk ternakan ayam dan itik bagi menghilangkan bau najis.

Itik juga diberi makan kulit telur bertujuan menjadikan tekstur telur yang lebih keras.

Mengenai pengeluaran telur itik, Mohd. Nor berkata, dia mengutip telur setiap hari untuk dibuat telur masin.
Untuk penghasilan telur masin, telur-telur itik itu dikutip dan dibersihkan serta dijemur sehari suntuk.
Selepas itu, telur berkenaan dicampurkan dan direndam dalam air garam selama 12 hari.

Turut dicampurkan ialah sedikit halia yang ditumbuk bersama daun pandan bertujuan menghilangkan bau hanyir.

Sejenis alat khas yang dipanggil brionometer digunakan bagi menyukat tahap kemasinan yang mana bacaan 20 perlu dikekalkan pada larutan berkenaan selama 12 hari tempoh rendaman tersebut.

 
Nur Hidayah menunjukkan telur masin yang diusahakan keluarganya. 
 
Mengenai aspek pemasaran, kira-kira 60 peratus telur masin itu dijual secara segar di pasar dan menerusi tempahan daripada penduduk sekitar.

Mohd. Nor menjual telur masin berkenaan pada harga 60 sen sebiji, yang nyata amat menguntungkan berbanding kos makanan 10 sen sehari bagi seekor itik.

Usaha tersebut kini sudah mula menampakkan hasil dan berjaya mengubah nasib keluarganya. Kini mereka memiliki pendapatan lebih baik berbanding sebelum ini.

Hasil projek tersebut ,dia mampu menambah baik rumah mereka dan membeli sebuah motosikal pada 2010 bagi memudahkan urusan memasarkan telur berkenaan.

Saturday, 27 October 2012

Tebu telur untuk air

Satu bidang perniagaan yang berpotensi untuk maju, tanaman tebu untuk mengambil airnya..

Credit: Utusan
....................................................

Hamizar Ramli bertuah mewarisi ladang tebu milik bapanya untuk diuruskan oleh mereka tiga beradik.
ALASANNYA, ia tidak memberi keuntungan lumayan dan berlipat kali ganda.

Namun, tanpa mereka sedari, tebu sebenarnya merupakan tanaman yang mudah dijaga dan mampu memberi hasil terbaik jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Bagi Hamizar Ramli, 30, dia bertuah kerana menerima ladang tebu hasil peninggalan arwah ayahnya yang diusahakan sejak tahun 1982.

Pengambilalihan ladang seluas enam hektar di Kampung Teriang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan itu bermula sejak tahun 2008.

Selain itu, terdapat juga lima lagi ladang tebu lain yang disewa di sekitar kawasan kampung itu dalam usaha memperluaskan ladangnya.

''Tebu yang ditanam ini adalah daripada baka tebu telur yang biasa digunakan untuk menghasilkan air tebu segar.

''Ini merupakan tanaman selingan sementara menanti pokok-pokok getah dan sawit sekitarnya menjadi matang.

Ladang tebu yang diusahakan Hamizar Raml seluas enam hektar di Kampung Teriang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan. 
 
''Jadi, untuk memperoleh keuntungan menerusi tanaman ini, seseorang itu perlu mengusahakan ladang komersial sekurang-kurangnya bersaiz lima ekar dan ke atas,'' katanya ketika ditemui di Kampung Teriang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dia ditemui pada program lawatan bersama Jabatan Pertanian dan wartawan Mega bagi meninjau kemajuan projek pertanian di negeri terbabit.

Untuk bekalan biji benih, Hamizar menghasilkannya sendiri selain dibantu pemilik-pemilik ladang lain di sekitarnya.

Selain itu, Hamizar turut bertukar-tukar maklumat mengenai teknik penanaman bersama rakan-rakannya dalam usaha menambah baik kualiti tanaman.

Untuk satu kitaran tanaman tebu, ia biasanya mengambil masa antara tujuh hingga lapan bulan untuk matang dan mempunyai jangka hayat empat tahun.

 
Kegigihan Hamizar Ramli mengusahakan tebu berbaloi kemajuan projek yang semakin memberangsangkan.
Dalam tempoh itu, Hamizar perlu memastikan tebu-tebu yang hampir matang diikat dengan baik supaya tidak terkesan dengan masalah angin.

''Angin akan menyebabkan pokok tebu tumbang dan akhirnya rosak. Penyakit yang sering menyerang tanaman tebu adalah ulat pengorek batang yang merupakan sejenis kulat.

"Bagi mengatasi masalah tersebut, pada peringkat awal tanaman, pokok-pokok tebu akan diberikan baja dan racun setiap tiga bulan sekali,'' jelasnya yang dibantu tiga adiknya untuk menguruskan ladang mereka.
Menurutnya, bekalan air sangat penting bagi mengelakkan pertumbuhan pokok terencat.

Untuk pasaran, kebanyakan tebu miliknya dihantarkan ke pasar-pasar dan kedai makan sekitar Shah Alam dan Lembah Klang selain dieksport ke Singapura.

''Untuk setiap ekar ladang tebu ini, saya memperoleh keuntungan sekitar RM18,000 dengan kos penyelenggaraan RM5,800 bagi setiap musim,'' jelasnya.

Makanan Segera

Bermula secara kecil-kecilan, dan seterusnya berkembang maju sehingga berjaya pada masa kini..

Credit: Utusan

.........................................................

Mohd. Helmi boleh berbangga dengan penghasilan pelbagai produk sejuk beku keluaran syarikat FaSFoods milik keluarganya. 
 
“PADA mulanya saya hanya memberi rakan-rakan di jabatan mencuba sos spaghetti yang dicipta sendiri dan membawanya ke pejabat.

“Tidak sangka mereka memberi maklum balas yang positif terhadap masakan tersebut dan sekali gus mengesyorkan supaya saya mengkomersialkan kepada seluruh kakitangan di MARDI.

“Apabila memikirkan sambutan dan permintaan yang tinggi daripada mereka, secara tidak langsung membuka mata saya untuk cuba lakukan secara sejuk beku dan jual apabila ada permintaan sahaja," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bermula daripada jualan secara kecil-kecilan kepada kakitangan MARDI, Mohd. Shaari Nordin, 63, melihat resipinya itu boleh diperkenalkan kepada orang ramai menerusi promosi kepada pasaran yang lebih luas.

Yakin bahawa ganjaran yang bakal diperoleh berlipat kali ganda, bapa kepada empat orang anak itu tekad menggunakan kemahiran yang ada untuk memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan.

Selepas mendapat sokongan keluarga, dia kemudiannya mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM20,000 untuk membeli peralatan asas bagi menyediakan sos spaghetti dan juga sosej.

“Hasil perbincangan bersama ahli keluarga, mereka mencadangkan supaya kami memulakan perniagaan sejuk beku berkonsepkan home made yang diproses di rumah sahaja.

“Apabila perniagaan kami mendapat sambutan dari orang ramai, anak-anak menggalakkan supaya membuka premis perniagaan sendiri supaya aktiviti kami lebih mudah dan cepat," katanya.

Mula beroperasi pada 16 November 2010, perniagaan yang diberi nama FaS Delicious Foods Enterprise (FaSFoods) turut menjalankan aktiviti perniagaan merangkumi pemprosesan dan pembekalan makanan berasaskan daging.

Di samping itu, ia juga mengedar mesin makanan, menyediakan kursus teknologi pemprosesan daging serta menyediakan khidmat nasihat.

Kepakarannya dalam bidang teknologi daging selama 30 tahun yang diperoleh ketika berkhidmat bersama MARDI digunakan sebaik mungkin oleh Mohd. Shaari untuk menjalankan serta memperluaskan empayar perniagaan sejuk beku tersebut.

Menceritakan pengalaman ketika memulakan perniagaan ini, katanya tidak pernah terlintas di fikiran bahawa sos tersebut mendapat sambutan dan galakkan daripada rakan-rakan untuk dikomersialkan.

Hasil dari galakan tersebut, dia mula mengambil tempahan daripada rakan sepejabat dan pada permulaan menjualnya pada setiap hari Jumaat sahaja.

“Apabila mendapat galakan daripada rakan-rakan serta anak-anak, saya mula rasa teruja untuk meneruskan jualan secara kecil-kecilan ini.

“Tidak sangka mereka semua berminat dengan sos ciptaan saya kerana rasa yang mengekalkan konsep kemelayuan," ujarnya mesra.

Katanya lagi, sos spaghetti yang dimasak itu menggunakan resipi sendiri dengan mencampurkan bahan-bahan asas dalam masakan tradisional Melayu.

Dia yang dibantu oleh anak lelakinya, Mohd. Helmi dalam menguruskan perniagaan tersebut turut menyediakan perkhidmatan kursus teknologi pemprosesan hasilan daging yang dijalankan di premis perniagaan mereka yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Potensi yang besar dalam industri sejuk beku itu pula telah mendorong Mohd. Helmi, 28, memperluas perniagaan keluarga ke tahap yang lebih kompetitif.

“Langkah memperkenalkan jenama FaSFoods ini seiring dengan penambahbaikan label pembungkusan di samping mempertingkatkan pemasaran di sekitar Serdang, Selangor.

“Kami mendapat reaksi yang positif daripada penduduk sekitar yang mengakui produk keluaran syarikat ini berkualiti " ujarnya yang kini menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan di FaS Delicious Foods.
Menceritakan dengan lebih lanjut, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari sebuah universiti tempatan itu menjelaskan, FaSFoods turut mendapat bimbingan dan galakan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor serta Jabatan Pertanian.

Katanya, JPV menyediakan tiga buah mesin utama untuk memproses burger, sosej dan bebola daging yang mana sekali gus mempergiatkan lagi pengeluaran produk bagi syarikatnya.

Jabatan Pertanian pula menaja mesin kisar daging, pengisar buah dan mesin pembungkusan bagi menyempurnakan aktiviti pemprosesan produk sejuk beku FaSFoods.

Nelayan contoh

Sesiapa yang berminat untuk menceburi business ternakan ikan dalam sangkar, mungkin boleh mengambil cerita ini untuk menjadi tauladan
Credit: Utusan
..............................................................

Hassan Abdul Karid boleh berbangga usahanya sebagai penternak kerapu mula menampakkan hasil.
Lelaki berusia 36 tahun ini tekun membetulkan tali yang menambat botnya pada jeti yang kian rapuh.
Jeti kayu sepanjang kira-kira 100 meter itu yang diperbuat daripada kayu dan papan nyata sudah agak usang dan kelihatan akan roboh bila-bila masa tapi lelaki ini seolah-olah tidak mempedulikan keadaan itu.
Sambil menolak bot ke tengah air, dia melompat ke dalam bot sebaik sahaja ikatan yang menambah bot terungkai.

Sambil menjawab panggilan telefon, dia tenang bergerak menaiki bot kemudian menghidupkan enjin .
Jelas sekali dia telah lama melakukan kerja-kerja tersebut kerana melihat kepada kemahiran dan gerak geri bersahaja mengendalikan bot, itulah rutin sehariannya.

Tidak jauh dari jeti tersebut , lelaki yang dimaksudkan, Hassan Abdul Karid mengusahakan projek akuakultur di Kampung Tanjung Perepat, yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Semporna.
Ketika bertemu dengannya di kampung berkenaan baru-baru ini , Hassan berkongsi cerita bagaimana projek penternakan ikan kerapu itu berjaya membuktikan bahawa usaha bersungguh selain minat mendalam menjadi pendorong kepada kejayaan.

Hassan, 36, bapa kepada lima anak berkata, dia memulakan projek akuakultur pada 2008. Pada peringkat awal , dia menternak udang dan ketam bermodalkan RM3,500.

"Saya cuba ubah nasib keluarga dengan projek ini sebelum bertukar kepada ternakan kerapu beberapa tahun kemudian, '' katanya yang menternak ikan kerapu begahak dan kerapu batang yang benihnya diperoleh daripada nelayan yang menjual kepadanya .

Hassan ditemui semasa sesi lawatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semporna ke projek berkenaan di Tanjung Perepat, baru-baru ini.
Turut hadir wakil PNK Semporna Suraidah Toreki.

Kegigihan Hassan memajukan projek tersebut mendapat perhatian LKIM dan menerus PNK Semporna, dia mula mendapat bantuan.

Sebagai ahli PNK, dia mahu menjadi pengusaha yang boleh dicontohi oleh rakan-rakan seangkatan lain bagaimana memajukan projek daripada peringkat kecil-kecilan hingga berjaya.

Dengan kemampuan tulang empat keratnya , dia mampu membangunkan projek akuakultur untuk menyara keluarga termasuk berjaya menghantar dua anak ke menara gading setakat ini.

Kelebihan yang dimilikinya hanyalah berusaha membangunkan ekonomi keluarga secara perlahan-lahan dan akhirnya ia berjaya mencapai peringkat yang boleh dibanggakan.

Pada 2010, Hassan menerima bantuan LKIM RM40,000 tidak termasuk sangkar ikan dan dia berjaya menambah sehingga ke 16 petak kesemuanya.

Setahun kemudian dia menambah enam petak sangkar lagi dengan kos keseluruhannya sebanyak RM60,000 termasuk kos membeli benih.

Menurutnya, selain benih dan infrastruktur , kos operasi projek banyak dilaburkan untuk makanan. Ini kerana katanya, sebanyak 100 kilogram makanan ikan diperlukan seminggu yang mana makanan diberi selang sehari.

Bagi mengelakkan kos operasi yang melambung dan kos makanan dapat dikurangkan dia pernah mencuba untuk mengurangkan kekerapan pemberian makanan dari dua hari sekali kepada dua kali seminggu.

"Saya dapati ikan (ternakan) saya makin kurus," katanya yang pernah menyertai kursus ternakan ikan di Sandakan.

Dalam pada itu, Hassan memberitahu, sejak memulakan projek secara serius sehingga ini dia mampu melaksanakan tiga pusingan ternakan atau kira- kira enam bulan bagi setiap satu pusingan.

Kali pertama sebanyak 650 kilogram, kedua (300 kg) dan tuaian ketiga sebanyak 450 kg dijual kepada peraih yang datang.

Ikan kerapu itu dijual apabila beratnya mencapai 500 gram seekor bergantung kepada spesies berkenaan. Kadangkala seekor ikan mencapai RM60 seekor atau mencecah RM125 sekilogram.

Meskipun harga ikan agak mahal, tetapi kos pembelian benih juga agak tinggi. Apatah lagi dia menggunakan sebahagian projek tersebut untuk ternakan kerapu hibrid.

Dalam pada, itu Hassan juga bercadang menambah kemudahan di projek sangkarnya itu yang masih belum mempunyai bekalan elektrik.

Menurutnya, projek pemasangan akan dimulakan sebaik sahaja projek membina semula jeti tersebut sap.
"Saya telah mengemukakan cadangan kepada LKIM menerusi PNK Semporna untuk memperbaiki kemudahan jeti di sini.

"Difahamkan cadangan tersebut sudah mendapat perhatian dan tender untuk pembinaan sudah dikeluarkan,'' ujarnya.


Saturday, 20 October 2012

‘Kawaii’ tema kejayaan Nazeem

NAZEEm...yakin dengan keupayaan diri.
NAZEEm...yakin dengan keupayaan diri.

KEUPAYAAN diri anak muda ini bukan diukur daripada angka usia yang belum mencecah 30-an, sebaliknya keyakinan, sifat berani dan pengalamannya membawa peningkatan dalam profesionnya.
Nama seperti yang tertera pada kad pengenalan diri, Nazeem Jaabar, boleh berbangga dengan kelebihan dan kemahirannya dalam bidang pemasaran yang mampu menarik atau membina jaringan perniagaan terbaru biarpun bermula daripada langkah kecil.
   

Foto
Pengarah Asia Pasifik, Thrive Edition Sdn Bhd yang juga pemegang francais induk rangkaian kafe donut House of Mini (HOM) dari Singapura ini mengakui amanah di bahunya sangat berat, apatah syarikat ini baru dilahirkan awal tahun ini.
 
Berkongsi cerita, pemuda berusia 29 tahun ini berkata, idea untuk membawa HOM ke Malaysia tercetus apabila mendapati sambutan menggalakkan diterima daripada masyarakat di republik itu.Bersama beberapa rakan kongsi, Nazeem terlebih dulu mengkaji setiap aspek perniagaan dan pemasaran sebelum mengambil risiko membawa masuk rangkaian makanan ringan merangkumi kek cawan mini, donut juga pastri (puff).

“Perbincangan antara rakan kongsi berlanjutan untuk beberapa bulan. Apabila kajian selesai, kami sebulat suara setuju membawa HOM ke sini dan optimis ia akan mengulangi kejayaan seperti di Singapura.

“Berkonsepkan Jepun yang terkenal dengan perkataan ‘kawaii’ membawa erti comel, saiz mufin ditawarkan HOM adalah mini. Namun ia tidak bererti produk HOM hanya dalam saiz berkenaan, malah ada juga bersaiz sedang.

“Menggunakan tema itu juga, kita menggunakan karakter atau maskot bernama Miyosan, iaitu si gadis Jepun yang comel berambut merah jambu dan berkimono dalam rona sama,” kata bapa kepada dua cahaya mata ini.

Mensasarkan wanita dan kanak-kanak sebagai pelanggan utama, Nazeem beranggapan konsep ‘kawaii’ menjadi satu faktor penarik kepada masyarakat.

Enggan terlalu ‘mengagung-agungkan’ produk dibawanya, dia mengakui HOM memiliki kelebihan tersendiri dan konsep diperkenalkan juga terbaru serta unik.

Nazeem berkata, kelebihan donut dan mufin mininya terletak pada bahan digunakan yang menekankan aspek kesihatan, termasuk tanpa penggunaan telur, kurang lemak trans dan gula.

Mengambil contoh produk jualan terlaris HOM selama lima tahun beroperasi; Durian Puff, Nazeem mengakui snek ini menggunakan 100 peratus durian segar tanpa pewarna mahupun perisa tiruan.

“Selain rangkaian makanan yang baik, HOM dilahirkan oleh sebuah keluarga dan resipinya pula diwarisi secara turun-temurun, jadi Thrive Edition yakin dengan penerimaan di kalangan rakyat Malaysia.

“Kita baru melancarkan HOM pada pertengahan September lalu di Royal Chulan Hotel, dengan kehadiran selebriti tanah air termasuk Rozita Che Wan, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Elfira Loy dan Mia Sara.

“Sejajar dengan itu, HOM akan membuka cawangan pertama di Lembah Klang di Berjaya Times Square, dijangka pada penghujung November depan,” katanya ketika ditemui di Menara Prestige.

Lebih mengujakan, HOM bakal memperkenalkan konsep ‘Do it yourself’ (DIY) di cawangan tertentu, di mana ada satu seksyen khas bagi kanak-kanak membuat donut dan mufin mini tersendiri.

Katanya, menerusi konsep DIY ini, ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak mereka, selain mencetuskan kreativiti kanak-kanak.

Terperinci dengan pelan perniagaan tersendiri, lelaki ini yakin, dalam tempoh satu tahun beroperasi di Malaysia, lebih 100 kiosk atau cawangan HOM bakal dibuka, sekali gus membuka peluang kerjaya kepada masyarakat.

Mencungkil sisi peribadi anak kelahiran Singapura ini, Nazeem mengakui kesukaran hidup pada zaman kanak-kanaknya membuatkan dirinya sentiasa berusaha memperbaiki kehidupan, apatah lagi selepas memiliki keluarga sendiri.

“Saya dibesarkan dalam keluarga kecil dan terlalu bersederhana. Ayah bekerja sebagai pemandu lori dan kerap tiada di rumah untuk beberapa hari semata-mata mencari nafkah.

“Ibu pula suri rumah, namun saya kagumi sikap ibu yang cuba membantu ayah menyara keluarga apabila menjual pakaian secara sambilan.

“Pernah sekali, kami ketiadaan wang untuk makan dan ayah pula bekerja ketika itu. Syukur, pendapatan sambilan menjadi kelebihan kepada keluarga pada masa itu,” katanya.

Kehidupan keluarga empat beranak itu berubah apabila si bapa memperoleh peluang membuka perniagaan logistik secara kecil-kecilan, dan di saat itu Nazeem mengakui mengagumi kekuatan ibu bapanya merubah keadaan.

Hasil didikan sempurna, anak muda ini tidak sesekali merubah peribadi, sebaliknya sentiasa mengenang zaman susahnya dan tidak memandang enteng setiap peluang ke arah kejayaan.

Hal itu terbukti apabila pada zaman universitinya, Nazeem yang mengikuti jurusan Sains Politik, turut bergelar jurujual produk kesihatan.

“Diakui dua peranan itu memberi tekanan, tetapi paling penting bagaimana cara kita menguruskan dan membahagikan masa dengan sebaiknya. Syukur, saya berjaya dalam kedua-dua bidang ketika itu.

“Demi mencari pengalaman dan meringankan beban ayah, saya membantunya dalam aspek pemasaran selama lima tahun. Syukur, hasil kerja keras, saya dan pasukan berjaya mendapat keyakinan daripada syarikat gergasi tempatan dan asing.

“Rahsia saya cuma perkhidmatan terbaik dan layanan cemerlang. Itu akan mencambahkan kepercayaan dan keyakinan di kalangan syarikat besar untuk meneruskan jalinan kerjasama,” katanya mengakhiri perbualan.



PROFIL:

NAMA: Nazeem Jaabar
JAWATAN: Pengarah Asia Pasifik, Thrive Edition Sdn Bhd
TARIKH LAHIR: 29 Julai 1983
ASAL: Singapura
ISTERI: Rozells Estrella Emily
ANAK: Dilara Afrah (4) dan Zayn Ezerhan (dua bulan)
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, National University of Singapore

Credit: Metro
.................................................................................
moga saudara berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi

Wednesday, 17 October 2012

Gadis Pengembala Kambing Menggeggar Dunia – Desert Flower




Waris Dirie (Desert Flower) dilahirkan di perkampungan tradisi Somalia. Pada ketika usianya 13 tahun, dia telah melarikan diri membantah perkahwinan yang telah diatur oleh keluarganya. Dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki tua yang umur seusia dengan datuknya. Berhari-hari dia berjalan dalam pelarian merentasi gurun untuk sampai ke rumah neneknya di Mogadishu.

Dirie berhijrah pula ke Kota London yang sangat asing bagi dirinya. Sanggup menghambakan diri bekerja di kedutaan Somalia di London dan sanggup berbuat apa sahaja supaya tidak dihantar pulang ke negara asalnya.

Sekian lama di Kota London, sahabatnya yang baik yang mengajarnya dan membantunya membuat penampilan baru. Mengubah cara dia berpakaian dan dia sudah mula pandai bergaya.

Terence Donaldson, seorang pengarah fotografi fesyen mengambil Dirie sebagai modelnya dan sangat yakin dengan kecantikan Dirie. Terence terjumpa dengan Dirie di sebuah restoran makanan segera di mana tempat dia bekerja. Terence kemudian membawanya ke studio untuk sesi fotografi. Dirie rasa begitu kekok sekali dan tidak selesa ketika berada di hadapan kamera.

Memang benar telahan Terence. Satu perubahan yang sangat hebat berlaku ke atas diri Dirie. Dahulunya seorang gadis Somalia yang miskin dan berani lari dari keluarganya di Somalia belayar hingga ke London hidup susah dan merempat di Kota London. Kini Dirie telah menjadi seorang “super model” antarabangsa terkenal yang mendapat tempat dan sanjungan pereka-pereka dan pengarah-pengarah pertunjukan fesyen dunia.

Selepas berjaya menjadi model terkenal dan mengenali akan potensi dirinya, dia kini terbang ke serata dunia menjadi Duta UN setelah dilantik oleh Setiausaha Agung UN, Kofi Anan. Dirie menubuhkanDesert Flower Foundation untuk memperjuangkan dan mewujudkan kesedaran dunia tentang bahaya FGM.

Ctredit: Kini2u
Bahan berkaitan: http://www.desertflowerfoundation.org/en/

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat””

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”
Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.

Credit: Kini2u