Thursday, 8 November 2012

Tugas Seorang Wakil Rakyat

Sungguh menarik pembandingan saudara WZWH ni, di mana beliau membandingkan tugasan ahli parlimen di England dan di Malaysia.

Adakah mungkin suatu hari nnti politik dan kuasa pentadbiran di malaysia ini menjadi seperti yang dibayangkan oleh belian.

Credit: WZWH

Ahli Parlimen England

Pernahkah orang Jerantut bertanya apa kerja ahli parlimen? Ada yang boleh jawab. Ada yang tidak berapa pasti. 
Jerantut adalah konstituensi baru sejak 1974 hinggalah PRU 2008. Bermakna konstituensi Jerantut baru ada 4 ahli parlimen dari 1974 hingga 2012. PM Malaysia pun sudah ada 6 orang.
Posting WZWH kali ini mengajak 56,000 pengundi Jerantut berfikir apa tugas sebenar ahli parlimen Jerantut. Setengah dari pengundi yang berumur bolehlah melihat pengalaman kerja ahli parlimen Jerantut yang dulu dan sekarang.
Kalau ditanya kepada pengundi Jerantut tentu sering kita dengar tugas ahli parlimen ialah membawa masalah dan isu konstituensi Jerantut ke Dewan Rakyat, kepada Menteri yang berkenaan seterusnya kepada Kementerian.
Cakap mudahnya bawa pembangunan ke Jerantut.
Elok kalau WZWH bandingkan ahli parlimen Malaysia dengan ahli parlimen England berdasar pengamatan WZWH semasa belajar di UK dulu supaya kita orang Jerantut memahami:
  • Apa ahli parlimen  buat?
  • Apa ahli parlimen Jerantut boleh buat untuk orang Jerantut?
Ahli parlimen England (MP) dipilih oleh konstituensi mewakili kepentingan dan keperluan pengundi di House of Commons (Dewan Rakyat). MP terlibat mengubal dan mencadang undang-undang baru, bertanya kepada Menteri soalan-soalan tentang isu semasa.
MP membahagikan masa diantara:
  • Bekerja di parlimen.
  • Bekerja di konstituen pengundi
  • Bekerja dengan parti.
Ada MP dari kerajaan menjadi Menteri dengan tangungjawab tertentu seperti Menteri Pelajaran, Pertahanan dan Kesihatan.
Bekerja Di  Parlimen
Bila parlimen bersidang, MP menghabiskan masa bekerja di House of Commons. Ini termasuk membangkitkan isu-isu memberi kesan kepada konstituensi, menghadiri perbahasan dan mengundi undang-undang baru. Kebanyakan MP adalah ahli members of commitees yang melihat isu-isu dengan lebih detail dari dasar kerajaan kepada topik yang meluas seperti human right.
Bekerja Di Konstituensi Pengundi
Di kawasan pengundi, MP selalunya melakukan 'pembedahan politik' di pejabat bila orang tempatan boleh datang berjumpa dengan MP membincangkan apa-apa hal menyentuh orang tempatan. MP juga menghadiri function majlis, melawat sekolah dan perniagaan serta cuba berjumpa seramai orang tempatan sebolehnya. Ini memberi MP pandangan mendalam tentang isu-isu pokok yang boleh MP bawa ke parlimen (Westminster).

Apa MP Boleh Buat Untuk Pengundi

MP boleh menolong konstituensi dengan berbagai cara dari menanya persoalan dan kemuskilan peribadi  bagi pihak pengundi kepada membangkitkan hal-hal secara publik di House of Commons.
Langkah Pertama

Menyimpan isu secara sulit, MP anda mungkin menulis surat kepada Jabatan atau Pegawai berkaitan, hantar surat kepada Menteri yang berkenaan atau buat appointment secara peribadi membincangkan isu. Langkah ini boleh ambil masa lama untuk menyelesaikan masalah.
Mengistihar Isu Secara Publik
MP boleh memutuskan untuk membawa isu secara publik di House of Commons dimana ianya akan direkod secara official (hansard) dan boleh berpotensi mendapat perhatian dari press dan publik.
Diluar Parlimen
Diluar parlimen, mengikut budi bicara individu MP, anda boleh minta MP anda bercakap di sebarang majlis mengenai isu, minta sokongan MP kepada kempen apa-apa isu atau menulis kepada media tempatan bagi pihak anda.
WZWH rasa 56,000 pengundi parlimen Jerantut sudah faham sekarang apa yang mahu diharap kepada ahli parlimen Jerantut PRU 13 nanti.
Anda kena tahu bagaimana cara mahu mengunakan ahli parlimen Jerantut bagi kepentingan anda. Jangan guna ahli parlimen mahu bayal bil peribadi anda seperti bil api dan air, tayar kereta dsb.
Kalau masalah longkang tersumbat, hal-hal perumahan itu anda boleh suruh Ahli Majlis Daerah Jerantut selesaikan.
Kalau masalah yang lebih besar sikit di DUN-DUN itu boleh ADUN-ADUN menyelesaikannya. 
Ingat pengundi 56,000 Jerantut tugas ahli parlimen Jerantut kena banyak masa di Kuala Lumpur kerana mahu mengkaji, mengubal, menderafkan dan meluluskan undang-undang di parlimen. Banyak masa dan otak kena guna dan perah untuk buat bekerja di parlimen.
Dalam seminggu sekali setiap hari Jumaat dan Sabtu sekali sekala balik ke Jerantut berjumpa pengundi konstituensi.
Hal-hal parti UMNO dan BN itu boleh diselesaikan samada di Kuala Lumpur atau Jerantut. Boleh wakil kepada AJK UMNO Bahagian tiada masalah.
Begitulah cara ahli parlimen England....

Friday, 2 November 2012

Proton dan Honda berkerjasama

Sejak dahulu, masyarakat malaysia disogokkan dengan ungkapan kereta tin milo, harga mahal kualiti tidak ada, kereta luar teknologi hebat ahrga tak turun, dan bermacam2 momokan lain.

Moga kemampuan kereta tempatan dapat dipertingkatkan lagi supaya setanding dengan kereta jenama antarabangsa. Tahniah kepada Proton, moga dengan kerjasama industri automotive luar negara dapat memebantu mengembangkan lagi kemajuan teknologi kereta buatan tempatan..\

Credit: The Star
.............................................................................................

KUALA LUMPUR: Proton and Honda have signed an agreement to explore collaboration opportunities in the areas of technology enhancement, new product line-up, and sharing of platforms and facilities.

DRB-Hicom, in a statement to Bursa Malaysia, said Proton Holdings Berhad, a wholly-owned subsidiary of the company entered into a collaboration agreement Monday with Honda Motor Co, one of the leading global manufacturers and distributors of motor vehicles, to explore collaboration opportunities in these areas.
It said the agreement signified the potential of a long-term strategic collaboration with Honda.

"Having a strong and renowned global automotive player like Honda as the foreign strategic partner to Proton will provide Proton and the DRB-Hicom group with the opportunity to grow as an original equipment manufacturer (OEM) as the opportunities are endless.

"This collaboration will provide positive impact to Proton and the DRB-Hicom group in the long run," it added.

PM lulus projek lebuh raya sungai untuk pengairan sawah

Biasa kita dengar lebuh raya, kereta lalu..ni cadangan bt kebuh raya kat kedah ni..biaq air jer lalu..ganas la..bakal italy malaysia ka??

Credit: Utusan

SUNGAI PETANI 31 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan projek pembinaan 'lebuh raya sungai' bagi memudahkan air disalurkan ke kawasan sawah padi seluas 38,000 hektar di kawasan Kedah tengah.

Dengan pelaksanaan projek tersebut, kira-kira 3,000 petani dijangka meraih manfaat dan meningkatkan hasil pengeluaran padi sedia ada daripada 2.8 matrik tan sehektar kepada 10 metrik tan sehektar.

"Kerajaan sentiasa memahami denyut nadi rakyat lebih-lebih lagi golongan petani. Ini kerana mereka merupakan antara wira yang banyak berjasa kepada negara. Melaluli hasil titik peluh merekalah, kita ada nasi untuk makan setiap hari.

"Justeru, kerajaan tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan projek lebuh raya sungai ini demi memastikan kualiti hidup petani dapat ditingkatkan pada masa akan datang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah di Pantai Merdeka, dekat sini.

Lebih 15,000 peladang, penternak dan nelayan seluruh negeri hadiar memeriahkan majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industrri Asas Tani itu. - UTUSAN

Wednesday, 31 October 2012

TNB untung bersih RM2.9b

Tahniah kepada TNB, diharap selepas ini tiada kenaikan tarif elektrik untuk tempoh setahun ya. Tiada guna catit keuntungan berbilion kalau ianya diperah dari keringat rakyat jelata sendiri...
 
 Credit: Metro
 
UNTUNG...Moggie (tengah) mempamerkan graf prestasi kewangan TNB sambil disertai Azman (kiri) dan Ketua Pegawai Kewangan TNB, Fazlur Rahman Zainuddin.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
UNTUNG...Moggie (tengah) mempamerkan graf prestasi kewangan TNB sambil disertai Azman (kiri) dan Ketua Pegawai Kewangan TNB, Fazlur Rahman Zainuddin.
TENAGA Nasional Bhd (TNB) merekodkan keuntungan bersih RM2.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012, meningkat 34.2 peratus berbanding RM2.19 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama, tahun sebelumnya.
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, angka itu dicatatkan selepas keputusan kewangan tahun kewangan 2012 dan tahun lalu diperbetulkan berikutan TNB memperoleh pampasan kos bahan api daripada Petronas.

“Kami mendapat pampasan RM750 juta dari April hingga Ogos lalu. Selain itu, harga arang batu lebih rendah turut menyumbang kepada prestasi kewangan memberangsangkan ini,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan prestasi kewangan suku keempat tahun kewangan TNB berakhir 31 Ogos 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Azman Mohd berkata, permintaan elektrik di Semenanjung meningkat sebanyak 4.3 peratus, didorong sektor komersial.

“Bagi memenuhi permintaan lebih tinggi, kami menambah penjanaan daripada stesen kuasa arang batu sebanyak 10.1 peratus membabitkan penggunaan arang batu iaitu daripada 18.9 juta tan metrik dalam tahun kewangan 2011 kepada 20.8 juta tan metrik pada tahun kewangan 2012,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya yakin mampu menguruskan bekalan tenaga, meskipun berdepan penangguhan operasi kemudahan pemprosesan semula gas asli cecair (LNG) Petronas di Melaka yang sepatutnya bermula bulan lalu.
“Kami menjangkakan bekalan gas pertama yang akan digunakan bagi menjana kuasa akan diperoleh Januari tahun depan.

“Sehingga hujung tahun ini, permintaan masih dapat diuruskan kerana tempoh ini bukanlah musim puncak dan biasanya permintaan akan mula bertambah selepas Tahun Baru Cina,” katanya.

Monday, 29 October 2012

AES

 Coretan dari CheWal

 

Sistem AES pun nak dipolitikkan ?

1. Kerajaan telah melaksanakan sistem `enforcement' yang baru yang dinamakan Automatic Enforcement System(AES).
2. Sistem ini adalah sistem rakaman berkamera untuk kesalahan-kesalahan tertentu. Sistem ini bukanlah sesuatu yang baru kerana banyak negara-negara maju didunia telah lama menggunakan sistem ini.
3. Di UK, misalnya, sistem berkamera ini telah lama digunakan dan penggunaannya adalah meluas. Di kawasan-kawasan tertentu terutama di jalan raya atau lebuh raya yang menghampiri pusat bandar dan di kawasan-kawasan kediaman, sistem kamera ini digunakan.
4. Semasa di UK, saya suka melihat sikap pemandu di sana yang majoritinya memandu dalam kelajuan yang munasabah. Adalah perkara biasa apabila pemandu-pemandu memperlahankan kenderaan apabila menghampiri kawasan-kawasan berkamera. Walaupun selepas melalui kamera, ada yang memandu agak laju, tapi tidaklah terlampau laju.
5. Pada ketika itu, saya mengharapkan agar Malaysia juga menggunakan sistem sedemikan rupa agar ianya boleh mendidik masyarakat agar memandu dengan perlahan. Bagi saya, sistem seperti ini adalah jauh lebih baik daripada cara yang digunakan di Malaysia sebelum ini iaitu dengan polis menyorok di kawasan-kawasan tertentu. Bagi saya, cara menyorok itu bukanlah boleh mendidik tetapi ianya lebih kepada menghukum. Untuk mengubah sikap masyarakat, mendidik adalah lebih baik.
6. Mendidik sikap pemandu di Malaysia perlu dibuat melalui `strict enforcement'. Mungkin hanya dengan cara tindakan tegas sahajalah sikap pemandu di Malaysia dapat dibentuk agar menjadi lebih bertamadun dan suka mengikut peraturan.
7. Malangnya, sistem yang boleh mendidik seperti AES ini tidak terlepas dari mainan politik pembangkang. Mungkin mereka tiada kerja, oleh itu, mempolitikkan dan membangkang segala-galanya adalah kerja senang yang mereka boleh buat. Sebab itulah boleh dikatakan bahawa pembangkang di Malaysia ini tidak berkualiti.
8. Baru-baru ini, Mahfuz Omar dalam kenyataanya yang disiarkan Harakahdaily mengaitkan sistem AES ini dengan kroni BN. Seperti biasa, perkara yang ada dalam fikiran mereka di kalangan pembangkang ini adalah politik. Mereka tak boleh dipisahkan dari politik. Bagi mereka, politik paling utama sehingga mereka mudah memanipulasi, menipu dan memfitnah semata-mata kerana politik. Kebenaran sudah tidak penting bagi mereka. Kenyataan Mahfuz boleh dibaca di sini.sila klik link ini
9. Mungkin sikap pemimpin pembangkan ini tidak suka mengikut peraturan. Mereka selalu melanggar peraturan dan undang-undang. Mungkin diatas sebab itu, mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada mengikut peraturan.
10. Untuk menguruskan sistem seperti AES ini, sudah tentu ianya memerlukan penyelenggaraan, pemantauan dan juga kalibrasi. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk pengurusan sistem ini diswastakan. Kita tidak mahu sistem ini bermasalah dan menjadi gajah putih di kemudian hari sekiranya sistem ini tidak diselenggara dengan baik.
11. Untuk pengetahuan bagi mereka-meraka yang mahu berfikir, sistem ini bukan bertujuan untuk mengutip duit atau menghukum. Sistem ini bertujuan untuk mendidik sikap pemandu agar memandu dengan perlahan dan mematuhi hadlaju yang ditetapkan.
12. Oleh kerana ianya berkonsepkan mendidik, maka lokasi kamera diwarwarkan. Kamera ini juga boleh dilihat dari jauh dan papan kenyataan juga diletakkan sebelum lokasi kamera ini supaya pemandu boleh bersiap sedia untuk memperlahankan kenderaan.
13. Tidak menjadi masalah sekiranya, pemandu hanya memperlahankan kenderaan di lokasi kamera dan selepas itu, melajukan semula kenderaan masing-masing. Ini kerana, pembentukan dan perubahan sikap tidak akan berlaku dengan drastik. Ianya memakan masa. Buat permulaan, pemandu akan memperlahankan kenderaan di kawasan berkamera, dan apabila perkara ini menjadi rutin, maka lama-kelamaan, pemandu akan sentiasa mengambil berat hadlaju sesuatu kawasan dan akan biasa memandu dengan perlahan.
14. Sekiranya pemasangan kamera ini dibuat dengan lebih meluas (difahamkan sebanyak 830 kamera lagi akan dipasang di Seluruh Malaysia), maka pemandu akan terpaksa memperlahankan kenderaan di banyak kawasan. Seterusnya, tabiat memperlahankan kenderaan ini akan menjadi rutin kebiasaan dan pemandu akan memandu dengan hadlaju yang ditetapkan dan tidak lagi memandu dengan begitu laju. InsyaAllah, sistem ini akan memberi kesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.
15. Saya amat gembira apabila melihat  pemandu memperlahankan kenderaan dikawasan kamera ini dan dapat dilihat semua kereta bergerak dengan halaju yang sama dan teratur. Kalau pemandangan seperti ini berlaku di kebanyakkan jalanraya/lebuhraya di Malaysia, InsyaAllah pemanduan kereta akan menjadi lebih menyenangkan dan lebih berhemah.
16. Lokasi kamera diberitahu, papan kenyataan amaran diletakkan lebih awal, kamera juga terpampang secara jelas. Sekiranya, masih ada pemandu yang memandu dengan laju sehingga ditangkap gambarnya dan disaman, jangan salah kan sistem ini. Salahkan diri anda sendiri yang terlalu bengap dan tak faham bahasa. Jangan gunakan alasan seperti `mengkayakan kroni' untuk menutup kebodohan anda.

Lagi AES

 Buat la keputusan AES cepat, dari tiada isu..jagn nak bt isu yang jerut leher snediri lak...

Renungkan lah

Credit: RBFOnline

AES:Menteri Pengangkutan Cuba Bermain Api Dengan Mencabar Rakyat

Dewan Rakyat semalam bergelegak gara-gara isu AES@SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia). Ahli Parlimen Sri Gading (BN) dan Ahli Parlimen Johor Bharu (BN) membawa suara rakyat agar SR1M ditangguhkan terlebih dahulu dan perlu diadakan kajian terperinci.
Manakala Ahli  Parlimen Arau dan Kinabatangan juga dari BN menyokong SR1M....Lalu berlakulah pertikaman lidah sesama ahli parlimen BN.
Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada Sri Gading dan Johor Bharu kerana sudi membawa perkara itu ke dalam dewan. Minggu lepas pun Sri Gading dah bawa perkara berkenaan. Minggu ini beliau bawa lagi. Terima kasih YB......
Seperti yang saya katakan sebelum ini, orang ramai tidak menolak 100 peratus penggunaan AES. Cuma kaedah dan keberkesanannya perlu dikaji balik agar dapat mencapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan, dan kerajaan tidak dilihat cuba mencari pendapatan dengan SR1M. 
Malam tadi keluar di berita TV3 Menteri Pengangkutan mencabar rakyat agar tidak melakukan kesalahan jalan raya supaya syarikat yang memasang dan mengendalikan kamera AES tidak mendapat untung.
Saya tepuk dahi melihat ayat sebegitu yang keluar dari mulut seorang menteri.....
Kalau nak guna istilah bodoh mungkin agak kasar bunyinya. Sesuai digantikan dengan perkataan kurang cerdik.
Kalau ada 2-3 orang menteri seperti itu dalam kabinet Datuk Najib, jawabnya memang betul BN akan bungkus dalam PRU 13.
Datuk menteri......Datuk jangan cabar rakyat......nanti rakyat tukar kerajaan barulah Datuk tahu langit tinggi atau rendah. Ingat Datuk.....jangan cuba bermain dengan api.
Umum mengetahui kerajaan tidak mengeluarkan sesen belanja untuk pemasangan dan penyelengaraan kamera AES. Dua syarikat yang dipilih yang menanggung segala kos itu dan mereka dibayar komisyen saman RM 16 setiap saman dan terhad kepada 5 juta saman, untuk mereka mendapatkan kos kamera dan serta keuntungan mereka.
Kos pemasangan dan penyelengaraannya tentulah bukan sedikit dan sudah pasti ianya mencecah RM juta-jutaan. 
Sekiranya tiada saman yang dikeluarkan, maka tiadalah pendapatan kepada syarikat tersebut. Bagaimana mereka tampung segala kos mereka ?
Adakah kerajaan akan membayar ganti rugi kepada mereka ? 
Jika kerajaan menjawab tidak, maknanya dalam apa keadaan sekali pun atau by hook by crook dua syarikat itu perlu mencari jalan untuk memastikan ada saman yang dikeluarkan bagi mereka mendapatkan balik modal mereka dan menampung kos operasi.
Apabila sudah by hook by crook maknanya segala kaedah samada baik atau jahat kemungkinan akan digunakan untuk memastikan matlamat tercapai. 
Sebab itulah orang ramai kata kaedah AES adalah kaedah untuk kerajaan mencari duit. Bukannya untuk mendidik rakyat. Yang untung adalah dua syarikat yang mengendalikan AES. 
Esok Menteri Pengangkutan akan jawab lagi untuk menafikan AES bertujuan mengutip duit dari orang ramai.
Kenyataan daripada Menteri Pengangkutan semalam boleh ditafsirkan bahawa sistem AES bukannya lahir dari hati nurani kerajaan tetapi kerana cadangan dari pembekal sistem.
Kalau ianya dari hati nurani kerajaan serta ikhlas nak membenteras kemalangan menteri tidak akan menjawab begitu dan kerajaan akan beli kamera tersebut kemudian ia dikendalikan oleh JPJ sendiri.
Dalam berita malam tadi juga dinyatakan bahawa AES berfungsi untuk kenderaan yang melanggar lampu isyarat dan melebihi had laju. Tetapi tidak melibatkan motosikal....
Dinyatakan juga tujuan AES adalah untuk mencegah kemalangan....
AES juga dipasang di lebuh raya....
Sekarang mari saya jawab dengan fakta.....
Kenyataan dibawah dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Tragedi kemalangan melibatkan pengangkutan awam sering mendapat liputan media dan menimbulkan reaksi orang ramai yang paling banyak. Ini mungkin kerana ia kematian berkelompok. 
Namun pada hakikatnya jika dilihat dari segi statistik, kematian melibatkan pengangkutan awam adalah jumlah terendah sekali - berbanding kenderaan pelbagai jenis lain khususnya motosikal.
Pada 2010, misalnya kematian di jalan raya berjumlah 6,872 orang dan daripada jumlah itu, kematian pengangkutan awam melibatkan bas hanya 77 orang iaitu lebih kurang 1.1 peratus (%) berbanding kereta 20.7% (1,421 orang) dan yang paling tertinggi sekali adalah penunggang dan pembonceng motosikal iaitu 4,036 kematian atau lebih kurang 58.7%. Oleh itu penggunaan kenderaan awam boleh menjamin keselamatan yang lebih secara perbandingan.
Berikut pula adalah kenyataan akhbar orang kuat AES@SR1M, Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah JPJ.
Datuk Solah
Malaysia mencatatkan purata 17 kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai penyumbang terbesar statistik terbabit.
Beliau berkata, daripada 397,330 kemalangan yang dilaporkan di seluruh negara tahun lepas, sebanyak 6,218 adalah kemalangan maut.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang sebanyak 58.7 % atau lebih dari separuh jumlah kemalangan maut di Malaysia, tetapi saman AES dikenakan terhadap kereta dan kenderaan lain. 
Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya....
Jalan bandaran dan jalan persekutuan adalah penyumbang utama kepada kemalangan berbanding dengan lebuh raya. 
Saya cuba mendapatkan statistik rasmi dari laman web Bahagian Keselamatan Jalan JKR Malaysia. Tetapi sayangnya laman web tersebut hanya sebagai hiasan. Setiap kali klik untuk dapatkan graf , ianya error. Belanja ribu-ribu untuk buat laman web tapi rakyat tidak boleh akses maklumat.



ERROR



Kemudian saya cuba pula hubungi nombor telefon yang diletakkan dibahagian bawah laman web itu , 03-9179 7406 untuk bertanyakan kenapa tidak boleh akses kepada graf statistik yang disediakan. Anda tahu apa jadi ?  Nombor yang dipamerkan telah tiada dalam perkhidmatan. Mungkin semua pegawai bertugas dan talian telefonnya sekali telah beku dalam makmal NKRA Idris Jala. 
Berbalik kepada statistik lokasi kemalangan jalan raya di Malaysia. Walaupun tidak mendapat data sahih dari Bahagian Keselamatan Jalan JKR Malaysia, tetapi carian yang dilakukan di laman-laman web lain beserta ingatan setiap kali Ops Sikap diadakan, kemalangan banyak berlaku di jalan persekutuan dan jalan bandaran. Jika hendak dibandingkan dengan dua jalan tersebut kadar kemalangan di lebuh raya agak berkurangan. 
Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.

Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.

Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.
Sumber: Sinar Harian Online
Namun JPJ tidak mengambil kira semua itu dan lebuh raya tetap menjadi sasaran utama pemasangan AES. Sebabnya di lebuh raya lubuk untuk dua syarikat terbabit cukupkan had saman mereka sebanyak 5 juta dengan cepat. 
Memasang kamera AES di lebuh raya ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sebiji baldi kemudian pasang batang kail dan duduk memancing. Setiap minit dapat seekor ikan. Horeyyyy dapat....horeyyyyy makan.....horey dapat......horeyyyyy makan......Setengah jam habis 30 ekor ikan dipancing. Begitulah juga dengan kamera AES. Pasang di lebuh raya supaya syarikat pembekal dan pengendali cepat dapat target 5 juta saman. 
Pasang kamera AES di jalan persekutuan pula sama seperti lepas 30 ekor ikan dalam kolam. Nak habis 30 ekor mungkin makan masa berjam-jam atau berhari. Sebab tak ramai orang yang pandu melebihi had laju di jalan berkenaan kerana jalan satu atau dua lorong sehala dan kebanyakan pemandu berhati-hati kerana bimbangkan kemalangan. Adalah sedikit sebanyak pemandu yang memandu lebih had laju tapi tidaklah sebanyak di lebuh raya. Apabila tidak ramai yang memandu laju maka saman pun berkuranganlah. Apabila saman kurang lambatlah syarikat dapat untung.
Pasang kamera AES di jalan bandaran pula ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sungai. Jawabnya tak habislah 30 ekor ikan itu dipancing. Sebabnya tiada orang yang pandu laju dalam bandar, dan kalau ada saman yang dikeluarkan pun mungkin kepada yang melanggar lampu isyarat. Nak tunggu 5 juta saman orang langgar lampu isyarat jawabnya beruban dululah bulu seluruh badan. Siapa yang boleh pandu 80km/j dalam bandar Alor Setar, Georgetown, Seremban, Johor Bharu dan bandar-bandar lain ?
Saya nak cadangkan kepada JPJ, kalau nak bantu lagi supaya cepat dua syarikat pengendali itu dapat 5 juta saman , pergi pasang kamera AES di depan semua setiap sekolah-sekolah yang ada di Malaysia. Sebabnya  had laju di kawasan sekolah 30km/j  kan ? Termasuklah waktu malam atau musim cuti sekolah. 
Seperti yang saya katakan dulu, saya bukan berniat hendak menyokong orang yang melakukan kesalahan jalan raya, tetapi kaedah kena betul dan jangan kerajaan ulangkan balik kaedah yang telah gagal. Buang masa.....
Sebelum wujud kamera AES daripada dulu lagi dah wujud kamera polis. Seingat saya dah lebih 20 tahun wujud kamera polis. Walaupun wujud kamera polis namun ianya tidak mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Sekarang pula JPJ ulangi dengan sistem yang hampir serupa dan yang telah terbukti gagal, apa ke jadahnya ?
Kerajaan jangan terlalu bergantung sangat kepada pandangan JKJR, Miros atau mana pertubuhan berkaitan jalan raya yang lain sahaja untuk melaksanakan sesuatu undang-undang. Ambil juga pendapat orang ramai dan NGO atau badan-badan lain. 
Apa salahnya kalau kerajaan naikkan had laju kepada 130km/j di lebuh raya tiga lorong dan 110km/j di kawasan dua lorong. 
Datuk Najib selalu bercakap pasal zaman dah berubah dan kita perlukan transformasi. Betullah tu....sekarang zaman dah berubah, kereta makin canggih, sistem keselamatan bagus-bagus, lebuh raya pun cantik. Tak logiklah kalau kita masih nak terikat dengan undang-undang had laju yang digubal di zaman filem Tiga Abdul. 
AES boleh diteruskan tetapi perlu beberapa penambaikan....
Antaranya, 
Jangan libatkan pihak swasta dalam penguatkuasaan. Mereka hanya terlibat dalam membekal kamera, penyelenggaraan dan latihan kepada kakitangan penguatkuasa kerajaan. 
Naikkan had laju mengikut peredaran zaman dan kecanggihan kenderaan...
Kempen kesedaran jalan raya hendaklah berterusan dan jangan hanya tertumpu di musim perayaan sahaja. 
Banyakkan papan tanda gambar kubur dan jenazah di jalan-jalan atau lebuh raya. Manusia mudah tersentuh dengan kaedah ini.
Pengalaman saya, 
Seorang kawan saya yang boleh dikatakan orang yang berani. Dan satu hari ketika saya naik kereta yang dipandunya dia memecut 160-180 km/j di Lebuh Raya Pantai Timur dari KL ke Kuantan. Kereta yang digunanya juga bagus.  Saya agak kecut perut dengan tahap kelajuan itu.
Saya tidak menegurnya supaya mengurangkan kelajuan sebaliknya hanya tiga soalan yang saya tanya.
Anak kau berapa orang ?

Dijawabnya dua orang....

Berapa usia mereka ?

Jawabnya 3 tahun dan 1 tahun.....

Kau sayang mereka tak ?
Dia tidak menjawab, sebaliknya terus memperlahankan kenderaan dan tersenyum ke arah saya. Lalu sampailah kami di Kuantan dalam masa lebih kurang 2 jam dengan selamat dengan kelajuan 110-130km/j.
Bukanlah saya nak kata saya bagus, tetapi kaedah begitulah yang sesuai dipakai untuk psiko pemikiran manusia supaya tidak memandu laju.
Slogan-slogan skema yang diguna pakai oleh JPJ termasuklah lambang tengkorak di tepi jalan sudah tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Lambang tengkorak itu mungkin tidak boleh ditukar kerana lambang standard antarabangsa. Tetapi tambahlah gambar-gambar lain.  
JPJ kena kreatif sikit untuk fikir bagaimana kaedah untuk psiko pemikiran pemandu. Bukannya hanya tahu saman....saman....saman......kemudian bila dah saman bagi alasan nak mendidik......
 
Esok bersambung lagi.....
Saya akan kerjakan AES sampai dua syarikat tersebut tidak lagi terlibat dalam penguatkuasaan....
 

AES dan Malaysia

Mungkin idea ini bagus, cuma keadaan dan masa masih belum sesuai. Beberapa cadangan seperti di akhir artikel ini wajar dipertimbangkan untuk kepentingan ramai...

Credit: Sinar

AES KASI TARUK! INI SEBABNYA MENTERI PENGANGKUTAN KENA LETAK JAWATAN! WAJIB BACA

Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)” sebagai penerima wang saman AES.

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka.

Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yag melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal. Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu.
Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan. Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju.

Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan.

Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini. Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman.

Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.
Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini.

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya.

Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?
Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.”

Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J.

Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut.

Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J. Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini.

Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan.

Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300.

Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?Jika bayar cepat, bahayanya kurang?
Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam “bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan” bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin. Bayaran kompaunnya lebih murah daripada “penulis cabuk” macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300.

Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan.

Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam.
Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya.

Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini?

Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut:

Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.

Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.

Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju.

Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.

Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!

Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai.

*Sebahagian artikel ini tersiar dalam Sinar Harian 18 Oktober 2012.